Skip to content

Kerajaan Perpaduan: Muhasabah Pada Sejarah

Jun 9, 2009

Aku kagum. Biasanya Harakah sahaja yang akan melaporkan cerita dan berita berkenaaan Muktamar PAS . Tetapi keterbukaan akhbar milik kerajaaan sudah mula kelihatan. Utusan Malaysia terutamanya menyediakan ruangan khusus yang aku kira agak banyak ruang laporan berkenaan Muktamar itu. Semoga laporan ini adalah cerminan keikhlasan kerajaan bagi menghidupkan demokrasi dalam erti kata yang sebenar. Itu yang aku harapkan.

Isu besar yang diulangtayang adalah berkenaan Kerajaan Perpaduan yang menimbulkan tanda tanya  dalam benak kita semua. Pelan perlaksanaan masih kabur dan kurang jelas. Kebanyakan kita aku rasakan kini bersikap wait and see. Hasrat murni yang dilahirkan oleh Presiden PAS disambut dengan keterbukaan, prejudis dan tidak kurang juga bantahan oleh sesetengah kelompok manusia. Aku melihat demi survival umat Melayu yang menjadi pendokong ajaran suci Islam, cadangan ini perlu direalisasikan.

Kita patut belajar daripada sejarah. Ramai yang mungkin tidak tahu apa yang berlaku di negeri Perak selepas keputusan rasmi  Pilihanraya ke12 tahun lepas dikeluarkan. Isu ini aku perolehi dari majalah Milenia Muslim. Selepas keputusan tidak memihak kepada BN untuk mendirikan kerajaan negeri, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajul Rosli telah melahirkan satu hasrat yang aku kira sangat murni dan suci. Hasrat itu telah dizahirkan kepada mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria.

Hasratnya satu. Mewujudkan kerajaan campuran atau kerajaan perpaduan antara PAS dan BN. Benar! Ini cadangannya. Bahkan, BN bersedia memberikan jawatan Menteri Besar kepada wakil rakyat PAS. Mufti Perak telah bertandang ke Kelantan menemui Mursyidul Am PAS bagi menyampaikan hasrat tersebut. Namun Tuan  Guru Nik Aziz tidak memberikan kata putus kerana kata beliau keputusan terletak di tangan Presiden Parti. Kemudian mufti Perak berkunjung menemui Presiden PAS dan sekali lagi juga hasrat itu tertangguh kerana kata Tuan Guru Abdul Hadi, keputusan terletak di tangan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang. Aku terkejut dengan tindakan Pesuruhjatya PAS Perak ini.

Cadangan murni ini dinafikan dengan alasan yang agak kurang rasional bagiku. Alasan yang buat aku terkilan. Alasan yang buat aku berfikir panjang. Mungkin mereka yang pakar agama ada hujah dan rasional sendiri dalam melontarkan pandangan dan membuat keputusan tetapi rakyat marhaen seperti aku juga punya buah fikiran. Jawapan yang diberikan Ustaz Ahmad Awang menimbulkan musykil yang berpanjangan. Keengganan beliau menerima cadangan itu kerana alasannya PAS tidak akan berkerjasama dengan UMNO kerana parti itu zalim. Kezaliman UMNO pada aku masih tidak diperjelas. Kekaburan tentang isu ini juga ditambah dengan persoalan yang yang tidak henti-henti berlegar.

Apakah definisi zalim bagi mereka yang bergelar ahli politik juga ahli agama? Adakah parti kawan dalam pakatan rakyat tidak zalim? Kenapakah PAS memilih untuk bekerjasama dengan bukan Islam? Kenapa menolak pelawaan insan seaqidah yang ingin bersatu demi kepentingan ummah? Antara muslim dan bukan, yang mana sebenarnya keutamaan?

Aku yang lemah agama ini bersetuju beberapa perkara yang telah dilakukan UMNO dan BN bersifat zalim, ISA terutamanya. Tetapi bagi aku yang kurang ilmu Islam ini juga, kezaliman yang lebih besar adalah dengan menzalimi aqidah. Zalim kerana menyekutukan Allah dan tidak beriman denganNya. Setahu aku, ahli PAS dan UMNO masih tidak zalim dalam aqidah mereka. Percaya dan menyembah  Tuhan yang sama dan mengucapkan syahadah yang tetap sama. Tetapi persoalannya, kenapa syahadah sama yang kita lafazkan saban hari ini masih gagal menyatukan kita?

Aku sekadar bertanya kerana aku rindukan perpaduan Ummah. Ummah yang suatu ketika dahulu sangat gagah. Mungkin kita di bumi Malaysia masih tidak belajar daripada perpecahan Sunni dan Syiah di kebanyakan negara Timur Tengah. Kita enggan meneladani perbalahan Hamas dan Fatah di bumi Palestin, bumi barakah. Aku kadang-kadang terfikir, kalau umat Islam di bumi bertuah Malaysia ini masih tidak bersatu, keadaan dan kesan yang sama seperti dialami mereka akan kita rasa. Nikmat keamanan kurniaan Tuhan ini mungkin akan menemui titik akhirnya.

p/s: kalau tokoh PAS kata ‘Ya’ berkenaan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri Perak, keaiban yang sudah berlaku (kejadian sidang bawah pokok, baring atas jalan, tarik keluar dewan) mungkin dapat dielak. kita perlukan hikmah dalam bertindak…

Advertisements
8 Komen leave one →
  1. angelizwan85 permalink
    Jun 9, 2009 7:34 am

    Ini kerana….kepentingan parti melebihi kepentingan negara. Pada saya perkara ini tdk akn berlaku krn ideologi yg berbeza drp 2 parti. Tapi tdk tahu lah kalau tiba Allah buka pintu hati mereka. Insya Allah.

    p/s: Saya menyokong ape saje yg disyariatkn oleh Islam

    fakir:setuju….btol3.

  2. Jun 9, 2009 10:01 am

    erm..nk cakap bnyk2 pn xdpt mklumat lebih..ats2 angin aja..kalau nk debat lg lh x ckup pembuktian.hahaha….aku x neutral…..aku sokong yang mensyariatkan alquran, hadis dan nas..

    fakir: aku neutral dalam isu yang telah menghambat negara sahaja. Dalam soal hukum-hakam bagi aku yang wajib tetap wajib…aku sokong begitu.

  3. hemart permalink
    Jun 9, 2009 2:42 pm

    artikelnya cukup menarik,perkenalkan saya dari indonesia, saya suka blog anda.
    ikutilah blog kontes indonesia dengan hadiah-hadiah menarik, jadilah pemenangnya di indonesia blog kontes, daftarkan blog anda info di http://herbamart.blogspot.com

    fakir:terima kasih banyak-banyak buat saudara/ri

  4. putraim permalink
    Jun 10, 2009 3:53 am

    hmmm…btul3x… alangkah bahgianya hdup ini jika umat islam bangkit dengan kesepaduaan dan dgn kalimah ALLAH yang satu….

    fakir:entah bila masanya….

  5. Jun 10, 2009 6:25 am

    stuju dgn rencana yg di post….
    mmg btol seperti yg di nyatakn

    kemungkinan, parti pas tidak mahu bekerjasama dgn umno akibat drpd peristiwa taun 1974 kot atau sebelum 1980.

    mungkin deme serik dgn sikap sesetgh pemimpin umno..

    tp untk mewujudkan negara perpaduan nie…
    perlukan penjelasn yg lebey dr tuk guru hadi..pe yg sebenarn yer die nk…

    jgn trus stuju atau trus x stuju..perlukan perjelasan yg lebey.

    sy pun hairan nape bley kate org yg Se islam, Se akidah, Se agama pun bley kate zalim tp bersenkongkol dgn org yg lain agama. hurm…
    pelik2

    pape pun..
    dua-dua belah pihak perlu berubah…
    same2 berubah..
    untk perpaduan ummah…
    supaya x jadi cm kat palestin…

    p/s: saye nk mengIYA kan fakta yg yb tajol rosli n ustaz harunsani nk wujudkan kerajaan campuran dgn Pas kat perak.

    fakir:bagus2. banyak maklumat ko tau kn? tak sia2 jd anak jati Perok…hehe

  6. Jun 10, 2009 6:28 am

    minx kebenaran nk copy post abg amir n publish kat blog saye?
    name penulis akn di paparkan

    xbley xpe…

    fakir:bley je…xde hal

  7. saadah492 permalink
    Jun 13, 2009 4:24 am

    2 yg punca Islam x bleh nk bangkit balek 2..umat Islam cuma reti menyanjung sejarah..tp, x reti nak mengulangi sejarah..ketamaduan Islam yg kuasai dunia dulu..btol2 berpaksikan pd al-Quran n as-Sunnah..bukan umat yg berpecah-belah..mohon hidayah Allah spy 2njukkan jln yg benar..

    fakir: Betul. Kita perlukan perpaduan utuh dan teguh. Kembali kepada tali Allah.

  8. de Mahdali permalink
    Jun 15, 2009 7:31 am

    Kadang kita kene belajar juga dari peristiwa tahkim semasa perang Siffin pada zaman Saidina Ali. Banyak pengajaran tersurat dan tersirat!

    fakir:benar, tapi adakah kesilapan atau kenangan lampau menafikan kewajipan kita sesama Muslim untuk bersatu? saya juga manusia biasa yang mendambakan persaudaraan dan bukan lagi sengketa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: