Lompat ke isi kandungan

TUN CAKAP TAK SERUPA BIKIN

Februari 25, 2008

cakap tak serupa bikin da…..

‘Mukhriz Sebak sokongan Bapa’

JITRA 24 Feb. – Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir sebak apabila melihat bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup ‘bermandi peluh’ berdiri bersama penyokong Barisan Nasional (BN) untuk memberikan sokongan kepadanya di Pusat Penamaan Calon Parlimen Jerlun di Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam di sini hari ini.

”Saya rasa cukup bangga. Ini kali pertama saya bertanding dan dia (Dr. Mahathir) tengok anaknya sendiri bertanding.

”Dulu saya ikut dia, kali ini dia pula yang turun padang melihat saya bertanding dan memberi sokongan,” kata Mukhriz kepada pemberita ketika ditanya tentang kehadiran Dr. Mahathir di pusat berkenaan.

Dr. Mahathir tiba seawal pukul 9 pagi di pusat berkenaan menunggu ketibaan Mukhriz yang diarak kira-kira 1,000 penyokong BN. Selepas Mukhriz menyerahkan borang penamaan calon, Dr. Mahathir keluar dari kawasan sekolah tersebut dan kembali sejam kemudian.

Di atas ini adalah keratan berita yang tertulis dalam Utusan Malaysia hari(24.02.2008)

Ini pula pada (23.02.2008)

Saya tidak berkempen untuk Mukhriz’

GOMBAK 23 Feb. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak akan berkempen untuk anaknya, Datuk Mukhriz yang akan bertanding di kawasan Parlimen Jerlun pada Pilihan Raya Umum ke-12.

Menurutnya, beliau memberi restu kepada Mukhriz untuk bertanding dalam pilihan raya umum kali ini dan menasihatkannya agar serius dan harus bekerja kuat.

Beliau bagaimanapun, ingin menegaskan bahawa pencalonan anaknya itu ditentukan oleh pucuk pimpinan parti dan beliau tidak ada melobi atau mengaturkan agar Mukhriz dicalonkan untuk bertanding pada pilihan raya umum ini.

‘‘Pencalonan anak saya (Mukhriz) ditentukan oleh pucuk pimpinan parti dan saya nak tegaskan, saya tidak ada melobi serta tidak ada mengaturkan agar dia dapat dicalonkan pada pilihan raya umum kali ini.

‘‘Saya tidak ada kuasa kata pemutus untuk membuat keputusan dalam pemilihan Mukhriz, ia terpulang kepada kepimpinan UMNO, sama ada dia (Mukhriz) terpilih atau tidak terpilih, saya tak kisah,’’ katanya.

Khamis lepas, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengumumkan pencalonan Mukhriz untuk bertanding di Parlimen Jerlun.

Mukhriz yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO berkata, beliau memerlukan sokongan dan restu daripada bapanya untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum kali ini.

Ujarnya, sokongan Dr. Mahathir amat diperlukan untuk memastikan semua calon termasuk beliau dapat mencatatkan kemenangan besar bagi meneruskan perjuangan kerajaan BN.

Dr. Mahathir berkata, sebelum ini beliau telah menolak cadangan Setiausaha Agung UMNO agar Mukhriz mengambil alih kawasan Parlimen Kubang Pasu selepas bersara dari politik.

‘‘Saya katakan kepada mereka tidak, kerana tidak mahu bina dinasti di Kubang Pasu dan saya juga berpendirian bahawa tidak harus ada dinasti di dalam politik negara,’’ katanya.

Ditanya adakah Mukhriz seorang calon yang baik, Dr. Mahathir berkata, ia terpulang kepada penilaian pengundi terhadap diri anaknya.

‘‘Saya tidak tahu sama ada Mukhriz berwibawa atau tidak, terpulang kepada orang ramai yang akan mengundi dan yang akan menentukannya.

‘‘Saya tidak boleh kata anak saya kuat, cerdik atau pelbagai lagi perkara baik, semuanya terserah kepada pengundi,’’ katanya.

Ditanya mengapa tidak akan berkempen untuk Mukhriz, Dr. Mahathir menegaskan itu adalah pilihan yang beliau buat.

Mengenai ahli keluarga beliau sama ada akan berkempen untuk Mukhriz, beliau memberitahu tidak tahu mengenainya.

‘‘Saya tidak mempunyai sebarang kuasa kata pemutus untuk menentukan perkara tersebut,’’ kata beliau lagi.

Apapun alasannya, benarlah kata sesetengah penganalisis POLITIK YANG JUJUR TETAPI PENAKUT. Pemerintahan di Malaysia adalah demokrasi yang berbentuk legasi. Selepas Datuk Seri Najib meneruskan legasi Tun Abdul Razak, Datuk Seri Hishamuddin meneruskan dinasti Tun Hussein On, kini tiba giliran Datuk Mukhriz melakukan perkara yang sama. Kalian di luar sana yang baru ingin bertapak dalam politik Malaysia, cepat!! Sebelum terlambat dan tiada lagi tempat untuk bertapak, binalah legasi segera. Politik Malaysia hanyalah untuk politikus yang gilakan kuasa untuk diri, anak, cucu dan generasi yang seterusnya.  Mungkinkah anda sebahagian daripada mereka???? hahaha

Advertisements
2 Komen leave one →
  1. penamaya permalink
    Februari 29, 2008 3:43 pm

    begitulah gamaknya. masakan seorang bapa tidak kasihkan anaknya ? Undi untuk perubahan !!!

    http://penamaya.wordpress.com

  2. fakir1986 permalink*
    Mac 2, 2008 5:48 am

    sokong ko otell!
    undi untuk perubahan, org ganu ikut aku balik !!
    keluar barisan, masuk bulatan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: