Gementar Dalam Debar

2008 Oktober 25
by fakir

Esok aku akan bertandang kerumahnya. Setelah hampir dua tahun tiada bersua muka. Dia cinta pertama. Yang mengajar aku seronoknya menyemai bahagia. Mencintai dan dicintai.

Stesen Sentral Kuala Lumpur jadi saksi. Pertemuan pertama yang menyejukkan hati. Di satu sudut, sepasang merpati sejoli membiarkan bingit manusia yang lalu lalang. Tiada menghiraukan apatah lagi memandang. Ros merah dan gula-gula berbentuk hati bertukar tangan. Tanda termeterai sebuah ikatan.

Ah, itu cerita lama. Yang kini tinggal kenangan bersisa. Dek kerana tiada kematangan dan watak antagonis yang menjelma, terlerailah sebuah ikatan. Hancur luluh sebuah impian dan aku kembali seorang. Hanya pasrah dan redha ketentuan Tuhan.

Esok dengan izinNya kami pasti kembali betemu, tapi mungkin bukan untuk kembali bersatu ..

p/s: maaf, entri ini hanya boleh dibaca oleh mereka yang jiwang, pernah jiwang @ tangkap leleh…

20 Respons leave one →
  1. 2008 Oktober 26

    salam singgah..
    “kenagan lama terbit kembali..”

    fakir:singgah-singgahlah sentiasa…

  2. 2008 Oktober 26

    dont cry because it ended, smile because its happen…
    ehem…ehem…;)

    fakir:hurm…… :)

  3. 2008 Oktober 26
    Insan Kerdil permalink

    Aku tibe2 terjiwang, cmne???
    hahahaha

    fakir: sindrom yang bagus untuk kesihatan. jangan bimbang….

  4. 2008 Oktober 27

    alamak.jiwang tahap karatnyer..adeh2..amer2..jgn ko fire aq lak pasni..aq single-mingle je lg..haha

    fakir: aku tak mampu nak beli hadiah mahal…cthnyer: jam tangan fossil RM 100 lebih, bunga ros RM 10 jer yang terdaya…

  5. 2008 Oktober 27
    jijah permalink

    huhu…mcm drama pulak….

    fakir: boleh buat novel jugak…ehehe

  6. 2008 Oktober 27
    undefined permalink

    i like your blog…maksud saya-saya suka membaca artikel dlm blog awk..:)

    fakir: terima kasih, saya hargainya. Terusakan menyokong…

  7. 2008 Oktober 27

    Jalan-jalan di blog tuan hamba.

    Semoga esok menjadi hari yang penuh dengan debaran terindah =)

    Tutup kalam lama, buka kalam baru

    fakir: jalan-jalan cari kenalan. hmm..Kalam pasti berubah. Saya sekadar pasrah.

  8. 2008 Oktober 27
    redapples permalink

    mer, jam tangan fosil tue bukan RM 100 lebih, tapi RM 200 lebih.. Yang RM 100 lebih tue wallet Fosil baru ammar keh keh keh..

    nasib baik pemanduan tanpa lesen tue selamat. Alhamdulillah…

    fakir:trime kasih banyak2 kerana jadi driver yang setia dan berwibawa. aku lupa plak harga ratusan ringgit barang2 amar…yelar, aku tak mampu….lagi

  9. 2008 Oktober 28

    novelis kah kamu ini? mengalahkan FAISAL thrani… :)

    fakir: ye!!!!!!!! hahaha

  10. 2008 Oktober 28
    kak yam permalink

    jiwang tu biaserla…sumer org pernah berjiwang….yer ker????…ahaks..

    fakir: akak mesti kuat jiwang gak kan??? ehehehe

  11. 2008 Oktober 28
    blackroses permalink

    da lme xsinggah..
    emm..
    adat bercinta..
    manis saat dicintai..
    luka pedih saat terlerai..
    phit atau manis yg berlaku ttp kenangan..
    kenangan dan pengalaman yg sbnarnya mematangkan kita..

    fakir: setuju…pengalaman dari orang yang banyak pengalaman…ehehhe

  12. 2008 Oktober 28

    Dup Dap Dap Dup Dap Dup Dap Dup Dap….

    fakir: ni lagu dangdut haiza versi baru ker kak yong oi….??

  13. 2008 Oktober 29
    kak yam permalink

    kuat jiwang tu takde la…jiwang skit2 tu biaserla…name pun manusia kan… yg dikurniakan hati dan perasaan….heheheh..jiwang2 jugak…janji rock!!!!…

  14. 2008 Oktober 29
    andrian0588 permalink

    ceh syamsul..lahar aku plak ek..bukan wang yg jadi ukuran la amer..tapi hati yg suci..wah2 berfalsafah lak aku..keh2..aq ngan die xda ape2 la

  15. 2008 Oktober 29
    ieda permalink

    abg amer ke ni?ehehe,

  16. 2008 Oktober 29
    fila permalink

    urm~
    igtkan tipu jek ms cite kat kitorg dulu..
    rupanye cte btol..heheh =p

  17. 2008 Oktober 29
    Sri Murni permalink

    hehe… tak tau la amer gelak ke atau bengang bile bace komen fila….

  18. 2008 Oktober 31
    finji kafle permalink

    d language is undeniably jiwang but heck it touched my heart. Hancur luluh sebuah impian dan aku kembali seorang? wat a way to express ur loneliness kan? keep on writing amir.

  19. 2008 November 1
    kirana87mahfuedzha permalink

    salam perkenalan… sowie mencelah… juz tertarik dgn entri ni… act, dh lama mengikuti pjalanan blog ni tp hari ni terdetik nak komen plak…

    sabarlah…

    “Hidup ini tak selalunya indah, tetapi yang indah itu selalunya hidup dalam kenangan…”

    =>

    fakir: setuju, terima kasih mengingatkan. kenangan dan pengalaman pasti mematangkan…selalulah tampil mencelah. dialu-alukan…

  20. 2008 November 2
    darknight permalink

    er..cikgu bm ke ni? heheh ke tersalah cos? :-)

    fakir: kadang2 confius jugak…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS