Lompat ke isi kandungan

Ada Apa Dengan Kuasa

Februari 19, 2009

Ada Apa Dengan Kuasa
Tiada
Ya, tiada
Tiada apa dengannya
Kalau mata nafsu yang memandang
Sedang mata iman terhalang

Kuasa itu kulit yang menjadi sisi
Amanah itulah segala isi
Kuasa itu lapisan melitupi
Sedang tanggungjawab adalah inti
Pemimpin mencari hak
Mengurnia pada yang berhak

Semuanya bakal ditanya Rabb
Sang suami akan kuasanya pada isteri
Juga pada darah dan daging sendiri

Sang pemimpin pada marhaen jelata
Sudahkah disempurnakan segala
Atau sekadar mencari nama

Kuasa adalah pertanggungjawaban
Tuhan kepada insan
Padanya Tuhan sudah mengingatkan

Pemimpin
Dua kakimu di tapak berbeza
Satu memijak tanah syurga
Satu merasa bahang neraka

Pilihan tetap pada insan
Memilih kaki mana ingin dialihkan

p/s: jelas…

Advertisements
4 Komen leave one →
  1. anaktupai permalink
    Februari 20, 2009 3:33 am

    puisi yang menarik juga…

    fakir: menarik untuk dihayati….jd amalan

  2. put3alam permalink
    Februari 20, 2009 4:46 am

    ooo….dalam maksunya tu…

    fakir: moga difahami…

  3. putraim permalink
    Februari 20, 2009 2:21 pm

    hmmmmmmm…..lpas ni bleh ambik master penulisan bahasa melayu plak.huhuhu

    fakir: haah, pastu nak sambung PHD penulisan bahasa arab…buleh? hehehe

  4. biha permalink
    Februari 22, 2009 12:32 pm

    kuasa=tanggungjawab…….berat??huhu

    fakir: NAAM

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: