Skip to content

Berisi Atau Yamaha LC

Julai 15, 2009

Semester ini, sudah 3 orang menegur aku semakin berisi. Yes! Yes! Yes! Namun jumlah ini terlalu sedikit berbanding mereka yang pernah menegur aku sebagai kurus semester-semester sebelumnya. Ya, ketika di rumah lagi aku telah timbang berat badan dan terpapar 68 KG. Sebelumnya hanya 64 KG.

Sudah lama aku ingin menggemukkan diri sampai pernah terfikir untuk mengambil makanan protein tambahan. Aku memang merasakan badan aku kurus pada awal-awal pengajian dulu hinggalah semester lepas. Tapi kali ini mungkin tidak lagi.

Harapan aku agar alat timbang itu tidak rosak dan menipu. Mungkin inilah penangan waktu cuti dek masakan ibu yang selalu terhidang. Tidak seperti di sini, aku mesti gerakkan kaki ke destinasi dan hulurkan not kertas, makanan mesti dibeli bagi mengalas perut dan terus menambah lapisannya. Di rumah semuanya free. Ditambah rutin harian sekadar makan, tidur dan mengadap TV. Oh, bahagianya hidup di rumah.

Di kampus ketika semester ini memang aku teringin menambah berat badan tanpa jemu dan ragu. Namun semester ini juga aku memasang niat memiliki motosikal sendiri. Sejak dipasarkan di Malaysia, aku sudah begitu jatuh cinta dengan Yamaha LC 135. Sesiapa yang kenal aku secara akrab, pasti tahu perangai aku sebagai seorang yang nekad. Kalau aku mahu, maknanya aku mahu. Aku akan cuba sedaya upayaku. Duit kemenangan pertandingan debat dan pidato yang aku sertai sebelumnya masih belum mencukupi untuk membayar tunai sebuah motosikal idaman tapi aku akan cuba juga. Ya semester ini, mesti!

Kerja dan usaha gigih perlu dilipatgandakan untuk pertandingan-pertandingan yang mendatang selain doa dan menggantung harap kepada Tuhan. Antara menjadi semakin berisi dan memiliki  Yamaha LC, aku tidak mahu pilih antara satu. Aku mahu kedua-duanya sekali menjadi milikku. Huhu.

p/s: moga Tuhan Ar-Rahman terus murahkan rezeki kepada insan yang memerlukan..aku salah seorang..

Advertisements
26 Komen leave one →
  1. lurunna permalink
    Julai 15, 2009 6:57 pm

    wahh…azam sem baru…semoga dipermudahkan segalanya…amin..

    fakir:amiin…Ya Rabbal Alamiin…

  2. Julai 15, 2009 10:54 pm

    amir……bek ko pasang hajat tok belanja aku y sedang kemurungan dan patah hati nih..ishk ishk ishk banje ekk

    fakir: patah hati?? g ar PK..unit kecemasan sedia membantu.ngeh3

    • Julai 16, 2009 12:00 pm

      aku dah pi PK la amir….tp die kate ubat die ..kene ko banje sambil ko pakai baju superman

  3. Julai 16, 2009 12:20 am

    insyaALLAH..
    boleh punya abg amer..huh

    fakir:konpem boleh!!! (nada yakin sungguh)

  4. penamaya permalink
    Julai 16, 2009 12:59 am

    Insyallah. Mudah-mudahan.

    Tapikan jangan berisi sangat, nanti Yamaha x boleh nak tanggung.

    Hehe.

    Best of luck berdebat !

    fakir:owh, ok…akan dicuba kawal…hehe

  5. anaktupai permalink
    Julai 16, 2009 5:20 am

    si nekad yg kurus…..

    fakir:si nekad ini akan gemok…ngeh3

  6. shafifah permalink
    Julai 16, 2009 7:53 am

    MAJLIS ILMU HUJUNG MINGGU INI :
    SAMBUTAN ISRAK WAL MIKRAJ NABI S.A.W

    Tetamu Undangan Khas YSNS, Tuan Habib Umar Bin Abdul Rahman Al Jiffri dari Jeddah & Madinah al Munawwarah.

    Tarikh : 17 Julai 2009 ( Jumaat )

    Masa : 07.00 malam

    Tempat : Kompleks Yayasan Sofa Negeri Sembilan, 71350 Kota, N. Sembilan.

    Muslimin/Muslimat dijemput dan dipersilakan hadir beramai-ramai bagi menyambut dan memperingati majlis Israk wal Mikraj Nabi Muhammad s.a.w ini.

    AHAD di masjid TAMAN TAR Ampang penceramah yang sama serta mulai jam 6.00 petang

    http://pondokhabib.wordpress. com

  7. someone permalink
    Julai 16, 2009 12:15 pm

    dulu saya kurus giler 48 beratnya..skang 60 lbih sampai ada yg pggil abg bun…cit…huh..jaga2 jgn sampai buncut jatuh saham…ho3

  8. putraim permalink
    Julai 17, 2009 6:14 pm

    waaa…azam baru ek. berisi?? agak r tp klu nak lbih brisi dtang blik sedut lemak putraim n penglipur lara. hahahahhaha….

    haaa…dah dapat LC jgn smbong plak. nnti bleh tukar2 pakai. hehhehe. yok merempit. huhu

  9. kirana87mahfuedzha permalink
    Julai 18, 2009 3:31 am

    Aminnn… doa perkara yg baek2 ni adalah baek untuk diaminkan…. hehehehe…

    Semoga sentiasa selamat dalam semua perkara yang dilakukan dan juga diimpikan…

    =)

  10. faiz udm permalink
    Julai 18, 2009 4:46 am

    INSYAALLAH… asalkan abg.amir NIAT YANG IKHLAS…..USAHA YANG TEGUH…….TAWAKAL YANG BERTERUSAN…… semoge dpt mnunggang MotoR YAMAHA LC milik sendiri…. hahaha… amin

  11. KAKAK permalink
    Julai 21, 2009 5:04 am

    InsyALLAH…dapat la tuh…dah dapat tuh..hati2…ingat yang tersayang..sayang menyayang selalu.. pasal penimbang tu..rasa2 mcm kureng skit r..tp tak kisah r..dia kena adjust tmbah dalam 2 kg..so 70kg r berat..fuyooooooooooo…kering mcm tu takkan 70kg???? mmmmmmmm…lets me check the weighter daaaaaaa…

  12. angelizwan85 permalink
    Julai 21, 2009 7:54 am

    Wah…bagus gak. Org lain sibuk nk kuruskn badan, abg amir nk naikkan pula. Keep it up!

  13. fazilyahaya permalink
    Julai 23, 2009 11:30 am

    virago!!!!!!! (kena tema tak?) hehe

  14. Julai 28, 2009 2:41 pm

    tahniah atas kemenangan di utp

  15. rayme permalink
    Julai 28, 2009 3:03 pm

    abg amir
    – dua dua boleh dapat tuh…
    rezeki mencurah2 macam coklat tumpah ke ladang gandum(iklan kokocrunch)
    btw congrates dapat bbest speaker debat alam sekitar~
    im proud of u dude~
    haha

  16. fazrieha permalink
    Julai 30, 2009 9:13 am

    Balik UTP ni dapat tambah lagi duit dalam akaun kan?
    caiyok2..

  17. fazrieha permalink
    Ogos 5, 2009 9:00 am

    kalau join debat kemerdekaan.. i hope UPM akan menang lagi macam DAS yang lalu

  18. nour_el_haliqa permalink
    Ogos 13, 2009 9:28 am

    lemak penglipur lara memg byk pun..
    better g share ngn dy..huhu
    stuju ngn putraim.kui3

  19. KiNgZz permalink
    Ogos 14, 2009 3:46 am

    1) konpem!! ko memang dah berisi!! Smlm jumpa, macam tak percaya, tapi kena paham, tu lumrah manusia, ade naik, ade turun… (betul ke aku cakap ni..)

    2)aku doakan semoga ko dapat LC sem ni.. nanti kita leh merempit sesame balik kampung ok!! ade beran???!!

  20. Ogos 17, 2009 2:40 pm

    abg amer,lmenye xupdate blog..
    menunggu2 entry baru abg amer…

  21. fazilyahaya permalink
    Ogos 19, 2009 9:29 am

    nape ade yang mengumapat ak kat cini?? motip??

  22. nurain jamilah permalink
    Ogos 22, 2009 1:47 pm

    salam Ramadan dan salam ziarah…
    Ya dae’ilallah…ayuh kita pinta bersama …
    Ya Allah seandainya kehidupan ini lebih baik bagi kami,
    maka hidupkanlah kami dalam redha-Mu,
    namun seandainya kematian itu lebih baik bagi kami,
    maka matikanlah kami, Ya Allah… dalam keheningan Subuh
    tika jasad kami menyembah sujud di hadapan baitul haram,
    menghadapkan wajah kami ke hadrat-Mu di bulan Ramadan yang mulia ini…amin…
    Maaf atas atas salah dan silap…Harapannya moga Ramadan ini kita dipertemukan dengan Lailatul Qadar… barakallahu li walakum…
    Moga Ramadan ini menjadi Ramadan terbaik buat kita…

    p/s: Pasal nak bersi tu…lepas raya mesti boleh punya…pasal LC, rajin2 la kutip duit raya..mana tahu ada yang masih sudi memberi…

  23. Ogos 26, 2009 3:51 am

    lama da x baca entri terbaru abg amer…hmmm

  24. fazilyahaya permalink
    Ogos 31, 2009 7:51 am

    abg amir… bagi pasword meh saya tolong updatekan… hehe

  25. dida permalink
    September 8, 2009 10:29 am

    amir brisi ke sem ni? erm…cm sme je..huhuhu…ble leh tgk nek yamaha LC ni? ngeh2~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: