Lompat ke isi kandungan

Sudah Tidak Aktif

Mei 15, 2010

Maaf, blog ini sudah tidak lagi aktif.

Masih Adakah Ramadhan Untuk Aku

September 10, 2009

Masih adakah lagi Ramadhan untuk aku
Yang aku seru, yang bakalku rindu

Tapi aku hanya meniup harap di dada waktu
Semilirnya entah menjengah Arasy
Atau sekadar disekat tembok nafsu

Tuhan, adakah masih bersisa waktu
Mengisi Ramadhan yang semakin berlalu
Sesal ini pasti tidak mengurniakan apa-apa
Hatta sezarah pahala

-fakirullah-
21 Ramadhan 1430

Berisi Atau Yamaha LC

Julai 15, 2009

Semester ini, sudah 3 orang menegur aku semakin berisi. Yes! Yes! Yes! Namun jumlah ini terlalu sedikit berbanding mereka yang pernah menegur aku sebagai kurus semester-semester sebelumnya. Ya, ketika di rumah lagi aku telah timbang berat badan dan terpapar 68 KG. Sebelumnya hanya 64 KG.

Sudah lama aku ingin menggemukkan diri sampai pernah terfikir untuk mengambil makanan protein tambahan. Aku memang merasakan badan aku kurus pada awal-awal pengajian dulu hinggalah semester lepas. Tapi kali ini mungkin tidak lagi.

Harapan aku agar alat timbang itu tidak rosak dan menipu. Mungkin inilah penangan waktu cuti dek masakan ibu yang selalu terhidang. Tidak seperti di sini, aku mesti gerakkan kaki ke destinasi dan hulurkan not kertas, makanan mesti dibeli bagi mengalas perut dan terus menambah lapisannya. Di rumah semuanya free. Ditambah rutin harian sekadar makan, tidur dan mengadap TV. Oh, bahagianya hidup di rumah.

Di kampus ketika semester ini memang aku teringin menambah berat badan tanpa jemu dan ragu. Namun semester ini juga aku memasang niat memiliki motosikal sendiri. Sejak dipasarkan di Malaysia, aku sudah begitu jatuh cinta dengan Yamaha LC 135. Sesiapa yang kenal aku secara akrab, pasti tahu perangai aku sebagai seorang yang nekad. Kalau aku mahu, maknanya aku mahu. Aku akan cuba sedaya upayaku. Duit kemenangan pertandingan debat dan pidato yang aku sertai sebelumnya masih belum mencukupi untuk membayar tunai sebuah motosikal idaman tapi aku akan cuba juga. Ya semester ini, mesti!

Kerja dan usaha gigih perlu dilipatgandakan untuk pertandingan-pertandingan yang mendatang selain doa dan menggantung harap kepada Tuhan. Antara menjadi semakin berisi dan memiliki  Yamaha LC, aku tidak mahu pilih antara satu. Aku mahu kedua-duanya sekali menjadi milikku. Huhu.

p/s: moga Tuhan Ar-Rahman terus murahkan rezeki kepada insan yang memerlukan..aku salah seorang..

2,3 dan 4:Semester Mencabar

Julai 8, 2009

Ada 2 pertandingan debat utama semester ini yang berkemungkinan aku sertai  (Debat Alam Sekitar dan Debat Kemerdekaan). Ada 3 jasad yang perlu dijaga rapi, pemakanan dan penjagaan diri (Aku selaku tuan punya badan, Sara dan Mike selaku hamster kesayangan). Ada 4 killer subject pengajian semester kelima ini (Teater, Teknologi Pendidikan, Literature dan Grammar selaku subjek ‘kegemaran’).

2,3 dan 4
moga semua aku dapat

2,3 dan 4
pasti buat aku penat

2,3 dan 4
jangan aku patah semangat

2,3, dan 4
jadi pantun dua kerat

2,3 dan 4
pantun ini sudah tamat

p/s: aku kasihankan anak2, mike dan sara yang tidak terjaga rapi…maafkan papa sayang.

Is late Michael Jackson a Muslim?

Julai 7, 2009

Yet everybody keep on talking about it every single moment. His brother confessed that Michael is a Muslim while at the same time his parents denied it. If he’s a Muslim, i don’t think the plan to bury him using a gold coffin was a good idea as i knew it is not permitted in Islam. His funeral should according to Islam as well. For what ever reason, I do believe that every Muslim really hopes  and prays so that Michael was dead as a Muslim .  So do I. Ameen..

p/s: love to listen to his song, “u r not alone”..

Mula

Julai 6, 2009

Musim kelima dalam larian mengejar  ijazah pertama. Mula penerokaan gedung ilmu di sejalur tanah Serdang ini dengan seribu satu masalah. Tidak menghairankan. Ini rutin biasa setiapkali lipatan semester baru kubukakan. Namun kesukaran yang melanda membungkam rasa tenang. Ditambah fikirkan akan cecita yang masih jauh dari capaian. Entah ada entah tidak. Entah menjadi entah rosak.

Masalah yang datang menerjah kadangkala menyiat-nyiat waktu lapang. Perit hingga menampakkan isi gelisah. Memuntahkan resah. Saki baki pengajian kadangkala didengar memerli aku.

“Kau yang pilih! Kenapa sekarang kau yang merintih?!”

Aku dengan nada sayu menjawab.

“Aku sebenarnya syukur, bahkan tetap akur..”

p/s: sindrom buka semester baru menyerang

Falsafah ‘Lagi’

Jun 24, 2009

Selalu kita dengar kekalahan yang melanda seseorang atau sesebuah jiwa ditenangkan dengan ayat berikut.

“Tidak ada rezeki.”

Aku mengubah kelaziman yang biasa kita lakukan. Kebiasaan yang juga jadi tabiat aku sebelum ini. Kekalahan di separuh akhir Debat Perpaduan 2009 aku sulam dengan sebuah pembaharuan.

‘Tidak ada rezeki lagi.”

Hanya beza pada satu perkataan. Aku ukir optimis dalam kerangka semangat juang. Berhasil !!! Debat Kepenggunaan 2009 jadi padang menuai hasil.

p/s: terima kasih semua

Dirikan Dulu Kerajaan Perpaduan Dengan Konkrit Niat.

Jun 14, 2009

Masih berlegar pada isu yang sama. Kerajaan Perpaduan. Apabila perkara murni untuk kemaslahatan Umat dipolemikkan oleh mereka yang sudah hilang nilai tanggungjawab. Yang menyedihkan aku, golongan pemimpin berilmu yang selama ini menjadi sandaran dan panduan kini jadi bahan kejian dan makian. Islam jadi pakaian bukan lagi pengisian. Akhlak sesetengah golongan yang selama ini mendakwa pendokong perjuangan di jalan Tuhan sungguh ironi dan sukar diterima.

Aku ingin kita semua bersikap terbuka. Mungkin kita boleh mulakan dengan membina niat yang konkrit.  Kita lakukan permuafakatan kerana satu pegangan. ‘Kerana Tuhan, Untuk Perjuangan’. Aku ingin berkongsi mutiara ilmu seseorang yang aku kira bebas dalam isu ini. Tidak menyokong mana-mana pemimpin yang bertelagah atau parti yang terlibat. Kita fikirlah dengan hikmah, pandang dengan mata hati dan telusuri dengan jiwa suci.

Ikuti pandangan Dr. Asri, klik di sini.

p/s: aku sedih, tokoh-tokoh pemimpin yang aku kagumi dicerca dan dimaki oleh ‘pejuang-pejuang’ Islam…