Aunty nak mintak tolong..

2008 November 7
by fakir

Hari: Rabu

Waktu: 5.50 petang

Tempat: Hentian bas komuter Serdang

Aku berjalan kaki keluar dari Mines Shopping Complex, selepas  bertanyakan tentang pendaftaran kad sim University Of  X, Celcom milik aku di Blue Cube. Sambil berjalan, kunyalakan sebatang Winston Light yang baru dibeli di Seven E. Sampai berhampiran tempat menunggu bas, aku terpandang seorang wanita tua. Dengan uban yang memutih dan kedutan pada ruang wajah, umurnya kuagak dalam lingkungan awal 60 an. Ya, betul. Awal 60 an.

Tiba-tiba.

Student UPM ke?”, aunty itu.

Aku tergamam seketika, tak sangka. “Ya, UPM,” jawabku ringkas. Lalu aku berhenti di depannya.

Aunty nak mintak tolong boleh tak, cakap boleh atau tak?” tambah dia lagi.

Aku jadi tak keruan. Soalannya terlalu umum dan agak mendesak sifatnya. ” Tolong apa aunty ?” tanya aku pula.

“Mesti boleh punya, kalau tak aunty tak mintak tolong. Cakap boleh atau tak?” jawab dia pula.

Aku jadi blur. ” Yela.. tapi tolong apa aunty?” aku tanya lagi bagi menghilangkan confiused.

Aunty bukan nak mintak duit seribu ringgit. Mesti boleh tolong punya. Nanti Allah akan tanya aunty, kenapa nampak ‘api’ kat depan, tak bagitau kat budakni?” aku makin blur pula jadinya, menanti-nanti penjelasan auntyni.

“Rokokni tak elok. Aunty dah 25 tahun pernah jadi jururawat, aunty tahu. Ramai yang kena kanser. Orang yang tak hisap yang duduk dekat pun kena kanser. Nanti asap dia jadi lapisan dalam paru-paru, lama-lama jadi kanser. Ada sorang girlfriend ar, kena kanser sebab boyfriend dia hisap rokok dah 15 tahun,” tambahnya lagi seraya mengundur  sedikit ke belakang kerana rokok aku masih di tangan, belum berhenti menghisapnya.

Sekarang aku sudah faham.

“Nanti Allah akan tanya Aunty, kenapa nampak ‘api’ kat depan, tak bagitau kat budak-budakni?” aunty mengulang ayat yang sama sambil jari telunjuknya menghala ke atas apabila kalimah Allah dilafaz.

“Nanti tak larat nak jalan jadi macam ini, macam ini,” aunty tadi menggayakan orang bongkok berjalan. Aku merasa lucu berbaur terharu. Semangat sungguh auntyni nak menyedarkan anak muda macam aku.

“Boleh punya, jangan kata tak boleh. Buang!” dia genggam penumbuk dan hempas ke bawah.

“Duit ada baik pasang ASTRO ka, lagi bagus,” cadang aunty itu. ” Beli makanan, beli nasi lemak ka nanti jadi sihat.” dua tangannya menggayakan gaya atlet bina badan.

Mendengar nasihat aunty membuatkan aku terharu. An example of great and concerned Malaysian. Panjang lebar juga nasihatnya. Selepas seketika, dia bergerak ke sebuah kereta yang baru sampai. “Aunty nak balik, anak aunty dah sampai.”

Aku faham. Aunty minta tolong aku berhenti merokok. Aunty minta tolong agar aku tolong diri sendiri. Yalah, kalau tidak aku yang mulakan, tiada lain yang mampu. Mendalam sungguh nasihat aunty. Semoga Allah mengurniakan pahala kerana aku dapat rasakan alur keikhlasannya. Terima kasih daun keladi buat aunty, kalau jumpa nasihat lagi.

p/s: Kepada teman-teman yang selalu juga nasihatkan, aku memang dalam proses berhenti merokok. Walaupun statement ini agak klise bunyinya, tapi nasihat daripada seorang yang tidak aku kenali telah membuka pintu hati buat kesekian kali. Thank You Aunty!

18 Respons leave one →
  1. 2008 November 7

    dan Allah gerakkan hati kita dengan cara yang tidak kita sangka.

    fakir: naam, ana setuju.

  2. 2008 November 7
    biha permalink

    waa….tinggi betol kesedaran sivik aunt tu..huhu…
    berhenti merokok? Caiyok2!!

    fakir: yes…tengah usaha!!!

  3. 2008 November 7

    terharu dengan keprihatinan aunty tu..huhu…
    datang x tersangka2 kan..mcm tiba2 je…
    takdir Allah siape yg tahu…

    fakir: contoh warganegara yang peka..hurm

  4. 2008 November 7

    anty tuh mmg rock gile la

    fakir: yeah!!!

  5. 2008 November 8

    berenti je la awak….tak elok kan~~~-belia vote aunty itu

    fakir: saya vote jugak! ekeke

  6. 2008 November 8
    Boan permalink

    Aku terkesima dengan ceritera yang saudara karangkan. Rasa sukar untuk menjumpai seorang warganegara Malaysia yang sangat budiman dan berbudi bahasa menegur kita dengan cara yang sangat berhikmah dan mendidik anak muda dalam erti yang bermakna.

    Kadang-kadang, ramai yang ingin membetuli peribadi dan sikap kita, namun cara yang kurang menyenangkan.

    Moga-moga, kita mencontohi sifat yang dimiliki oleh ‘aunty’ berkenaan, dengan niat yang murni.. Bukan untuk memperbaiki kesilapan orang lain, tetapi mengisafi diri yang tidak termampu untuk mengubah keadaan mereka dan menjadikan pedoman untuk diri, keluarga dan negara.

    Perintis Muda, Cendekia Berbicara

    fakir: tq Mr. Press….

  7. 2008 November 8

    terkedu.. lantas bagi aunty tuh standing ovation.. *applause*

    fakir: she deserves that!! haha

  8. 2008 November 8
    andrian0588 permalink

    emm..bgusla ada niat..aq sokong..dua2 samada nk berhenti atau nk suruh aq trus g bli winston light 14 time latihan ni..moto ada je..keh2..men2 jek..berenti la

    fakir: okayla mr. Press, aku tengah cube neh….

  9. 2008 November 10
    kak yam permalink

    “usaha escalator kejayaan”…takleh gune lif..lif cepat sgt…kalu tangga plak lambat sgt….tp kalu naik tangga sambil berlari cepat jugak sampai kan…apa-apa ajela…..janji berenti….

    fakir: Alhamdulillah…dah hampir seminggu berjaya berhenti

  10. 2008 November 11
    Insan Kerdil permalink

    ayoo,gempak.
    Aunty tue mmg gempak.
    Aku nak mintak tolog dia cakap dekat abg aku boleh x?
    hahaha

    fakir:boleh, tapi tak sempat ambik no contact die…heheh

  11. 2008 November 13
    shafifah permalink

    Pengajian Kitab Bersama al-’Allamah al-Habib Salim bin ‘Abdullah bin ‘Umar asy-Syatiri.

    Tarikh: 17 Dhulqaedah 1429/15 November 2008 (Sabtu)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: an-Nasooih ad-Diiniyah wal Washooyaa al-Imaniyah (Nasihat Agama dan Wasiat Iman)
    Pengajar: InsyaAllah khusus untuk pengajian malam tersebut al-’Allamah Habib Salim bin ‘Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    Tarikh: 18 Dhulqaedah 1429/16 November 2008 (Ahad)
    Masa: Selepas sholat Maghrib
    Lokasi: Masjid Baitul Aman,102, Jalan Damai, Off Jalan Ampang, Kuala Lumpur
    Kitab: ad-Da’wah at-Tammah wa Tazkiratul ‘Aammah (Dakwah Yang Sempurna dan Peringatan Yang Utama)
    Pengajar: InsyaAllah, khusus untuk pengajian malam tersebut al-’Allamah al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri akan mengajar.

    http://pondokhabib.wordpress.com

  12. 2008 November 13
    kak yam permalink

    waaaahhh..tahniah…truskan…tp akak ader dpt satu info..kalau org yg merokok tp dia aktif mcm bersukan ker..asap tu takkan terkumpul kat paru2…maknenyer takde efek la kat paru2 dia….dia kater doktor yg ckp mcm tu….wallahualam….tp elok berenti jer….:)

    fakir: haah, saya lagilah amat malas bersukan…keh3

  13. 2008 November 13
    shahrulnizam permalink

    klu ak ckp ko dgr tak?haha..

    fakir:tak, hahaha

  14. 2008 November 24

    akhirnya terbukak pintu hati tu nak berhenti ye…baguslah

  15. 2008 Disember 15
    ......... permalink

    aunty…
    i love UUU

  16. 2008 Disember 16
    kaiy permalink

    dahsyatnyer…best gak kalu aunty tu tegur. anyway, Goodluck

  17. 2008 Disember 22
    Pjoyz permalink

    Yeah.. selamat berhenti merokok.. hehehehe

    fakir: yeay!!! aku berjaye!!!

  18. 2009 September 8
    dida permalink

    cm iklan kt tv 2 kn?aunty nurse 2..kalu prokok2 x sdr ag xtau la..good 4 u 2 stop smoking..

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS