Dato’ memang selamba…
Jumaat lepas yang merupakan hari ke 19 kita berpuasa, aku dan beberapa rakan berkesempatan iftar bersama-sama Menteri Besar kesayangan (kesayangan para penyokong beliau sahaja, bukan aku).
Tempatnya di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. Seronok juga dapat berjumpa sebahagian barisan kepemimpinan negeri yang masyhur dengan tagline “Islam Hadhari, Terengganu Bestari”. Tanpa dirancang, aku juga ditakdirkan bertemu kakak yang kini bertugas di SUK negeri (orang kuat Puteri UMNO dan penyokong MB, kih kih kih).
Tidak seperti dijangka, seusai memberi ucapan, menyampaikan pinjaman pelajaran dan berbuka, hanya ada sesi fotografi secara tak rasmi bersama MB. Sesi soal jawab langsung tidak ada. Aku tunggu untuk tanya banyak perkara, mungkin Dato’ belum bersedia menjawabnya. Hahaha.
Aku tidaklah mengagumi beliau kerana bagiku tidak begitu terlihat karisma yang dimilikinya. Namun yang demikian, beliau aku akui seorang yang mesra dan selamba. Usaha “merakyatkan pentadbiran” seperti yang diwar-warkan beliau aku harapkan berjaya. Aku tetap yakin biarpun tidak mengundi kerajaan ini pada PRU yang lalu sebab aku memang tidak mengundipun (aku bukan warganegara yang baik).
Aku kongsikan beberapa perkara menarik sepanjang acara:
-
Beberapa kawan lelakiku yang ikut sekali, tiga daripadanya bukan anak negeri ini. Mat Wapi, Mat Pazeli dan Mat Busu. Menumpang untuk makan free. Kih3.

Dari kiri: Bakal MB Perlis, Bakal MB Kelantan, MB Terengganu, Bakal Pengganti beliau dan Bakal Mufti. InsyaAllah...Amiin.
p/s: Royalti minyak kerajaan negeri dah dapat, duit raya tahun ini tetap tak ada. Entahla…
baju batik tue mengingatkan aku tentang kisah ketua pengawas di UM hahahahaha (tibe2 teringat zaman muda2 di awal kerjasama kite hahaha)
fakir: ciss, jangan diungkit….
huhu…anak negeriku,
mungkin dah hampir masanya untuk kita pulak yang menghulur duit raya
fakir:huhu, insya Allah…
ntah,aku igt buleh duit raye,habok pon xdok..tp, sedap r mkn mlm 2…yg paling penting skali,gmbor aku semat…hakhak..taun dpn kalo ad ag ajak aku g plok..
fakir: taun dpang takmboh ajok doh….
akak penah dgr org berkate…”MB teghanu tu muke org kampung “….adakah???????..rasenyer majoriti org yg dok kat bandar2 tu sumernyer dtg dr kampung…don no wat to say….
fakir: muka kampung takder masalah kak, yang penting jiwa besar dan dahulukan rakyat.sayapun dr kmpung, tak malu bahkan bangga jadi anak kampung..hmmm
sonok majlis ek…
untuk anak terengganu yang blaja di terengganu ni x ada pun majlis gni…
huhu…
fakir: sabor cik jijah ek…ehehehe
amek gmbar siap ltak tngan kat bahu tu..memg slambe la..amer..Slamat bercuti..!!kem salam kat keluarga…
fakir: tq, ko pun….