Lompat ke isi kandungan

Presentation, Pink Tie, Supplier

September 11, 2008

Sebelum

1.Kakak staf Fakulti Pengajian Pendidikan, “Ada kelas ke?” Aku, “haah, nanti ada presentation.” “oh, ingatkan supplier tadi” tambahnya lagi. Dalam hati aku, “ada macam rupa supplier ke akuni?”

2.Dr. Aminuddin Hassan, pensyarah subjek Thinking Skills, ” Eh Amer, handsome harini.” Jawab aku “Harini ada presentation, itu yang kena handsome sikit tu.” Beliau menambah, “oh, ada presentation ke? Patutlah..”

3.Seorang wanita, mungkin staf, mungkin juga pensyarah (aku tak kenal), “Lawa pakaian harini.” Aku jawab, “ada presentation, sebabtu pakai macamni.” Tambahnya, “kalau pakai hari-hari pun tak apa, lagi bagus…” Bisik hati aku, “ya, saya tahu..”

Semasa

1. Sebelum mula presentation, Cik Pah komen macam-macam pasal appearance aku, ” I think pink tie is not suitable with you Amer, pink tie is for……bla bla bla…… pot pet pot pet….” Pembantu Cik Pah, Miss Clavy tersengeh-sengeh ketawa. Aku buat muka blur saja.

2. Komen Cik Pah gagal mempengaruhi aku. Presentation berjalan lancar. Tajuknya M.O.T.I.V.A.T.I.O.N.

3. Aku akhiri dengan menunjukkan gambar ala-ala filem Castaway yang aku lukis sendiri. Tak cantik tapi boleh difahami. Lukisan pada sekeping manilakad yang menyebabkan aku disalah anggap sebagai supplier.

Selepas

1. Cik Pah komen lagi, “I think you should work on your grammar because there is a lot of grammatical errors on your slide. You also need to work on your pronunciation more…bla bla bla..'”

2. Aku sikit pun tak tengok muka Cik Pah masa dia bagi komen ala Paula Abdul untuk siaran American Idol. Tapi aku benar-benar hargai komen dan kritikannya dan akan kuperbaiki kekurangan diri ini.

3. Markah aku 24 daripada 30. Not bad, i think. Aku bukan penutur English sepanjang masa. Aku juga tidak berdebat dan berpidato dalam bahasa ini. Aku sedikit tidak berpuas hati tapi aku tetap syukur dan redha. Markah aku yang ketiga tertinggi. The highest di kalangan student Melayu setakat ini.

p/s: salahkah lelaki memakai tali leher pink….??

11 Komen leave one →
  1. September 11, 2008 3:03 pm

    salam…
    x salah pun pakai tie kaler pink…
    pink pun warna jugak kan…
    knp kena pertikaikan warna tu…
    huhu
    anyway….
    gool luck for ur study…

    fakir: entahlah…manusia punya perspektif berbeza.hu.tq

  2. penamaya permalink
    September 11, 2008 4:20 pm

    salah apabila wanita tercabar……

    hehe.

    salam ramadhan.

    fakir: mungkin.haha.salam ramadhan kembali..

  3. September 11, 2008 5:08 pm

    tidak…saya suke melihat lelaki memakai tie.tapi sayang…lelaki di UPM kureng suke pakai tie…ade jer alasan untuk didak paki..hahahah mcm bile dip[aksa perempuan memakai baju urung la ..ade y payah gile nak pakai..hahahahaha tapi di bulan puasa..nape tak pakai baju melayu siap sampin..lagi gempak la aMir oit…

    fakir:haha, takut lecturer terkejut beruk plak.huhu

  4. September 11, 2008 5:08 pm

    haha…crite pasal presentation..
    teringat baru je lepas presentation utk subjek ‘penternakan asas’
    yang bestnya mmg auta abes r present…
    present buffalo crite pasal lembu..
    tapi yakin jer..haha…

    p/s: tie pink Ok ape…hehe…

    fakir: wah, bestnyer presentation anda.haha.hidup pink!!kui3

  5. Insan Kerdil permalink
    September 11, 2008 9:40 pm

    Salam, salah jika pink itu di pakai untuk membanggakan personaliti ‘pelik’ mereka.
    X slah jika kita memang mengikut hukum berpakaian.

    fakir: trima kasih insan…huhu.pelik?? aku akan cari makna mendalamnya..

  6. September 12, 2008 12:43 am

    Sebelum mula presentation, Cik Pah komen macam-macam pasal appearance aku, ” I think pink tie is not suitable with you Amer, pink tie is for……bla bla bla…… pot pet pot pet….” >>>>komen balik kat c.pah,sukati sayala nak pakai tie warna apa..ada pakai duit c.pah ker….wakakakakakaka..

    fakir: hahaha. setuju….klakar sungguh idea ini tapi sedikit merbahaya. sebab final exam belum berlaku.haha

  7. September 15, 2008 4:36 am

    Pink itu menawan. Mencerminkan kelembutan jiwa. Wah.. gitu.. hahahah

    fakir: aik, lain macam je komen ko??hmm

  8. Cik Pah permalink
    September 15, 2008 9:33 pm

    Komen untuk respon2 diatas =>

    Komen terkelakar : Pjoyz

    Komen paling bernas : Insan Kerdil

    Komen terbaik keseluruhan : Cik Pah

    fakir: cukuplah ada sorang je cikPah..hahaha

  9. kak yam permalink
    September 16, 2008 5:00 am

    tak pelik..sbb skang ni dh ramai lelaki suke pakai pink..lainla 10 taun dulu…

    fakir:haahlah kak, pink bukan untuk golongan perempuan sahaja.SETUJU!!!

  10. mat_wapi permalink
    September 17, 2008 10:56 am

    cik pah sje je nk kene ke mu…
    lagipon mu kn laki…dye bkn ke anti lelaki…(a lil’ bit)
    hahaha
    anywy,good presentation..
    i wish i can stay calm as u r during presentation

    fakir: tq mat wapi, haha. i do think she is a bit anti lelaki. she is still single nway. mung boleh kalu ushe lebih. prepare dari skarang!!

  11. fila permalink
    September 19, 2008 6:19 am

    haha..sian ame..lum stat present cikpah da ckp mcm2..
    but then stil dpt 24..okla tue..compared to me..sob3..

    eh ame..i nk continue ur sentence tu, ” I think pink tie is not suitable with you Amer, pink tie is for……
    for………. “—” =p

    fakir: okay.fine…haha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: