Lompat ke isi kandungan

I.B.U.

September 6, 2008

Inspirasi Buat Ummah. Itulah perkataan yang terlindung di balik setiap huruf yang membawa sebutan ibu. Gabungan perkataan yang membawa makna besar dalam hidup seorang  manusia. Ini kata-kata seorang ustaz ketika sambutan hari ibu yang lalu. Masih berbekas dalam hati aku. Apa yang pasti memang aku setuju dengan ungkapan ini.

Ramadhan ke enam hari ini aku berkesempatan menjejakkan kaki ke beberapa gedung niaga di ibu kota. Dua teman diajak bersama. Biarpun seronok dan penat bersilih rasa, aku biarkan saja. Inilah kebiasaan kala bersiar di bulan Ramadhan dan tika masih kesiangan.

Dua situasi menggamit pandangan mata aku. Satunya berlaku ketika sedang menunggu dan berada dalam LRT. Stesen Bandar Tasik Selatan jadi saksi. Seorang wanita Cina dan anak cacatnya menangkap pandangan. Wajah kasih si ibu jelas terlihat saat menuntun tangan si anak masuk dan membantunya duduk di kerusi LRT. Rapat sekali badannya pada si anak seolah enggan berpisah. Cacat tidak pernah jadi musibah sebaliknya  satu anugerah kerana bukan semua berpeluang merasa dikurnia anak istimewa. Kagum berbaur sebak aku rasakan kala mengenangkan betapa kasih dan cinta seorang ibu pada anaknya. Biar apa jua keadaan si anak, untuk dirinya disayangi adalah satu hak. Hak yang takkan mampu dinafi juga amanah dan janji yang tak boleh dimungkiri.

Di tepi deretan kedai berhampiran jalan TAR pula, berjalan sang suami bersama dua anak kecil dan juga si isteri. Rintik hujan  yang turun lantas membasahi bumi dan segala isi. Tidak terkecuali keluarga kecil tadi. Sang suami yang berpayung cuba melindungi isteri daripada turut dibasahi. Si isteri menolak, meminta suami payungi anak-anak kecil yang dirasanya lebih berhak. Biarlah dia yang basah asalkan bukan anak-anak. Tersentuh hati aku akan pengorbanan si ibu. Anak-anak lebih utama walau apa jua kedaan yang berlaku.

Secara tiba-tiba terimbau wanita paling aku sayang yang berada di kampung halaman. Aku keluarga sederhana. Tetap syukur untuk rezeki yang tak pernah putus daripada Yang Esa. Ibu dalam apa jua hal akan dahulukan kami adik beradik. Makan, yang selebihnya itulah milik ibu. Biarkan anaknya makan dahulu, kemudiannya barulah giliran ibu. Itu selalu jadi feel ibu.

Baju raya, baju kamilah yang dijahit ibu dahulu. Baju kurung kakak, baju melayu abang dan juga aku. Ibu? Raya pertama pakai apa yang ada. Kemudian selang beberapa hari, berjahitlah baju sendiri. Anak-anak tetap prioriti. Penat Ibu kala tiba Ramadhan kerana perlu siapkan banyak tempahan. Namun tetap ibu hadkannya agar keseronokan bertarawih takkan berlalu begitu saja. Kagum sekali aku pada ibu.

Waktu ayah sudah pergi mengadap Ilahi, ibulah manusia paling tabah. Ibulah yang menenangkan kami sekeluarga. Ibulah yang menahan tangis aku yang sukar berhenti. Mengajar aku nilai hidup ini dan ajar aku agar berdikari. Ibulah yang mengajar kami bahawa mati  itu perkara hakiki. Ketentuan Tuhan yang takkan mampu dinafi. Aku sayangkan ibu sepenuh hati.

Aku di sini masih menuntut ilmu juga kerana ibu. Ingin benar dia melihat aku bergelar guru. Aku penuhi keinginannya kerana dialah segala-gala. Pendorong untuk aku terus hidup selepas ayah sudah tiada. Ibu teman dan sahabat setia sepanjang masa. Tiada tolok bandingnya dan juga tiada galang ganti.

Sumber inspirasi aku untuk hidup dan mengenal mati..

p/s: hargai apa yang ada, hormati ibu bapa.

Advertisements
10 Komen leave one →
  1. shebby permalink
    September 7, 2008 4:30 am

    abg ameer,
    touching la…
    tetibe rindu kat my mom..
    life muz going on…..
    life iz not easy..

    fakir: u r rite..sayangi parents sepenuh hati k

  2. September 7, 2008 4:43 am

    terharu membaca entri kali ini…
    teringat ibu di rumah..
    walaupun dekat, faktor kesibukan, x dpt balik jugak..
    even Ramadhan ni pun..huhu…

    fakir:huhu, takper.bile free balik ye.call pun ok..

  3. September 7, 2008 7:43 am

    ibu memang segalanya..

    fakir: na’am 🙂

  4. September 8, 2008 1:26 am

    bila kita ketawa,
    kita punya teman teman di sisi..
    tapi saat kita menangis,
    ibulah yang setia menemani
    terguris hatinya…
    tetap senyum yang diluah dari bibirnya
    terhiris jiwanya…
    hanya airmata menjadi temannya
    hargai ibu selagi ada
    sesungguhnya itulah permata yang paling berharga

    fakir: tepat!!!

  5. fiza permalink
    September 8, 2008 2:35 am

    sedihnye cerita 2…..harap tabah hadapi hidup. abg ameer kan dah besar…..blaja rjin2. hope mak abg ameer akan jd insan pling bahagia tgk kejayaan abg ameer. crita ni jd pengajaran buat diri y masih memiliki kedua-dua ibu bapa…..thanks!

    fakir: ur welcome!!

  6. kak yam permalink
    September 8, 2008 4:45 am

    mmm….sadis plak bc entri fakir kali ni…

    fakir: untuk peringatan bersama…hmm

  7. September 8, 2008 4:51 am

    emak dan ayah penting dalam hidup aku…..tq bro kerana saling mengingatkan..

    fakir: sama-sama..

  8. shahrulnizam permalink
    September 8, 2008 9:55 am

    u r a gud son..
    indeed!

    fakir: tq, im trying to be one..

  9. Nurain jamilah permalink
    September 9, 2008 6:43 pm

    salam wbt…mujahid Islam. tahniah atas tiap aksara yang mengajak insan berfikir dan mengenang jasa seorang ibu. memang itulah fitrah kurniaan kasih sayang anugerah Allah buat tiap makhluknya. Namun, renungkanlah hebatnya kasih sayang daripada pencipta kasih sayang itu sendiri. dan tiada hadiah yang lebih bermakna buat seorang ibu tatkala melihat curahan kasihnya menjadi pembela agama dan akan nekad abadikan kegemilangan(anak) Islam…moga ibu akan sentiasa terukir namanya di taman firdausi lantaran adanya anak yang tinggi semangat juang dan gerak kerjanya dalam lapangan ummah…moga dapat menjadi murabbi yang terbaik…

    fakir: insya Allah…

  10. September 19, 2008 6:48 pm

    huhu..teringat mama suapkan kami adik beradik makan.sedangkan cuma telur tu je tinggal yang telah pun didadarkan oleh mama.mama suapkan kami makan sampai tak tinggal sisa lagi. hari ni aku terfikir, apa yang dimakan oleh mama selepas itu? hanya nasi kosong berlaukan kicap??
    rindu mama.

    fakir: ibu, manusia paling agung…pengorbanannya moga disanjung

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: