Nenek

2009 April 23
by fakir

“Tok, tok..” Aku.

“Masuklah, tolak pintutu..” Nenek.

Daun pintu biliknya aku tolak perlahan-lahan. Kebetulan nenek baru selesai menunaikan kewajipan Isya’nya. Inilah kelaziman yang akan aku lakukan sebelum menaiki bas pulang semula ke kampus. Menemui nenek dahulu di rumahnya yang hanya beberapa langkah dari rumahku.

Nenek masih bertelekung di atas sejadah. Aku menghampiri, menghulurkan tangan dan salamku bersambut .

“Doakan kita selamat sampai” Aku. Tangan nenek aku cium.

“Ya. Kalau tok mati, baliklah” nenek.

Aku sebak tiba-tiba.

“Lambat lagi… Kita doakan panjang umur.” Aku. Membahasakan diri sebagai kita. Memang itulah kebiasaannya.

Aku tidak suka dengar nenek kata begitu. Tapi mungkin nenek sedar segala kemungkinan. Usia yang sudah menjangkau lebih 80 tahun, segalanya mungkin terjadi. Selain suaminya, kedua-dua besannyapun sudah pergi dulu.

Aku terlalu sayangkan nenek dan benci mendengar kata-katanya tadi. Tapi aku mesti berserah kepada takdir Ilahi tanpa lupa terus berdoa agar  Dia yang berkuasa  panjangkan umurnya, sejahterakan kesihatannya.

Pintaku juga pada Yang Satu, semoga insan yang mengenalkan aku kepada alif ba ta sekurang-kurangnya sempat melihat aku berkerjaya. Amiinn…

p/s: sayang bangat sama nenek.

7 Respons leave one →
  1. 2009 April 23

    sweetttt sangat.janie pon terase nak menitis air mata

    fakir: hargai mereka yang masih ada. tak kira muda atau tua..

  2. 2009 April 23
    anis permalink

    sayangilah nenek kita…
    pesanan bersama….

    fakir: betul3… :)

  3. 2009 April 23
    putraim permalink

    doa senjata umat islam…

    fakir:betul,gunakan senjata sebaiknya…

  4. 2009 April 23
    tqah permalink

    Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan merasai mati..
    cuma masanya berbeza..
    dan tidak pula kita ketahui bila..
    muda,tua,hanya Allah saja yang tahu..
    mari kita sama2 lengkapkan diri untuk menemui Pencipta kita..
    kerana di situlah tempat yang kekal abadi selama-lamanya…

    fakir:semoga kita semua bersedia…

  5. 2009 April 24
    put3alam permalink

    tiba-tiba teringat kat arwah atuk…x dapt menatap wajah nya y terakhir sbb berada jauh di negeri org menuntut ilmu..hanya mendapat berita seminggu kemudian oleh mak.sayu sgt rasanya. untuk melepaskan rindu, ziarah ke kubur arwah yg tidak jauh dari rumah

    fakir: bagus, yang pergi tetap pergi. yang masih ada teruslah berbakti…

  6. 2009 April 25
    hazri87 permalink

    sama macam aku…cuma tinggal sorang je nenek..yg belah ayah dua2 dh takde, atok belah mak dh 11 tahun meninggal…tiap kali nk balik upm walau dh terlambat macam manepun aku akn jmpa dgn nenek aku walaupun sekejap..cium tangan dan 2 belah pipi nenek mintak restu…aku rasa umur nenek aku lbh krg mcm nenek ko gak…nenk aku tinggal sorang kt rumah arwah atok.walaupun tak jauh dgn rumah n boleh katakan tiap2 ptg mak aku g jenguk nenek aku lepas balik kerja, aku tetap risau…

    fakir:samalah…kita

  7. 2009 April 27
    KAKAK permalink

    Hajah Meriam Mohamad, 80 tahun…Insan yang terlalu istimewa..Dirinya tiada galang ganti..terlalu tinggi kemuliannya mengajar ilmu mengenal kalam Allah SWT kepada insan sekeliling yang sudah bergenerasi lamanya.. Moga Allah memanjang usia beliau..Kini hanya tinggal beliau seorang generasi tertua yang juga `tok’ (panggilan nenek bagi orang Trg) buat kami untuk terus celik mata dan hati menjadi insan yang tidak songsang dari budaya Islam..Sesungguhnya doa tok, ibu kepada mak (Nafisah Abdul Rahman) yang juga permata hati kami adik beradik membawa kami kepada rezeki dan ketenangan disisiNYA yang tiada batasan…

    fakir: semoga tok dipanjangkan umurnya….amiin

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS