Lompat ke isi kandungan

SOUTH PARK, hihihi

April 13, 2008

 

Segalanya berkisar tentang kisah empat sahabat baik yang bersekolah di South Park Elementary. Siri pertama dalam season ke- 4 sangat membekaskan kesan di hati. Eric Cartmen,(dalam gambar) salah seorang dari mereka telah ditahan kerana membaling batu dan mencederakan Token(juga dalam gambar) di dahi. Semuanya kerana Token mengejek Cartmen gemuk dan dia sememangnya gemuk secara realiti, malah sangat comel sekali.

 

Cartmen ditahan dan dibicarakan di mahkamah dek kerana Token adalah warga Afrika-Amerika, dia didakwa atas kesalahan mengamalkan perkauman atau jenayah membenci. Lucunya bilamana dia dipenjarakan hasil kesepakatan juri. Rakan-rakan baiknya mengambil keputusan berjumpa dengan Gabenor kerana rasa tak puas hati. Tiga orang daripada mereka membuat pembentangan di depan Gabenor yang kelihatan sempoi sekali. Pembentangan mereka hanya pada beberapa helaian kertas putih yang ditulis dan dilukis menggunakan krayon berwarna-warni. Berkisar tentang amalan undang-undang negara ini yang mengamalkan kekejaman hipokrasi.

 

Mereka mempertikaikan kenapa hanya jenayah antara individu yang berbeza warna kulit dklasifikasi sebagai jenayah membenci. Kata mereka semua jenayah adalah melibatkan rasa benci dan rasa tak puas hati. Gabenor yang seperti telur separuh masak akhirnya bersetuju lalu Cartmen dibebaskan dari penjara  dan rakan-rakan baik ini bersatu kembali. Bolehlah mereka bertanding luncur ais setelah dicabar rakan-rakan perempuan segenerasi. Cartmen menjadi faktor kemenangan kerana berat badan yang berkapasiti tinggi. Acara turun bukit berjaya mereka kuasai dengan cemerlang sekali.

 

Perasan atau tidak, undang-undang yang cuba menghalang perkauman pun mengamal dan mengajar perkauman tanpa disedari. Apalah yang ada pada warna kulit ini. Semua daripada kita berbapakan Adam dan Hawa sebagai “umi”.

 

Kisah sama dirakam di laman sembang Yahoo! yang aku lawati. Laman Australia yang jadi pilihan diri.  Mech’ seorang pemuda India hampir tidak mengaku keturunannya kerana rasa rendah diri. Mati-mati aku ingat aku berchit-chat dengan Mat Salleh bermata biru dan hidung berinci-inci, tapi sangkaanku meleset sama sekali.

 

Beberapa hari sebelumnya, aku menonton National Geographic, Inside Mecca untuk kedua kali. Khalil, warga Afrika yang berkulit hitampun diberi layanan double standard oleh jemaah haji. Pun berlaku di tanah haram, tanah suci, perkarangan rumah Ilahi?

 

Jawapannya ya, ini realiti. Diskriminasi warna kulit tak pernah berhenti. Tak hairanlah kenapa Michael Jackson berhabis jutaan ringgit cuba menjadi sesumpah, menukar warna kulit apabila suasana sekeliling tak henti-henti memprovokasi…

 

p/s: Kawan-kawan yang sedikit gelap, anda takkan dilayan secara double standard di bumi Malaysia ini.

      Don wori, bi heppiiii 🙂

 

Advertisements
3 Komen leave one →
  1. Insan Kerdil permalink
    April 14, 2008 1:22 am

    Hahaa…
    warna kulit tidak memainkan peranan apa2.
    Semuanya sama, ada kelebihan dan kekurangan masng2…

  2. redapples permalink
    April 16, 2008 7:57 am

    hitam manis itu menawan cewahhh..

  3. Usagi permalink
    April 16, 2008 12:14 pm

    p/s: Kawan-kawan yang sedikit gelap, anda takkan dilayan secara double standard di bumi Malaysia ini.

    Klakar la ayat ko yg ni. #grins~~ (*_*)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: