Lompat ke isi kandungan

PPSMI: Sudah-sudahlah..

Mac 7, 2009

Amaran: Entri Ini Agak Panjang! Pasang tali pinggang keledar belakang! (Dan Depan Jugalah)

Selaku bakal guru bahasa inggeris dan dalam masa yang sama pencinta ketinggian nilai bahasa ibunda sendiri, aku terpanggil untuk menyuarakan sedikit pendapat berkenaan PPSMI. Kenapa agaknya isu ini terus dipolemikkan? Tiba-tiba semua orang menjadi pejuang  bahasa. Atas rasional apa perjuangan mereka? Ikhlaskah atau sekadar mencari keuntungan berlaba? Daripada sekonyong-konyong jenis manusia hinggalah politikus penuh karisma (kononnya) terus-menerus membantah perlaksanaan PPSMI terutamanya pembangkang. Kalau politikus aku faham, mereka adalah manusia yang diciptakan dengan kepintaran mengambil kesempatan atas segala isu yang berlaku, demi menarik undi dan sokongan rakyat setiap pelusuk dan penjuru. “Once you became politician, you will  always be politician”. Isu PPSMI merekalah hero. Isu papan tanda pelbagai bahasa? Mereka zero. (bukan zorro) 

Mempercayai golongan politikus murahan sebegini hanya membuang masa kita berdemonstrasi. Sedang bangsa lain di sisi dunia berbeza sudah berbangga bergelar perintis dan pencipta teknologi, kita di sini masih begini. Memilih untuk menjadi pengguna tetapi bukan pencipta. Di saat bangsa kita terpekik terlolong di jalan raya, ada bangsa lain di dunia telah mencipta teknologi  hebat hingga sampai ke angkasa. Ketika kita disembur air dan diasapkan dengan gas pemedih mata,  ada bangsa lain yang telah berjaya mencipta penawar penyakit berbisa. Juga pada waktu sebahagian kita di jalanan disekat  FRU, ada muncul pencipta teknologi nano terbaru. Sayangnya, mereka bukan di kalangan bangsaku. Pernahkah kita terfikir sebegitu? Kita lebih suka membuang masa daripada berusaha mengisinya.

Kalaulah yang menentang adalah pejuang bahasa termasuklah sasterawan negara, aku juga faham. Mereka golongan yang sudah dibungkus kemas dengan keindahan bunga-bunga bahasa, mereka sanggup mati dengannya. Tetapi adakah mereka golongan manusia yang menyelongkar bagaimanakah sebenarnya strategi membina bangsa? Mana mungkin hanya dengan puitisnya bahasa dan menyusun gubahan makna boleh menjadikan kita bangsa disegani. Aku sangat ragui dan aku yakini bangsa kita akan mati. Alasan kebanyakan mereka adalah ingin menjaga kedaulatan bahasa ibunda. Tiba-tiba laungan “Bahasa Jiwa Bangsa” bergema kembali di sana sini. Slogan yang dulu hidupnya enggan kini kelihatan menarik nafas perlahan-lahan.

Kalau benar mereka hendak menjaga kedaulatan bahasa dan bangsa, kenapa golongan pejuang ini tidak bermati-matian menterjemah segala macam ilmu sains dan matematik dalam bahasa inggeris di universiti? Adakah kedaulatan bahasa kita juga telah lama mati kerana golongan mahasiswa di kampus sudah lama belajar ilmu sains dan matematik dalam bahasa penjajah. Aku ulang, bahasa penjajah! Tetapi bahasa Melayu, bahasa ibundaku tetap begitu. Oh ya, aku juga tidak pernah nampak apakah  usaha pejuang-pejuang bahasa ibundaku untuk menjadikannya bahasa ilmu terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Kalau bidang sastera, itu tak perlu dicerita kerana memang kepakaran mereka.

Aku percaya sepenuh hati dan jiwa, PPSMI tidak akan membunuh bahasa ibunda dan jatidiri kita jika pejuang bahasa berkerjasama dengan kerajaan yang ada untuk memperkasakan kedua-duanya secara serentak. Apa usaha yang perlu digembeling, mereka lebih tahu. Ini bukan lagi persoalan mampu atau tidak tetapi mahu atau tidak. Kerana kemahuan akan memupuk kemampuan. Tepuk dada tanya keterujaan kita. Benar, masih ada masalah dalam perlaksanaan PPSMI, inilah tempoh kesukaran yang perlu dilalui dan diharungi. Titik kesukaran ini akan kita tinggalkan jika kita berhenti berdemonstrasi dan bersama-sama menabur bakti. Anak-anak di bangku sekolah bukan bahan eksperimentasi, mereka bukan radas bernyawa. Sekejap dicuba itu, kemudian dicuba ini. Berpeganglah pada yang satu. Berusaha ke arah mencapai matlamat itu. Sudah-sudahlah. Anak-anak kecil kitapun sudah loya dan muak dengan isu ini. Lebih loya rasanya berbanding meminum susu basi RMT. Aku berbeza pendapat sebab aku fikir, its ok to be different.

Percayalah…

Bangsa berjaya, anda mampu mengubahnya!

p/s: anda boleh membuka tali pinggang keledar sekarang…

Advertisements
16 Komen leave one →
  1. Mac 8, 2009 3:42 am

    Sebelum semalam, perjuangan ini nampak masih suci.

    Sejak semalam, ataukah mungkin sehingga seterusnya, perjuangan itu sudah tercemar.

    Mungkin tidak ramai yang faham, ataupun tidak mahu faham, agenda politik usah dicampurkan dengan perjuangan ini sama ada secara tersirat mahupun sebaliknya.

    Saya tidak menyokong PPSMI, dan saya lebih tidak menyokong bantahan emosional yang dibuat tanpa cadangan timbal balik yang profesional bagaimana mahu menggantikan PPSMI dengan alternatif lebih baik selain daripada kembali berundur kepada keadaan asal.

    fakir: Bahaya apabila politikus murahan bermaharajalela, rakyat leka jadi mangsa. Minda tiada yang mahu menjananya

  2. Mac 8, 2009 4:45 am

    Selaku bakal guru sains, saya sokong artikel anda. Yang lebih2 ni org politik. Murid2 kat skolah xla merungut sgt. Then, biarlah bdk2 skolah ni dibiasakan dgn math n sains dlm BI. Bila nanti bdk2 ni nk lanjutkan pljrn, xla susah drg nk adapt dgn keadaan di mana msa tu smua dlm BI bukan? okeh..itu saja dr saya-bakal guru yg blm matang.huhuhu

    fakir: tq bakal guru sains…kita kena juga sedarkan masyarakat selain ajar anak2 mereka. kan3?

  3. putraim permalink
    Mac 8, 2009 5:25 am

    hal mcm ni perlu di bwa ke rundingan meja bulat bkan di jalanan… btul x ckgu tesl???

    fakir: setuju sangat bakal ckgu KH!!! 🙂

  4. i_m permalink
    Mac 8, 2009 7:42 am

    SGT SETUJU….
    EXACTLY WHAT’S ON MY MIND…
    AGAIN…EXACTLY….

    fakir: thanx, btw..gud supporter..hee…

  5. lurunna permalink
    Mac 8, 2009 11:32 am

    *Adik Lurunna yg belajar melalui sistem PPSMI x penah mengeluh, n BM ye pn tetap bagus, sekurang2nya sistem nie telah mempersiapkan ye utk ke Universiti yg kebanyakkan bukunya dalam BI, so x terkejut tapir cam kakak ye ni…huhuhu…hendak 1000 daya xnk 1000 dalih, mungkin ade yg kn kata, Jepun bleh maju guna bahasa ibunda pe…! itu Jepun oke! bangsa yang gigih utk maju, bukan cm kita yg gigih utk mengampu!
    p/s*hanya utk kesedaran sendiri

    fakir: bagusla lurunna/annurul…hehehe.selaku salah seorang bangsa melayu, sedikit terasa..hehehe. tp untuk kesedaran bersama

  6. Mac 8, 2009 3:20 pm

    Anak-anak di bangku sekolah bukan bahan eksperimentasi, mereka bukan radas bernyawa.

    maksudnye. memang PPSMI ni melanggar hukum fitrah kanak2 serta teori vygotsky.. kita diajar , dididik, diberi pelbagai nasihat, menjalani kehidupan.. semua dengan bahasa melayu (lain la kalau dari kecik kat London) saat hidup anak2 malaysia dieksperimentasikan apabila mereka didedahkan dengan pengajaran sains dan math dalam bi.. cakap orang, PPSMI adalah persediaan dan memantapkan b.inggeris, namun tatkala pernyataan itu keluar, maksudnye,sedar or not,orang yang cakap sedemikian cuba mempertikai seta merperlekehkan cikgu BI di malaysia..
    xcukup ke cikgu bi mengajar bi di malaysia??? urm.. sory, panjang sangat komen…sekadar berkongsi idea…

    P/s : suka tengok abg amir berdebat coz muke serius jer…

    fakir:Serius ke? aku selalu senyum tp org tak nampak…ehehe. Cikgu BI mungkin tak cukup tp bukan tak bermutu. PPSMI untuk pembinaan bangsa dan tamadunnya dalam puluhan tahun. Bukan hari ini buat esok terlihat hasilnya. Kita kena fahami falsafah PPSMI.

  7. auzi permalink
    Mac 8, 2009 7:41 pm

    Asalam.. cikgu!
    ‘ itu Jepun oke! bangsa yang gigih utk maju, bukan cm kita yg gigih utk mengampu!
    p/s*hanya utk kesedaran sendiri

    fakir: bagusla lurunna/annurul…hehehe.selaku salah seorang bangsa melayu, sedikit terasa..hehehe. tp untuk kesedaran bersama’
    maaf la ye gune melayu rojak.. sbb aku bkan cikgu, .. sembarang je la hu..hu!
    aku suka ngan ko punya ulasan bab pterjemah2 kita tu dan aku pun dah tak heran ngan pola fikiran org kita mcm yg kat atas ni. memang tu yg nyata majoritinya.
    aku pikir, PPSMI ni, bantahan dengan perhimpunan tu memang dah sampai ke tahap kaedah bantahan paling akhir dah, dah takde saluran lain lagi dah! tu lah yang sedihnya bila saluran2 yang ada sebelum ni semuanya ditutup rapat. lama2 api yg memakan sekam dari sejak PPSMI dilahirkan mula menyala. tu lah yg kita nampak semalam!
    lagi satu pada aku, ‘tanah melayu’ kita skang ni, memang tgh dimakan oleh org2 politik dlm apa apa hal pun. jadi aku tak heran langsung PPSMI ni jadi adik bongsu politiking.
    …yang aku heran, kenapa MOE sampai tpaksa turunkan tahap peratus kelulusan utk lulus 2 bijik subjek major ni. tu lah hhaaaiii

    fakir: auzi, aku bukan pro mana2. akupun pnah terpk perkara yang sama. Aku fikir diorang buat dengan rasional. PPSMI bukan untuk setahun dua tapi untuk jangka masa yang lama..mungkin sebabtu MOE bertindak macamtu. Selain nk ‘mengaburi’, mungkin juga nak ambil masa lagi lihat perkembangannya…Nak bina bangsa berjaya tidak dalam setahun dua, lama….

  8. lurunna permalink
    Mac 9, 2009 7:09 am

    Bagus2, dpt detect nme sy…anda guna talian hayat ke?ehehe

    fakir: yes…call kawan berstatus junior, fazil…ekeke

  9. auzi permalink
    Mac 9, 2009 2:59 pm

    aku faham pandangan, fahaman dan pegangan ko tu bg amir.
    tapi aku tak fikir idea PPSMI ni adalah satu idea yang bernas utk di’apply’kan atas anak anak melayu utk melihat melayu jadi bangsa melayu bermutu, walau dalam apa keadaan sekalipun melainkan menjadikan melayu berkepalakan english.

    fakir: hurm…jd mungkin sudah tiba masanya sertakan alternatif terbaik..sama2 brfikir

  10. Mac 10, 2009 10:52 am

    aku bersependapat dengan penulis.
    tidak habis-habis semua perihal dari yg besar hingga ke kecil lubang semut hendak di ekspoiltasikan oleh golongan politikus murahan ini.

    sepatutnya, kalau nak guna bahasa malaysia (kan dah tukar dah?) secara total dalam pelajaran sains dan juga matematik terjemahan semua buku-buku ilmu-ilmu ini haruslah dibuat terlebih dahulu.

    bukan sekadar omong kosong. lihat saja di internet ini.
    berapa banyak artikel berkenaan sains dan juga matematik yang kamu boleh perolehi dalam bahasa malaysia?

    sedangkan google translator lagi tak nak letak bahasa malaysia dalam translator engine mereka (google.com/translator) berbanding dengan bahasa indonesia.

    Da tengok jugak di wikipedia. cukup bersediakah kita untuk belajar ilmu yang masih belum lengkap isinya?

    sekadar madah remaja yang bakal mengambil peperiksaan SPM. cukuplah menyiksa para pelajar dengan agenda hitam politikus murahan …

    fakir: penulispun bersimpati dengan para pelajar di bangku sekolah termasuk anda tp apakan daya…

  11. de Mahdali permalink
    Mac 14, 2009 12:10 am

    Cuba baca artikel ne.

    http://hasbullah.pit.my/2009/03/ppsmi-tidak-menggalakkan-ilmu-itu.html

    fakir: thanks, saya sudah membacanya. Menarik tapi gagal memberikan alternatif bagaimana isu ini boleh diselesaikan.

  12. Mac 14, 2009 1:15 am

    slm…
    mintak maaf yer saya sedikit against pendapat saudara…
    noe what, sejak bljr dlm bhs inggeris most of us struggle to write properly in Malay…nak abiskan abstract for report yg satu muka pon takes time…
    mungkin kelemahan saya sendiri, tapi sy x menolak kemungkinan berpunca drpd trlalu asyik terdedah dgn bhs inggeris…
    no heart feeling saya pon suka dgn bhs. inggeris in fact sy kerap menulis dlm bhs inggeris tp sy x mau pinggirkan bhs ibunda sy.
    oh yer…politikus2 yg saudara mention tu mmg amik kesempatan atas isu ini, that’s part of politics…x bleh blame mereka
    p/s: sy bkn proxy mana2 parti politik

    fakir: It’s may part of politics (in your interpretation)..but for me, it is not a part of honest politics. Stupid politicians make stupid follower. I just pray that our people would not easily get involved in this kind of hidden agenda. The politician would get something and the people get nothing. For them, everything is remain the same. Blaming may not become the solution. Creating thinking people is just my intention. Though, the stupid politician is the one to be blame. Obviously they was doing the wrong thing.

    Sesiapapun akan punya pendapat berbeza, saya dan juga saudara. Cuma saya sedikit terkilan dengan pejuang bahasa yang lebih suka mencari kesilapan kerajaan daripada berusaha membantu mereka. Mengkritik tanpa memberikan alternatif ibarat nasihat kosong tanpa isi. Maaf, saya juga manusia biasa.

  13. Mac 15, 2009 1:52 pm

    masih tak faham… kenapa masih nak perjuangkan bangsa, walhal perjuangan itu nyata sia-sia. Jelas PPSMI bantu bangsa kita untuk maju, tapi masih ada golongan yang membantah dengan alasan ia merosakkan bahasa yang menjadi jiwa bangsa…..

    fakir: manusia berbeza citarasa dan pendapat jua….kan3? hehehe

  14. de Mahdali permalink
    Mac 18, 2009 9:05 am

    Apakah kita semakin maju?

    Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelari dua subjek tersebut.

    “Sumbangan PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya,” laporan bertajuk ‘Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid’ dipetik.

    Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga “menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

    “PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi.”

    Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

    Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

    Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

    “Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

    “Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan,” laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

    Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

    Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

    Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Pejabat Daerah dan sekolah tertentu.

    Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Rauf Yusoh yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

    Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

    Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.

    Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.

    Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Rauf berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.

    Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.

    Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.

    Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu.

    “Kami hanya mengemukakan hasil kajian. Kalau positif, positiflah, kalau negatif, negatiflah,” katanya.

    sumber :malaysiakini

  15. Mac 25, 2009 3:57 am

    Sebagai bekas guru yg mengajar di luar bandar, setulusnya aku berdepan dgn kemusnahan pendidikan bila PPSMI menjengok ke minda anak bangsa. rata2 anak melayu di luar bandar gagal dalam BI di peringkat UPSR..kini ditambah pula dgn Math dan sains.ini menjadikan koleksi kegagalan bangsa bertambah kepada 3 subjek.
    Buang sekejap minda benci ahli politik, kita bincang nasib pelajar di ulu tembeling, kita bincang nasib anak melayu yg aku ajar di Balik Pulau bernama Anas yang masih tidak dapat menguasai 3 M dgn baik yang kini melangkah ke alam menengah. dia murid yg baik tapi tidak mampu mengira sifir 3 dengan betul. bila disemak rupa2nya Anas tidak seorang diri, ramai pelajar spt dia di sini..dan aku yakin banyak lg di luar sana yg bakal tercicir, kalau sudah diajar dgn bahasa IBUNDA sendiri pun masih lagi gagal, apatah lagi bahasa PENJAJAH? (meminjam perkataan saudara)
    Saya meneliti dgn mata hati ..kerana saya bekerja dgn realiti.

    fakir: terima kasih. pandangan saudara yang bercakap daripada pengalaman sedikit membuka pemikiran saya. Cuma bagi saya tidak adil hendak menyalahkan PPSMI untuk keadaan buta huruf atau kegagalan 3M yang berlaku. Lagipun semua negara membangun yang ingin menuju negara maju tidak dapat lari sepenuhnya dari masalah ini. Apa-apapun, semoga kerajaan melakukan kajian teliti dan rasional dalam hal ini.

  16. radzhi permalink
    April 23, 2009 4:35 am

    Aku suka PPSMI, dulu anak sedara aku nak lulus BI pun terkial-kial tapi lani dah ada PPSMI BI nya pun dah dapat A , mak bapak pun tak yah nak antar tusyen. Aku suka aje!!!

    fakir:aku juga….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: