Lompat ke isi kandungan

Boikot Lagi

Februari 20, 2009

Alhamdulillah, aku masih lagi memboikot barang Israel-Amerika. Atas nama persaudaraan Islam, moga Tuhan berikan kekuatan dan moga rakan-rakan semua turut sama berjuang. Semoga tidak hilang istiqamah ini. Israel tidak akan lumpuh dengan boikot dalam masa 2, 3 hari. Biarlah kalau sedikit sahaja yang menyokong usaha ini, moga golongan yang sedikit inilah yang akan dipermudah melangkah ke Jannah. Kita berusaha mempertahankan saudara seaqidah. InsyaAllah.

Aku juga boikot perkara lain.

Satu.

Hari Valentine dan orang-orang yang menyambutnya. Aku tak faham, kenapa masih ada yang meraikannya. Maksud aku saudara seaqidah dengan aku. Kalaupun kita punya pasangan hati, masih ada 364 hari lain untuk disambut dan meraikan kekasih kita. Hari lahir, hari ulangtahun pertemuan pertama atau hari anda dan dia declare sebagai pasangan bercinta. Hari Valentine untuk orang Christian. Kita patut kaji sejarahnya. Ingat, dua kalimah syahadah yang kita lafazkan membezakan kita dan mereka. Jangan sampai terbatal syahadah kita hanya kerana mengikut nafsu menyambut hari keraian ajaran agama orang lain dan bukan ajaran agama kita. Nauzubillah. Orang Christian nak sambut, lantak pi la depa

Dua.

Aku boikot orang yang meminta pertolongan aku dengan manis mulutnya  tetapi membatalkan tanpa rasional. Aku menggangguk seikhlasnya ingin membantu dan menimba pengalaman mengemudi acara, tapi ini balasan mereka.  Sudah kali kedua aku terkena. Walaupun sabar masih bersisa, aku rasa aku akan boikot kalau mereka minta tolong lagi. Geram. Ya, geram sekali. Aku manusia biasa yang punya rasa marah yang terkadang membuahkan dendam. Adakan dendam ini akan mereput laju seiring berputarnya waktu? Aku biarkan Tuhan  yang jadi penentu. Sekarang ini, aku masih boikot. Hish, aku geram!

Tiga.

Aku boikot…. Hurm, aku boikot… Eh, tak adalah. Itu saja kot untuk kali ini. Boikot tetap boikot!

p/s: selebriti beragama Islam bernikah sempena hari Valentine. Apa cerita? Kurang cerdik agaknya. Media pulak jadi penyebar yang setia. Entahlah…

Advertisements
9 Komen leave one →
  1. anis permalink
    Februari 21, 2009 6:35 am

    wah… banyak btol boikotnyer…………
    boikot israel n valentine’s day, alhamdulillah…………
    mari kita sama2 berjuang menegakkan fahaman dan konsep yg songsang terhadap fahaman valentine day dlm klangan remaja skang…..

    fakir: yeah, thank anis….btolkan rerakan yang lain…

  2. put3alam permalink
    Februari 21, 2009 7:56 am

    kesiannye abg amer kene reject jd MC lps dorang sndiri mntk tolong…mungkin ada hkmahnya..mne tau klu abg amer jd MC, abg amer dapat malu cam fiza ke…g sebut nyanyi lagu Nuguruku…kan malu tahap dewa…nasib baik pndai control ayu…hahahahaha…

    fakir: mesti ko terpengaruh ngan Nemewee (betul ke eja nama malaun ni)…Negarakuku…hahahahahahha

  3. Februari 21, 2009 9:49 am

    yeahh!!! (dgn penuh semangt)
    boikot2!!
    haha

    fakir: ko memang penyokong yang baguzla qib.haha

  4. Februari 21, 2009 2:00 pm

    eh abg amer kena lg ke cam kes soh jd m.c aritu…?
    takkan ngan org yg same kot..uhuhuh
    papepon bwk byk2 berabar ehk..

    fakir: different person bro, i used to it. though,i pray that it’ll make me more strong on going through this life

  5. zetty89 permalink
    Februari 21, 2009 5:02 pm

    boikot tetap boikot!!!
    agi idup agi ngelaban!!!!!- bak kate kanang…
    huh? hehe…

    fakir: selagi hidup selagi berjuang…

  6. Februari 22, 2009 10:00 am

    oh, rasa seperti baca ayat sendirilah! heee~ salam kenal!

    fakir: ye ker? hehehe.salam kembali…

  7. biha permalink
    Februari 22, 2009 12:38 pm

    sedey bile tngok saudara seislam dgn perasaan xde bersalah mkn kat mcd and etc..geram..(emosional lak..huhu)
    abg amir..sabar la eyh..ujian dr tuhan yg Esa..

    fakir: tgh sabar…hish…hish…hish…(mcm tak brape sabar jer)hehe

  8. Februari 22, 2009 3:29 pm

    saya pun masih boikot mekdi.. mujur jugak mekdi dah mahal. tak rasa pape sangat nak boikot.. hee..

    fakir: betol3( dgn suara upin&ipin)

  9. angelizwan85 permalink
    Mac 5, 2009 1:27 pm

    Ha.. sebut psl boikot nih…Mc D kat sek.3 tuh selalunye akn penuh terutamanya hujung minggu..tapi beberapa bulan kebelakangan nih customer mkin berkurang…maknanya berjaya gak kempen boikot nih..tak gitu Abg Amer?

    fakir:hope so 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: