Skip to content

aku.debat.kamu

April 21, 2008

 

 

Tajuk entri ini dipilih sempena mengambil judul album pertama Faizal Tahir, aku.muzik.kamu. Namun, kalau Faizal yang baru mendapat anugerah dalam APM memperjuangkan muzik mengikut citarasanya, aku pula cuba memperjuangkan debat mengikut kemampuan dan sedikit ilmu yang aku ada. Jari jemari aku begitu semangat ingin meluahkan apa yang terfikir di benak setelah beberapa kejadian yang menghambat diri sejak kebelakangan ini. Pada 2006, ketika Debat Integriti Intervarsiti, aku sedikit menyerlah namun kini kelihatan semakin parah…

 

Kisah aku yang seakan hilang identiti dalam debat terus menjadi persoalan yang tak ketemu jawapan. Bukan sahaja beberapa teman yang bersuara dan melontar buah tanya, aku sendiripun seperti hilang punca. Gagal mengenalpasti di mana silapnya. Sementelahan, Tok Guru yang selama ini menjadi tempat aku merujuk kini semacam memulaukan aku. Aku cuba mencari di mana silap perkataan dan tindakan yang mungkin telah aku zahirkan, tapi tak juga kuketemu hingga sekarang. Belum pernah dalam sejarah hidup, mana-mana guru atau pensyarah memulaukan aku, tapi kini itu berlaku. Tok Guru yang selama ini ringan tangan untuk mengirim mesej dan membuat panggilan tiba-tiba membisu, yang peliknya hanya pada aku. Tak mengapalah, mungkin beliau ingin aku sendiri dalam membaiki diri. Atau mungkin Tok Guru sibuk memodifikasi Toyota Vios yang baru dimiliki. Apa yang pasti bau kusyen kereta barunya dapat kuhidu hingga ke sini.

 

Tapi aku bukan pejuang yang mengalah sebelum mati. Ini darah daging aku. Kepetahan yang aku warisi daripada arwah ayah. Keyakinan dan semangat juangnya. Aku akan terus menuntut ilmu dan memenuhi ruang kosong yang tidak terisi. Ini janji aku pada diri sendiri, rakan seperjuangan, dan juga janji aku pada Tok Guru. Perjuangan ini aku harapkan ada bantuan. Biarpun tiada perkongsian ilmu, cukuplah dengan kata-kata dorongan walaupun agak mustahil untuk kuterima dari seorang Tok Guru yang selalu aku dewa-dewakan. Mungkin kerana sikapnya yang ‘keras’ dalam memberi didikan.

 

Apapun, setelah sedikit analisis, aku dapat merumuskan beberapa perkara yang kukira menjadi punca permasalahan aku. Antaranya:

 

1) Aku terlalu  cepat terpengaruh dengan komen yang kuterima tentang gaya berdebat yang aku miliki hingga aku sering cuba mengubah pembawaan agar ada kelainan.

 

2) Ada di kalangan teman dalam arena debat yang cuba membandingkan aku yang tak seberapa dengan Tok Guru yang luar biasa dan sudah mencapai katarsis. Ada tekanan yang kuterima selain rasa rendah diri yang terus menghambat jiwa.

 

3) Aku cuba mempelbagaikan teknik bidasan mengikut selera dan fikiran sendiri namun teknik tersebut yang tidak punya asas kukuh hanya membuatkan aku makin tak keruan.

 

4) Aku sering mengharapkan sesuatu di luar kemampuan dan usaha yang akhirnya hanya memakan diri.

 

5) Ketandusan fakta akibat pembacaan yang kurang menyebabkan aku terasa seperti si jahil yang cuba berdebat. Itulah juga yang selalu diluahkan Tok Guru sebelum beliau bertindak memulaukan aku. 

 

6) Faktor peribadi yang kukira tidak begitu sesuai dicoretkan disini.

 

Di sebalik semua punca yang ada, aku akan terus mengenal pasti kaedah bagi mengatasinya.Aku tak mahu berdiam diri. Aku akan terus berusaha menjadi versatil dan mengatasi kekurangan yang ada. Kepada rakan-rakan sepasukan, berilah peluang dan ruang untuk aku mencari dan menjadi diri sendiri. Mungkin kalian akan melihat the new me selepas ini. Peganglah ini sebagai janji. Aku hanya akan pernah menyalahkan diri sendiri dan pasti akan berusaha sedaya upaya mencari yang hilang dan menambah yang kurang .

 

Satu perkara yang aku ketemu, keseronokan debat bukan hanya pada kemenangan. Tapi pada nilai persaudaraan dan persahabatan. Kesetiaan dan semangat kumpulan. Itulah aset sebenar yang menjadi punca sebuah kejayaan. Seronok benar dapat menambah kenalan dari universiti yang berlainan. Semoga dapat berjumpa kalian lagi di pertandingan mendatang. Itupun kalau aku tak disingkirkan daripada pasukan.:) 

 

p/s: Seorang teman di UiTM memberitahu, seawal kemunculan Tok Guru menuju ke mercu katarsis, beliau juga mengalami masalah yang serupa dengan aku. Haha. Maknanya aku bukanlah yang pertama…

 

Advertisements
14 Komen leave one →
  1. tra permalink
    April 21, 2008 8:44 pm

    jangan bmbg aku pn kene pulau ngan tok guru, haram tk penah balas ym aku.hahahaha.patut la dh ada vios.baru tau.

    semua pendebat ada jatuh bangun mer, bukan tekanan yang kau patut rasa, tapi cabaran untuk kau hadapi.

    best of luck

    fakir: tq bro, i’ll prove it!

  2. Insan Kerdil permalink
    April 22, 2008 6:14 am

    Kukira apa yang paling penting kini adalah untuk tidak berputus asa. Ingatlah jika kita minat terhadap sesuatu, jangan pernah bosan dengannya. Sentiasa berusaha, berusaha dan terus berusaha.

    fakir: Ok, terima kasih insan kerdil. Insan fakir akan berusaha dan beristiqamah.

  3. April 22, 2008 2:39 pm

    salam..
    maaf andai kehadiran komen ni tak menyenangkan..
    sekadar ingin berkongsi maklumat..
    tips utk debat ada kat tapak web ni, kalau ada masa jenguk-jenguk la
    http://www.thehighroad.org/showthread.php?t=271352 dan http://www.associatedcontent.com/article/21166/error

    fakir: oh, terima kasih tak terhingga…

  4. April 22, 2008 6:29 pm

    saya juga pendebat yang mengalah dengan dunia debat. saya kira dunia debat tidak sesuai dengan saya. ada banyak sebab seseorg boleh bangkit atau jatuh dalam arena debat.
    dahulu saya menggilai dunia debat dan sanggup bersengkang mata mengumpul fakta tetapi setelah melihat dalam dunia debat ini banyak sungguh permainan emosi, saya mengambil sikap mengundur diri.
    kadang kala kita terperangkap dengan banyak perkara dan menjadikan kita keliru.

    fakir: manusia punya keinginan berbeza:) gudluck dalam ape jua bidang diceburi..

  5. rudy permalink
    April 23, 2008 12:27 am

    “semangat pasukan” –> ini paling penting. Inilah yang menjadi salah satu punca pasukan UPM agak lelah sejak akhir2 ini.

    fakir: dalam proses menguatkan ikatan pasukan…

  6. Nur Hakim permalink
    April 23, 2008 6:49 am

    Perlu untuk menjadi sesuatu…

    fakir: jadi diri sendiri, tapi jadi yang terbaik

  7. ixora permalink
    April 23, 2008 9:47 am

    err.. err.. taktau la nk komen apa 😆

    fakir: singgah sudah memadai tanda kesudian membaca.tq

  8. khairulnizambakeri permalink
    April 24, 2008 8:45 am

    Debat itu sukar.
    Kau sudah maklum dan tahu akan itu.
    Jangan berhenti membaiki diri.

    fakir: tq, dalam progress…

  9. batumaung permalink
    April 25, 2008 4:17 am

    Mengenangkan saya di masa sekolah. medan debat benar-benar mengasah bakat menjadi pemimpin.truskan usaha!

    fakir: Ya, terima kasih. Usaha takkan terhenti selagi nyawa menyeliputi…

  10. mkfarhan permalink
    April 25, 2008 10:53 am

    Teringat first time lawan waktu Debat Merdeka 2006.Teori peleburan dan pergabungan haha.

    Biarkan guru membantu,tetapi jangan dibiarkan ia mempengaruhi.

    P/s:Jangan bersara selagi aku tak lawan ko lagi..hahaha

    fakir: hahaha. Klakarla time2. malas nak ingat balik…jumpe dbat pengguna!!

  11. April 28, 2008 4:01 pm

    ameer…ko luper letak satu point lagi la….

    sesungguhnya ko sengal ko tauu!! point tuh ko x letak pon ..haha

    newey dont give up..i know u can do it..u manage to do it..u have the power to do it..

    semangat yang tak pudar lagi akan jadi lebih hebat dengan usaha yang tak berbelah bagi….

    namun pabila dah maju diri…jgn lupa pandang ke belakang..bukan untuk ditangisi…tapi untuk dijadikan pengalaman dan pedoman…berterima kasih kepada masa lampau atas peristiwa yang telah menjadikan diri berjaya..

    aku dah repek …..

    fakir: repek kerepek rangup. anyway thanx

  12. April 28, 2008 4:41 pm

    Jangan patah semangat… Semoga berjaya menemui sentuhan yang bakal menggerunkan lawan… hehehe… aku sekarang hanya sekadar pemerhati jek… all da best k…

    fakir: tq, kalau dah jadi juri esok2, jgn lupa kawan.haha

  13. mat_wapi permalink
    Ogos 25, 2008 7:20 am

    weh…guane..new-me 2 dh terbentuk blom?arap2 dh..

    fakir: insya Allah…dlm proses,YES!!!

  14. MALIK permalink
    November 3, 2009 9:03 am

    Amer memang ada potensi yang besar.Cara amer merendah diri menyentuh hati.Tahniah kejyaan terkini 22 okt 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: