Skip to content

Aku, Mat Wapi dan Terowong Smart

Februari 24, 2009

Tengahari semalam aku temankan Mat Wapi pergi Times Square. Kami ke Acer Centre. Laptop Mat Wapi sakit dan perlu dirawat. Aku hanya membonceng. Mat Wapi selaku mat rempit berdaftar yang tunggang motosikal itu lagipun motosikal itu dia yang punya (bukan Ahmad Albab yang punya). Ketika pergi kami sampai betul-betul sebelum hujan lebat turun membasahi Times Square, penjara pudu dan beberapa tempat dalam kawasan yang sama. Alhamdulillah, kami tidaklah kekuyupan.

Tiba waktu pulang, Mat Wapi dengan selambanya telah menunjukkan kehebatan dia. Dia otai jalan-jalan sekitar KL (dia tak cakappun macamni, saja nak sedapkan entrini). Otai sangat sampai motosikalnya melalui jalan menuju ke Terowong Smart. Maka, akupun pelik apabila di dalam terowong itu tak terlihat sebuah motosikalpun sama ada di depan atau di belakang. Di tepipun tak ada dan di atas apatah lagi. Daripada mula lagi sebenarnya aku sudah rasa pelik kerana setahu aku motosikal tak boleh lalu ikut terowong ini. Tapi kami redah jer, takkan nak patah balik. Kalau patah balik, alamatnya banyak jugalah benda lain yang akan patah. Nauzubillah.

Lama juga keberadaan kami di dalam terowong itu, kami yang smartni terasa semakin smart kerana berada di dalam Terowong Smart. Jenuh juga berada dalam terowongtu. Bosan sebab tak ada pemandangan yang menarik disajikan. Apabila keluar saja, aku dan Mat Wapi berteriak gembira seolah-olah kami baru mencipta rekod dunia.

“We made it!”

Tapi apabila sudah nak sampai di hentian tol, Mat Wapi bersuara.

“Eh, mana ada lorong untuk motosikal..”

Hahaha. Padan muka kami berdua. Tapi Mat Wapi dan aku tak panik. Berbekalkan wajah separuh macho yang kami ada, kamipun berhenti macam orang tidak bersalah di tepi hentian tol itu. Berlagak macam kami berada dalam pacuan empat roda.

“Sorilah, kami tersilap jalan tadi,” Mat Wapi.

“Nak kena bayar juga ke?” Aku. Sambil tangan menyeluk poket belakang seluar. (Kononnya nak keluarkan dompet)

Saudari yang manis dan comel si jurutol suruh kami lalu saja. Palang di depan itu masih ada jarak untuk saiz motosikal menyusup keluar. Berbekalkan rasa macho yang masih bersisa, aku dan Mat Wapi ucapkan terima kasih. Muka kami masih control apa yang patut walaupun dah rasa bengkek dan malu-malu hamster. Yes, berjaya….

p/s: Tak sempat nak minta nombor telefon jurutol itu. Kalau tak, senangla lain kali berurusan apabila kami nak lalu lagi( naik motosikal jugala) hahaha…

Advertisements
16 Komen leave one →
  1. andrian0588 permalink
    Februari 24, 2009 1:23 pm

    dulu samy vellu cdg nk wat lorg untk motosikal..x smpat nk wat..die dh kalah pilihanraya..hehe

    fakir:haah, kesian. itulah, banyak sangat kot makan duit tol rakyat…cukuplahtu..

  2. Februari 24, 2009 1:30 pm

    wow…
    x brape otai lg kot…
    hahaha

    dh la nnt kat highway ad kamera litar tertutup…
    abis la kot kene saman….

    fakir: takpe, kebal….tambah plak invisible kalu ngan cctv ni.so, tak bimbang sangat.hahahaha

  3. blackroses permalink
    Februari 24, 2009 3:46 pm

    hahahahaha..
    oppss…terlebih sudah…
    (mat rempit pon blom tentu dah try terowong tue..)

    fakir: hahaa..akupun pk benda yang samaa…hehehehe. ni lagi advance dari mat rempit..kah3

  4. Februari 24, 2009 9:44 pm

    Tahukah anda bahawa Terowong Smart itu sgt berbahaya buat penunggang dan pembonceng motosikal??
    Terutamanya selepas hujan…

    p/s: Harap lepas ni En.Fakir tidak buat lagi adegan berbahaya seperti ini lagi…

    fakir: dah tobat dah…heh heh heh

  5. Pjoyz permalink
    Februari 25, 2009 2:22 am

    Mungkinkah itu ciri2 permulaan seorang kasanova? hahaha

    fakir: seolah2nya begitulah…hehehhehe (gelak dengan intonasi kasanova)

  6. put3alam permalink
    Februari 25, 2009 3:17 am

    hahah…dah malu pun sempat nk menggatal….ish2…tok guru saya ni…

    fakir: eh, bukan menggatal…menggaru jer…hahahaha

  7. yangbaikhati permalink
    Februari 25, 2009 4:09 am

    mat2 rempit yg lain mesti rasa tercabar akan kebolehan luar biasa korg ni… syabas! lain hari, try lah lagi.. kene saman, bayar sendiri.. hehehehe

    fakir: taknak try dah…cukuplah sendiri. harap2 masuk Malaysia Book Of Records. Yes!!

  8. Februari 25, 2009 5:02 am

    pergh!!!
    ni da up sket da dr mat rempit…
    mungkin de name baru selain mat rempit yg akn diberikan bwat abg amer n mat wapi..
    uhuhuhuh..

    fakir: tengah pk, mungkin mat terowong + mat rempit = mat terompit…haahhahaha

  9. Februari 25, 2009 5:32 am

    wakakaka…lawak..lawak…kalu akak dh gelabah tahap gaban dah…korang memang selamba tahap gabanzzzzz…..

    fakir: hahaha. berkawan ngan si mat wapi buat saya jadi selamba tahap gabanz n power rangers…hehe

  10. Februari 25, 2009 8:13 am

    tak tahan baca kisah ni..
    mmg gelak sakan..haha..mat terompit ye…nice2..haha..
    trbyg2 muka penuh selamba dkt tol tu..haha

    p/s:mesti jurutol tu bergosip pasal anda ber2 ngn kwn2 dia kan…haha..

    fakir: haahla, boleh jadi jugak tambah2 kalu memang kami yang pertama yang lalu kut terowong2 ngan moto..hehehe

  11. putraim permalink
    Februari 25, 2009 10:42 am

    wowww…..nak gak masuk smart tu… lpas ni ajak masuk lagi ek…
    hahahhahahaahahah……

    fakir: eh, ko nak ker?? aku taknakla..da serik.tapi kalu masuk kim salam saudari jaga kaunter tol sebelah kiri…hehe

  12. auzi permalink
    Februari 25, 2009 5:54 pm

    hu hu.. cayalah mat wapi.. cam tu la hero! bengkek pun bengkeklah…
    (teringat aku muda muda dulu, first time g klang ikut fed h/way)

    fakir: mesti teruja gile time2 kn? heh heh heh

  13. Februari 26, 2009 8:48 am

    kalau org lain leh drift dalam smart tunnel, korg tak buat stunt mat rempit dalam tu ke? kui kui!

    fakir: tak sempat….ingat nk bwat gak.heheheh

  14. anis permalink
    Februari 26, 2009 2:58 pm

    wow.. aksi berani mati gak la lalu terowong smart tuh….
    nasib baik jurutol tu bagi lalu ek… hak3

    fakir: hehe.aksi berani mati yang tak disengajakan…hehe. takpe, kalu tak bagi lalupun, kami sanggup bayar RM2, adab lalu jalan orang…ehehhe

  15. Mac 5, 2009 4:56 am

    haha..
    xpnh ku dgr cte ni..
    ni ley msuk malaysia book of record!
    😀

    fakir: itulah yang aku harapkan…

  16. dida permalink
    Mac 5, 2009 4:13 pm

    hahahaha…mmg gelak sakan bce n3 ni..gle lawak!! otai ah korg…=)

    fakir: otai kn? hahaha. kami tahu…heheheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: