Menang 2

2009 Februari 16
by fakir

Memulakan penulisan ini, aku merafakkan setinggi syukur buat Tuhan pencipta semesta, Allah Yang Esa. Ucapan penghargaan buat keluarga, teman-teman, dan akhirnya rakan-rakan yang senantiasa setia. Merekalah pembantu, pendorong dan penyokong  penuh wibawa saat aku melalui segalanya. Kalian bagiku memang begitu bermakna.

Alhamdulillah, setelah beberapa kali mencuba, akhirnya gelaran juara milik aku jua. Sejarah Pertandingan Pidato Kepemimpinan Harmoni (PENITI V) Interkolej, UPM bermula pada 2006. Pertama kali mencuba aku sekadar memperoleh tempat ketiga, tewas di tangan dua pendebat senior  Universiti iaitu saudara Irman Rahaban di tempat pertama dan saudara Roslan di tangga kedua. Tanggal 2007, aku telah menamatkan pengajian diploma satu semester lebih awal yang tidak membolehkan aku mencuba nasib pada tahun itu. Tetapi pada 2008, aku sekadar berpuas hati di tempat kedua, tewas pula pada  saudari Nor Fara Syazwani dan di tempat ketiga Saudara Ammar Redza, kedua-duanya adalah pendebat junior Universiti. Syukur padaNya, 2009 memulakan sinar yang jauh lebih bermakna. Akulah Sang Juara! Pastinya aku gembira tidak terkata.

Namun, ini bukanlah cabaran yang sebenarnya. Aku ingin bangkit menebus kekecewaan Pertandingan Pidato PENITI Intervarsiti tahun lepas, 2008. Biarpun membawa nama Universiti sebagai salah seorang daripada lima finalis, aku sekadar di tempat terakhir. Tahun ini aku sasarkan untuk membaiki rekod lalu. Aku ingin buktikan pada diri, keinginan yang tinggi adalah kunci segala yang diimpi. Inilah perjuangan  merealitikan sebuah kejayaan.

Cukuplah selama ini aku sering bersifat mengalah dan melepaskan tuah. Memberikan peluang kepada jiwa lain merasa nikmatnya bergelar juara.  Tiada  lagi bagiku kata-kata “ im not lose, i just choose not to win.” Itu bukan aku. Itu kata-kata orang yang suka mengalah sebelum berjuang, parah tanpa dijulang.  Aku akan terus mengutip ilmu di mana jua, memikulnya ke mana saja dan menabur semula apabila diminta. Aku akan teruskan berjuang mencapai cita. Moga aku tidak akan pernah keseorangan. Aku perlukan kalian selaku guru, penyokong dan pendorongku. Bantu aku ke mercu!

p/s: Hikmah batalnya Pertandingan Khutbah. Rezeki PENITI yang datang mencurah. Menang PENITI Intervarsiti aku belanja. Janji! (mungkin yang dekat di mata sajalah kot, yang jauh akan dipertimbang. ehehehe)

28 Respons leave one →
  1. 2009 Februari 16
    fazilyahaya permalink

    kalau ababg amir dulu penah dapat no 3. dan sekarang juara.. nanti tak mustahila la saya! yahoo (optimis).. hehe tapi usaha itu utama.. tahniahh!!

    fakir: yes, it is not impossible. believe in yourself. keep on learning….don stop! congates to u2 bro! :)

  2. 2009 Februari 16

    open tableeeee

    fakir: opened already…now its time to close.hahahahha

  3. 2009 Februari 16

    Tahniah!
    Benarla..usaha tangga kejayaan..

    fakir: yes, tq3.hurm:)

  4. 2009 Februari 17
    biha permalink

    abg amir..tahniah..
    ‘terima kasih je ker’…hehehe

    fakir: Tuhan kata sesiapa yang tidak berterima kasih pada manusia adalah mereka yang tidak bersyukur padaNYA..faham tak? ehehe

  5. 2009 Februari 17

    wahhhhh…..gumbiranyerrrr….tahniahhhh….:)

    fakir: syukran ya sis…he:)

  6. 2009 Februari 17
    zetty89 permalink

    tahniah!!! well done!!! kali ni juare lg untuk intervarsiti ek??
    huhuhu…
    p/s: nandossssss……………….

    fakir: insyaAllah for both thing above….

  7. 2009 Februari 17

    tahniah….
    oo…x jd la berkhutbah ye….
    xpe….dua2 pun boleh berkongsi ilmu jugak…

    wah, hrpnye menang peniti intervarsiti….boleh la belanja yg jauh sikit di mata ni..haha..bukan jauh sgt pun..hehe.. :p

    fakir: ehehehe. okayh cik jijah. pray for my next competition…:) adela rezki kotnyer..hehe

  8. 2009 Februari 17

    tahniah.. semoga berjaya di peringkat intervarsiti nanti…

    fakir: thanx my beloved fren…i’d learned from u also…may wish come true!

  9. 2009 Februari 17

    tahniah!!
    pape pun, gud luck 4 da future…

    fakir: thanx bro… same 2 u!!

  10. 2009 Februari 17

    ameer..congrats..gempak giler

    fakir: thanx cik nisa…lamer tak nampak. bz eh? tak gempakpun..biaser jerr…hope 2 c u around

  11. 2009 Februari 17
    KAKAK permalink

    tahniah dear..we r so glad to u… pahni blh jadi perunding motivasi/ penceramah / pendakwah bebas..jangan dakwah ajaran sesat plak dik..kang kena sumbat ISA…Nauzubillah…About ur latest achievement..nanti akak bagitau mak.. or..u told her already? tak dengar plak diaorang menyebut psl ni..Tapi akak kdg2 tak sempat join korum chit chat diaorang..bz byk planning lately ni..pasal new kids..on the progress…waittttttttttt naaaaa..

    fakir: yes, im waiting….i didn’t tell anybody yet. dont 4get to tell mom….

  12. 2009 Februari 17
    redapples permalink

    huiyoooo johan la… kekeke

    fakir: aku wakil kolej kediaman je, bukan wakil malaysia….eh, wakil malaysiapun tak pernah johan interkolej kan?
    oh…sungguh IRONI…

  13. 2009 Februari 17
    izzra permalink

    amir..tahniah..aku percaya kat ko untu wat yg terbaik kat peringkat intravarsiti nnt….

    fakir: tq ril, doakan aku eh….

  14. 2009 Februari 17
    yangbaikhati permalink

    double/triple congrats! ^__^

    fakir: thanx by the way….:)

  15. 2009 Februari 17

    tahniah abg amer!!!
    alhamdulillah rezeki ALLAH..

    fakir: i could not agree more. The Almighty who decided our journey. Allahhu Rabbi.

  16. 2009 Februari 17
    Insan Kerdil permalink

    hmm..
    tahinah, kenapa yg jauh dimata akan dipertimbangkan??
    hahahha

    fakir: sebab jauhla….tambang bas dah naik.ekekeke

  17. 2009 Februari 18
    put3alam: permalink

    tahniah….belanja???ye!!!!!!

    fakir:insyaAllah…excited nampak??hahahha

  18. 2009 Februari 18

    tahniah2..
    dah lama x menjenguk …
    selamat menempuh semester baru…
    jangan tensen2…

    fakir:syukran….tak tensen dah…ehhe
    may this semester bring you more happiness than ever

  19. 2009 Februari 18
    blackroses permalink

    tahniah…
    and gud luck for intervarsiti

    fakir: tenqiu3…doakan eh

  20. 2009 Februari 19
    KiNgZz permalink

    caya la bro… ko memang semakin mantap dan terus mantap… hope ade la perubahan dalam dunia politik kelak, ahakz!!! bawa perubahan dan dasar2 baru ok…. aku menunggu semua tu… all da best… congrate again!

    fakir: tq my beloved fren…ehehe.politics? it sucks…btw, pray 4 better day

  21. 2009 Februari 19
    angelizwan85 permalink

    Wow…mmg terpegun sgt masa abg amer berpidato hari tuh..rasa meremang bulu roma masa keluar hadis dan sunnah…ini barulah POM!, rasa cam penceramah agama plak..hih..hih xpe la ini identiti abg Amer kan..keep it up and all da best utk next round.

    Anyway tahniah..

    fakir: nway, thanx datang…hehe.itujepun hadis yg dihapal…ekeke

  22. 2009 Februari 19

    aku suka sangat statement ko pasal wakil malaysia tak pernah menang peringkat kolej… hahahah.. sian sham…

    fakir: akupun suka..hahahahha. biar dia rasa…

  23. 2009 Februari 19
    waynz permalink

    sekalung tahniah diucapkan buat juara..
    good luck for PENITI INTERVASITI~ :)

    fakir: terima kasih tidak terhingga. doakan kejayaan ya….he :)

  24. 2009 Februari 19
    fila permalink

    alamak..np xtaw pn ame mng.ehe…CONGRATZ! ^^
    nti mng lg blnje ktorg ye..heheh..ktorg dkt jek dimata rsnye..wehoo =p

    fakir: boleh…keep on pray 4 me…

  25. 2009 Februari 19
    redapples permalink

    overrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    fakir: eh? oh!…wakil malaysia terasa ker…ekeke

  26. 2009 Februari 20
    put3alam permalink

    mesti r..bukan snang abg.amer nak belanja…slalunye, abg syam je…hehehehe…

    fakir: hurm….dia yg selalu mnang, mmgla. tp, hukum sunat belanja org (bersedekah) tak jatuh atas senior jer kan? juniorpun…. ngeh3

  27. 2009 Februari 20
    putraim permalink

    tahniah!!!!! brjaya mula dari bawah so skrg tibanya untuk bergelar sang juara…. truskan usaHA anda….
    insyallah segala usaha x kan di sia2 kan olehNYA…

    fakir: tenqiu mr . Rahim….kim salam rumet..heh he

  28. 2009 Februari 21
    kirana87mahfuedzha permalink

    salaam… belum terlewat rsa nye nk ucapkn tahniah kot… huhu… tahniah la ek… moga kejayaan ni jd pendorong utk kejayaan2 yg seterusnyer… sesungguhnyer… kejayaan itu milik mereka yg berusaha dan berdoa…

    Aminnn… =)

    fakir: amiin…syukran jazilan ya miss Kirana :)

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS