Skip to content

Harga Sebuah Kemaafan

Februari 21, 2009

Kalian mungkin pernah terasa peritnya apabila rakan karib sendiri menikam kita dari belakang. Menipu, mempermainkan, memburuk-burukkan, atau mengaibkan kita sesedapnya. Sakit yang dirasa pastinya tak terkata. Orang sebegini memang hanya layak digelar rakan atau kawan dan bukan sahabat. Ini kerana nilai sahabat jauh lebih tinggi. Sahabat tidak akan melukakan hati sahabatnya.  Seorang sahabat akan menjaga aib sahabatnya kerana dia sedar, jika bertindak demikian hijab aibnya akan dibuka Tuhan di hari pembalasan. Lebih penting, seorang sahabat tidak akan mengaibkan sahabatnya dengan fitnah yang tidak pernah  sahabatnya lakukan. Bukan senang menjadi seorang sahabat. Jadi rakan atau kawan, mudah dan tidaklah susah.

Sesudah disakiti, bagaimana tindakan seterusnya. Memaafkan? Oh, harganya adalah sebuah pengorbanan dengan merobohkan tembok keegoan. Mahal. Ya, terlalu mahal harganya. Lebih mahal daripada jam tangan Tag Heuer, tas tangan Prada atau kasut tumit tinggi Jimmy Choo.  Kereta Ferraripun terlalu murah kalau dibandingkan dengan harga sebuah kemaafan. Nilai kemaafan adalah infiniti. Tetapi, kalaupun kalian pernah disakiti, maafkanlah rakan atau kawan itu. Sebelum dan selepas kewafatan Muhammad S.A.W, tiada lagi manusia sempurna. Tiada lagi manusia kamil. Maka secara mudahnya, rakan-rakan kita adalah manusia biasa, yang tak lepas dari dosa. Kurniakan kemaafan dengan percuma dan jangan pernah menuntut sebarang harga.

Hidup lebih senang dan tenang kalau kita memaafkan sesama insan. Dr. Haji Mohd Fadzillah Kamsah pernah mengingatkan, setiap kali sebelum tidur, maafkanlah semua orang yang melakukan kesilapan kepada kita pada hari itu atau hari-hari sebelumnya. Kita akan memulakan hari esok tanpa musuh di jiwa. Hari kita akan lebih bahagia, ceria dan insyaAllah gembira. Akupun cuba mengamalkannya. Tetapi benarlah, mungkin senang seorang lelaki untuk memaafkan tetapi tidak mudah untuk dia melupakan kesilapan insan. Apatah lagi kalau kesilapan yang dilakukan terhadap lelaki itu hadir dari makhluk Tuhan yang bernama perempuan. Asalnya dari rusuk kiri sang lelaki yang pernah, masih dan akan terus menghormati. Biarpun hatinya disakiti..

p/s: i forgive but i just couldn’t forget, and i’m so sorry for that.

Advertisements
10 Komen leave one →
  1. yangbaikhati permalink
    Februari 22, 2009 6:03 am

    kadang2, kemaafan seharusnya menjadi terlalu mahal, agar org yg melukai menghargainya dan takkan sekali2 mengulanginya.. =)

    fakir: benar, fakir seratus peratus bersetuju. tetapi mampukah manusia berubah dengan mudah?…

  2. yangbaikhati permalink
    Februari 22, 2009 3:28 pm

    hmm.. apply la theory of learning. “mahal” nya satu kemaafan tu seharusnya menjadi “negative punishment” pada org yg melukai.. hmm.. bakal cikgu semestinye tau theory2 B.F. Skinner & Ivan Pavlov. hahahaha

    fakir: haah betul..eh “yg baik hati”nipun cam bakal guru jerrrr

  3. anaktupai permalink
    Februari 23, 2009 2:54 am

    kadang-kadang, kita selalu memikirkan mereka yang buat salah pada kita, tapi salah kita pada mereka, pernahkah kita memuhasabah diri?andai kita di pihak yang perlu dimaafi, apakah rasa hati kita kalau hidup kita terperangkap dengan mereka yang enggan melupakan kesalahan kita pada mereka? kata2 khalifah abdul malik bin marwan “semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat”. [panjangnya komen ni…]..entri ini satu ingatan untuk diri saya juga.

    fakir: thanx 4 the long comment btw…

  4. anaktupai permalink
    Februari 23, 2009 2:58 am

    sebelum tidur, berdoa juga agar dilembutkan hati mereka yang pernah tersinggung dengan kita agar mereka juga memaafkan kita.

    fakir: insyaAllah… 🙂

  5. anis permalink
    Februari 23, 2009 4:36 am

    memaafkan orang lain adalah perkara yg sangat mulia dan indah… tapi kdg2 kita akan rasa memberi kemaafan tu adlah perkara paling sukar utk dilakukan…. btol x? we may forgive but it is hard to forget what they have done to us….

    fakir: sangat setuuuuujuuuuuuuuuuu…..haha

  6. Februari 23, 2009 5:40 am

    mmm….kemaafan tu mmg mahal…ttp lebih elok dimaafkan dan dilupakan…itu akak la…

    Dr Haji Mohamad Fadzillah Kamsah juga pernah berkata…apabila bangun tido waktu pagi, baca doa dan senyumlah….

    p/s:akak pernah buat..memula rase cam klaka jer…aper taknyer senyum sorang2, waktu bgn tido lak tu…tp biler dh slalu buat…rase cam seronok dan rase hari itu satu hari yg ceria….

    fakir: sayapun nak cuba jugakla….hehehe. cam best jer w’pun saya sorang manusia yang susah nak senyum…nak cuba.yeah. thanx 4 the sharing…

  7. yangbaikhati permalink
    Februari 23, 2009 5:05 pm

    hmm.. insyaAllah. guru pertama utk anak2. hahaha

    fakir: oh…bagus3. moga jd guru yang sabar kpd anak2….ye

  8. نورنانا permalink
    Mac 5, 2009 1:31 am

    Bila kita maafkan semua orang, hidup kita kan lebih tenang.
    aku percaya tu.

    fakir: akupun…………..hurm,,,

  9. mazaa permalink
    Ogos 1, 2009 5:38 pm

    sayer jenis sukar untuk memberi kemaafan terutama sekali pada orng terdekat……

  10. Oktober 18, 2009 2:08 am

    salam..

    saya sedang mencari erti kemaafan.

    demkian..

    maaf dalam islam beerti juga melupakan.

    forgive means forget.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: