Benda Baru

2009 Mac 17
by fakir

Kalau kita jenis manusia yang cepat bosan melakukan sesuatu perkara yang sama, jangan paksa diri. Cubalah buat sesuatu yang baru setiap hari. Tapi pastikan apa yang kita buat tidak melanggar batasan agama, adat dan budaya. Jangan pula mencuba sesuatu yang berisiko dan sememangnya berbahaya.

Menjadi salah seorang pelajar jurusan pendidikan (Tesl)  di Universiti Permai Makmurni memang sedikit membuka pemikiran aku untuk mencuba perkara baru. Seumur hidup aku tak pernah tonton teater. Tapi dek kerana lecturer janji nak bagi 10 markah. Aku gagahkan juga pergi KL PAC dengan kawan-kawan. Tengok teater yang entah apa-apa plot ceritanya. Tapi tak apa, dah dapat 10 markah dah untuk subjek Pengajaran Bahasa Drama. Yang lain kena usaha sendiri.

Satu lagi perkara baru yang aku terpaksa cuba, malu pula nak dicerita. Waktu dulu-dulu, masa lihat golongan perempuan persembahkan aku gelak sakan sebab macam kelakar sangat. Dengan macam-macam intonasi dan pitching suara dan juga gaya badan dipersembahkan.  Ada pula yang macam terlebih bersemangat, confirm akan jadi bahan gelak. (Aku memang makhluk yang jahat?) Memang menarik, menghiburkan dan kadangkala menggeletek usus kecil aku. Sekarang dah kena atas batang hidung sendiri. Aku dan semua coursemate wajib join choral speaking! Walaupun markah yang dapat tak seberapa, tetap juga kena join benda baruni. Ni dah masuk kedua kali. Hihihi. Waktu untuk gelakkan diri sendiri…

p/s: thanks to Puan Ju and Dr. Edwin, but this appreciation  might not really sincere. hahaha

10 Respons leave one →
  1. 2009 Mac 17
    fila permalink

    hoho..tu la…gelakkan org..see,dah kn join…=)

  2. 2009 Mac 17
    fazilyahaya permalink

    patut le ada dengar bising2 kat fakulti.. coral speaking a.amir rupenye.. hehe bagus. baru macho. badang pun penah masuk k. hahah

  3. 2009 Mac 17
    putraim permalink

    malu tak membawa seseorg ke mana2, malu ada tempatnya… huhu.. so abg amir, jgn jd pemalu…hehhehe.. skrg anda masih lg dicop sbg pemalu oleh putraim…hehhehe

  4. 2009 Mac 19

    teaterrr..hhhmmmm..teringin nak tengok teater…biler agaknyer kesampaian….tapi katernyer tiket mahal…kalu tiket mahal…kem salam jer la kat teater tu…tgk tv sudahhhhh….

  5. 2009 Mac 19

    aku setuju gan pendapat ko amir. walaupun terpaksa membuat crolar speaking berbaur unsur agama lain, tetapi apakan daya kita terpaksa menurut. lecture durian kita ibarat mentimun

    fakir:betooll…..tp sape ni eh?hehe

  6. 2009 Mac 19

    kat uni pun ader choral speaking lagik??? huhuhu… takper… buat yg terrrmanntooppp….

    fakir: yes…mmg mantop…dipuji lg.ehehehe

  7. 2009 Mac 21

    Universiti Permai Makmurni
    ~ah..knape ko tak dapat memikirkan name lain wahai amirr…

    fakir:ada cadangan?

  8. 2009 Mac 22
    Insan Kerdil permalink

    kadang2 benda baru byk yg perlu kite terokai.
    Menjadi kita pelbagai…
    Dan supaya kita lebih mataang dan rasional!!!
    Walaupun dakhirnya kite gelakkan diri sendri!!

    fakir: fuyoo….nasihat ko dah berbaur matang…ehehe

  9. 2009 Mac 23
    putraim permalink

    assalamualaikum…abg amer, tahniah ek… eh clap entri plak

    fakir:takpe, ucapan tahniah tetap diterima…tqvm :)

  10. 2009 Mac 26
    anonymous... permalink

    wah..msh ade lg choral speaking…
    menjadi salah satu kegemaran sy utk berchoral speaking…
    mula2 mmg rase menyampah kne bukak mulut luas2…tergerak sana-tergerak cni..
    tp..bila teringat blk..best sbnrnya..hehe..

    fakir:mmg bestpun…hehe

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS