Mula

2009 Julai 6
by fakir

Musim kelima dalam larian mengejar  ijazah pertama. Mula penerokaan gedung ilmu di sejalur tanah Serdang ini dengan seribu satu masalah. Tidak menghairankan. Ini rutin biasa setiapkali lipatan semester baru kubukakan. Namun kesukaran yang melanda membungkam rasa tenang. Ditambah fikirkan akan cecita yang masih jauh dari capaian. Entah ada entah tidak. Entah menjadi entah rosak.

Masalah yang datang menerjah kadangkala menyiat-nyiat waktu lapang. Perit hingga menampakkan isi gelisah. Memuntahkan resah. Saki baki pengajian kadangkala didengar memerli aku.

“Kau yang pilih! Kenapa sekarang kau yang merintih?!”

Aku dengan nada sayu menjawab.

“Aku sebenarnya syukur, bahkan tetap akur..”

p/s: sindrom buka semester baru menyerang

2 Respons leave one →
  1. 2009 Julai 6
    fazilyahaya permalink

    ingatkan saya sorang je yang ada sindrom tu.. hehe

  2. 2009 Julai 7
    putraim permalink

    samalah kita… masih di dlam keawang-awangan.. hhuhuh

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS