Lompat ke isi kandungan

Tersentuh

Mac 5, 2009

Walaupun aku tidak memahami maksud setiap bait liriknya, tapi video nasyid ini tetap menyentuh hati aku. Melodinya menusuk jauh ke dalam kalbu. Membawa aku mengimbau pengorbanan ibu yang entah bila akan dapatku mula balas. Biarpun bibir aku jarang lafazkan, aku mengharap ibu sentiasa tahu, betapa tiada manusia sezaman yang aku paling sayang melainkan dia. Apatah lagi selepas ayah tiada, ibulah segala-galanya. Ustaz di sekolah dulu selalu ingatkan, sedekahlah Al-Fatihah kepada ibu bapa setiap hari dan bukan hanya apabila mereka sudah tiada lagi. Aku bersetuju sekali, apatah lagi ketika ini aku masih berjuang mengutip ilmu di tempat orang. Hanya doa dan Al-Fatihah, harta yang aku ada untuk dikirimkan buat dia dan arwah bapa. Dua tahun sisa pengajian terkadang terlalu lama dirasakan. Tidak sabar untuk bergelar lelaki berkerjaya dan sememangnya aku enggan lagi tinggal berjauhan.

“Ya Allah, panjangkan umur ibu dan juga umurku, moga dapat kuhantar ibu ke Baitullah, ‘Rumah Agungmu’ dengan rezeki halal hasil kudratku. Juga buat ayah yang telah pergi dulu”

p/s: Syahdu di pagi hari..huh. Walaupun belum mandi lagi.

Advertisements
14 Komen leave one →
  1. biha permalink
    Mac 5, 2009 8:26 am

    amin..

    fakir: amin ya rabbal alamiinnn…

  2. putraim permalink
    Mac 5, 2009 3:55 pm

    aminn…sejuk perut ibu mengandung.

    fakir: harap2nyer…tp akupun tak smpurna..

  3. dida permalink
    Mac 5, 2009 4:07 pm

    patut pom bau bucuk…(^.^)

    fakir: eh, jauhnya angin bowok bauni….sampai kolej 12.hahaha

  4. yangbaikhati permalink
    Mac 5, 2009 4:08 pm

    mom, the first teacher, remember? never went to formal education to become a teacher. but, the impact of her lesson and taught, lasting forever.. isn’t it?

    fakir: yes, i could not agree more. definitely..

  5. Mac 6, 2009 1:32 am

    Lebih baik kita lafazkan kasih sayang tu.
    Mungkin itu kata2 yg paling dinanti oleh Ibu kita selama ni.
    Amik pengajaran dari lagu “lafaz yang tersimpan”.

    (kata2 ni parents, mak saudara n pak saudara sy slalu nasihat kat sy. Sbg peringatan utk diri sy gak. Sekadar berkongsi)

    fakir: syukran

  6. نورنانا permalink
    Mac 6, 2009 1:36 am

    semoga impianmu tercapai,
    amin…

    fakir: insyaAllah…Amiinnn 🙂

  7. i_m permalink
    Mac 6, 2009 5:53 am

    sedey bile bace…
    sbb dgn mak ni kdg2 saye slalu ckp nada tinggi sbb kalu jarang2 balik kite mcm nk duk rumah je rilek2…tp mak slalu nk ajak g jln2…oleh krn ikot ati n prasaan mls slalu terlupa mak sbnanyer nk spend time ngan kite…
    bile lame xblik mule la rase sedey bile ingat ape yg kite wat kt mak kite…
    just dpt doa mak fhm n amponkan kite..
    i love MY MAK so much…
    hehe sori luah prasaan scr tibe2…

    fakir: takper tp hargailah ibu selagi dia ada…Berikan dia segala2nya yang kita ada…setelah segala-gala yang dia ada telah diberikan kepada kita.

  8. khadeeja permalink
    Mac 6, 2009 7:24 am

    salam, kala ibu masih ada tataplah wajahnya puas2 , berbaktilah padanya, katalah aku cinta padamu ibu kerna kau membawaku mengenal isi dunia, mengenal penciptaku yang maha Agung, jerih perih derita membesarkanku telah kau lalui dengan tabah walau kadangkala aku melukakan hatimu.
    ” anakku jadilah hamba yang soleh jangan dilupa al-quran dan sunnah , ingatlah Allah di setiap langkah dan keberadaanmu , ibu hanya mendoakan kebahagiaanmu dunia dan akhirat”- ibu

    fakir: terharu… 😉

  9. blackroses permalink
    Mac 6, 2009 1:43 pm

    syahdunya….rindu mak di kg…
    sbarlah hati…

    fakir: ade kesempatan terus balik tau….

  10. lurunna permalink
    Mac 7, 2009 9:55 am

    Sampai mati pun belum tentu kita dpt bls jasa mereka.

    fakir: betol3.(versi upin ipin) kalau upin ipin yang belum balighpun setuju, apatah lagi diri ini…jasa mereka tidak terkira

  11. anis permalink
    Mac 7, 2009 4:23 pm

    isk3…
    terharunyer….
    kadang2 kte tak sedar ape yg kite buat melukakan hati mak kite…
    dan kite slalu tak hargai ape yg dilakukan utk kite…
    terima kasih kerana memberi kesedaran ni…
    sayangilah ibu kite…..

    fakir: betol3..upin kate. sama2..fakir kata.

  12. cik jijah permalink
    Mac 8, 2009 12:35 am

    bila bace ni,,teringat dah sebulan lebih tak balik rumah…
    dah la rumah dekat je…
    bukan tak mahu, tp masa tak mengizinkan….
    rindunya nk balik…..doakan kesempatan itu tiba….huhu..

    p/s: nmpak cik amer bersungguh2 memberi sokongan utk YDP ye…pegang banner besar lagi…hehe..tahniah…

    fakir: la…cik jijah ada gak ke? nape tak gtau..hehe, gueni rabun…

  13. putraim permalink
    Mac 8, 2009 4:26 pm

    semua manusia berada dalam ketidaksempurnaan, hanya diri sendiri yang perlu mengubah diri sendiri….

    fakir: betul, tp apakah kaedah terbaik? jawaaaaaaabbbbbbb…….heehhe

  14. Mac 9, 2009 3:52 am

    amin…
    terharunye…

    fakir: amiinnn Ya Rabbal Alamiinnn… 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: