Menang

Tahniah buat teman-temanku!

Aku dedikasikan buat semua.
Aku lilit tali-temali syukur memanjat awan menyampaikan lafaz Alhamdulillah buat Tuhan. Terima kasih tak terhingga buat ibu dan keluarga yang tak pernah jemu mendoakan. Rakan-rakan sepasukan yang aku sayang dan semua ahli keluarga kelab debat UPM yang mengajar aku erti kesabaran dan kematangan.
Bergelar johan dalam pertandingan debat paling berprestij di Malaysia kenangan paling indah yang tak terungkap dengan kata-kata biasa. Tambah manis apabila gelaran pendebat terbaik menjadi milik aku biarpun bukanlah carian utama. Aku dedikasikan kemenangan dan gelaran ini untuk semua.
Kepada Tok Guru, ini hadiah perkahwinan anda. InsyaAllah banyak lagi kejayaan yang akan menjelma. Terima kasih kerana menghalalkan segala ilmu. Kami anak didik menumpang kasih dan berpayung restu. Kami pulangkan piala keramat yang pernah jadi milik kita. Bezanya majlis akhir kami tiada kontroversi, tidak seperti tahun 2005. Maaflah kerana gelaran di atas aku perolehi tanpa juri sebulat suara. Siapalah aku. Aku masih dan pasti tidak akan setanding kamu, Tok Guruku. Cuma aku masih bisa buktikan segala ilmu yang diajar bukan sia-sia tidak berlaba. Sebaliknya segala didikan yang ikhlas ditabur ibarat benih yang gugur di tanah subur. Buahnya mula tumbuh untuk dinikmati bersama.
Aku juga akan belajar dan terus belajar.
Buat rakan sepasukan. Terima kasih daun keladi, lain kali menang lagi. Buat seluruh kontinjen UPM kali ini, pencapaian anda memang membanggakan. Ini ikhlas dari lubuk hati aku yang memerhati usaha dan komitmen kalian yang tiada berbelah bahagi. Semoga kurniaan ini tidak akan pernah melalaikan kita. Sebenarnya perjuangan baru bermula!
Realitinya, ada perkara baru yang diperoleh apabila bergelar sang juara dalam Debat Diraja 2008 kali ini. Kemenangan bukanlah segala-gala. Rasa bersaudara dan susah senang bersama itulah hakikat perjuangan yang begitu manis untuk ditelan, halwa kehidupan yang menenangkan. Keluarga seuniversiti dan dari universiti berbeza yang tidak habis-habis menyokong membuatkan kejuaraan ini lebih bermakna. Menikmati indahnya bergelar juara dalam mekarnya rasa bersaudara!
Terima kasih semua!!!
Fakta menarik Pentas Akhir Debat Diraja 2008 aku kongsikan buat semua.
1. Meneliti pilihan usul final, pasukan aku begitu mengharapkan bergelar pembangkang. Doa Syamsul tak putus-putus semoga kami mendapat peranan pembangkang. Tetapi benarlah, Tuhan jauh lebih tahu akan aturan taqdirNya.
2. Balingan syiling menjadi asbab kami mendapat peranan kerajaan. Aku cuba menyembunyikan kebimbangan tidak mahu paparkan pada pihak lawan. Wajah gusar beberapa rakanku kelihatan..
3. Kami dalam mode bergaduh ketika discuss. Syamsul waktu itu lambat dapat idea tepat untuk bikin konsep. Wajah bimbang jelas terpancar. Amar tiba-tiba susah benar untuk faham konsep. Berkerut dahi sambil terpejam mata berfikir. Aku menegangkan keadaan. Blur dan bimbang yang berselang. Sesekali menekan suara cuba memahamkan yang paling bongsu dalam pasukan. Syafiqahlah yang paling tenang dengan bekalan gula-gula Mentos dan Choki-choki dalam tas tangan. Nasib baik ada perempuan dalam pasukan.
4. Tatkala beratur untuk masuk, kami tak habis-habis berbincang tentang konsep. Pasukan lawan beratur di tepi dan memerhati. Kami? Tiada mempeduli, tetap dengan urusan sendiri. Haha.
5. Ketika para pembawa panji untuk gimmick pembukaan berlari masuk dewan, ada suara bertanya. “Kami kena berlari juga ke?”. Nama beliau dirahsiakan.
6. Tepukan gemuruh penonton dan standing ovation mereka benar-benar membuat kami teruja. Hilang rasa gugup secara tiba-tiba. Kami semua tidak lagi nervous di atas pentas, bahkan berasa amat puas.
7. Turun saja dari pentas, ucapan tahniah buat kami bertalu-talu menjengah. Mungkin kerana saingan sengit yang dipersembahkan. Tidak mahu terlalu yakin, kami sekadar pasrah dan berserah. Tetap gembira kerana memberikan yang terbaik pada malam itu. Esoknya, kejuaraan diumumkan jadi milik kami. Saat merafak syukur pada Ilahi.
p/s: Permulaan yang baik…








salam…
congretz to abg amir..
taniah gk jd bez speaker…
tq sbb bg org join traing team upm..
byk yg org dpt..
fakir: sama2 adik kak yong….heh3.tq jugak 4 d wish
hey amir. of all the places, BHEP’s website was the one that i found about your winning from. Congrats. cudnt waste my time reading the entire article, was scanning thru 4 ur name. n then, spot on, encik amir as the best debater? well done. congrats mate. =)
amer budak botak!!!hehe
Salam amir.Tahniah atas kejayaan yg cukup cemerlang oleh kalian.Moga kegemilangan UPM dalam arena petah bicara ini berterusan.InsyaAllah.
tahniah sebab menang royal debate aritu……
and terharu dgr citer pasal aunty n rokok tu…
alhamdulillah…..
fakir: Alhamdulillah…hehe.tq anyway
Tahniah…harap masih belum terlambat….
tahniah untuk kejayaan berganda..
sekali lg Tahniah untuk anda dan seluruh pasukan UPM…
p/s: kalau la pendebat pun kena berlari masuk..mmg gempak royal kali ni..hehe…
fakir: hahaha
Assalamualaikum…tahniah buat UPM atas kemenangan Debat Piala Diraja 2008 di UIAM…Semoga lebih diberkati hendaknya…amin
fakir; TQVM, insyaAllah…amiin. hurm…
Salam..lupe nak bgtau…saya suka blog anda kerana segala coretan anda sangat puitis dan anda seorang yang hebat.Semoga anda jadi pendebat yang terhebat antara yang hebat…
fakir: tq, tq n tq again.
tahniah
, and sucess will be yours
awak ada bakat jadi pemidato/politikus yg baik.(itu dari apa yang saya nampak masa debat di raja )
ada potensi jadi pemimpin masa depan insyaallah
just keep your feet on the ground
fakir: tqvm cik intan terpilih. insyaAllah…
waaahhhhh…sonoknyerrrrr…tahniah ( berjuta2 lemon )…..
fakir: time kaseh berjuta-juta lemon gak!!!!eheheehe
Tahniah Amer.. semoga akan terus gemilang dalam tournament seterusnya..
p/s: bila nak belanja aku nih.. hehehhe
fakir: tqvm pjoyzzzzz. beres jer. anytime…hehehe
Tahniah Ameer…berjaya jua akhirnya mr president@papa spongebob membawa balik piala diraja kembali ke bumi serdang….dapat best speaker sekali…teruskan usaha anda, buat lebih baik di masa mendatang..!! wink~~!!
fakir: tqvm prince Aria…ni rezeki namenyer.hehehe
TAHNIAH !!! anda layak untuk menggondol hadiah ini. May ALLAH bless u.
fakir: tqvm..tp sape ni yer??
Moga terus sukses…. masanya telah tiba…
fakir: tqvm, insyaAllah…
tahniah
congrats!!! May Allah bless u… =)
tahniah
tahniah tahniah
tahniah tahniah tahniah
huh,
congrate la sir.
may you will success forever.
(betul ke english aku nih?)
tahniah, johan debat diraja 2008..
tahniah, pendebat tbaik..
tahniah2..
slm maal hijrah..slmt thn bru 2009..
abg amer mmg best mlm final tu…!!!
huhuhu
komen balas
d>> tqvm.terharu…ekeke
bieb>> tqvm miss bieb
kaiy>>perfect dh english ko…hehe
guy of modesty>>tq,tq,tq n tq
hann>>tq skali lg
qdetactive>>juga tq…ehehe
Tahniah…
fakir: syukran jazilan…
HAAAAAAAAAAAAAAAAAA…HAAAAAAAAAAAAAA….aku bangga jadi kakakmu……………LOVEEEEEEEEEEEEEEEE u DEAR….
fakir: a bit shy when i realize that u knew the existence of my blog.. but i appreciate ur compliment btw..tqvm