Tiket Balik Beraya
Terima kasih tak terhingga buat pihak kerajan Malaysia terutama kementerian dan organisasi yang terlibat secara khusus menguruskan perkhidmatan awam. Jualan tiket bas balik kampung jadi huru-hara kerana dibuka secara tiba-tiba pada saat genting sebermulanya Ramadhan. Akupun jadi sebahagian daripada mangsa. Tidak seperti sebelumnya, kali ini tiket dengan tarikh yang dihajati tak bisa dibeli. Terima kasih juga buat abang-abang dan pakcik-pakcik ‘ulat tiket’ yang berhempas pulas mencari keuntungan. Semoga beroleh ‘keberkatan’ di bulan Ramadhan. Mencari kesenangan di atas kesusahan insan.
Namun Alhamdulillah, Allah mengizinkan kaki ini untuk tetap melangkah ke kampung halaman pada 25 Ramadhan. Tiket bas Mara Liner jadi pilihan kerana hanya ini yang berbaki. Tetap syukur pada Tuhan kerana tidak sirnakan harapan, tidak kuburkan impian.
Rindu pada ibu, keluarga dan anak buah tersayang kian tidak tertanggung. Hampir 3 purnama di perantauan mengutip ilmu dan pengalaman. Dengan izin Allah dan jika umur dikekalkan panjang, aku pasti pulang. Maaf buat Dr Nora, terpaksalah aku ponteng kelas beliau lagi. Itu saja tarikh tiket yang masih berbaki, dan sempat dibeli. Harap dimengerti. Hihihi.
p/s: fakir juga seperti penuntut lain yang kadangkala ada sindrom ‘ponteng-memonteng’. Jangan tiru aksi ini di mana-manapun anda berada tanpa pengawasan orang berpengalaman.








hehe..nasib baek x yah beli tiket bas…
u sejengkal je ngn umah..hehe..
fakir: bestnyer…haha
salam..
ini amir kan..
setelah sekian lama tidak ketemu..
akhirnya..jumpa di blog…
selamat menjalani ibadah puasa..^^
fakir:hah, lame tak dengor kabo berite. ape cer??slamat puase gak
igt lagi mase zmn u dulu…slalu tak dpt tiket balik rayer..sbbnyer suke carik tiket last minit…penah jugak naik bas tambahan..nasib baik tak rosak tgh jln…
fakir: pengalaman..huhu
aku pun x sabo nak balik rayer..rindu giler kat family ngan anak buah kat kampung…membilang hari jer ni..heheheheeh…
fakir: samela kiter…hmm
balik UPM keropok Losong jangan lupe.. aku ketagih pulak. hehehe kim salam famili ko nanti.
fakir: InsyaAllah, lain macam plak jenis ketagihni, apa2pun aku cuba penuhi keinginan seorang sahabat
abg ameer, sye sokong abg syam..
nak kirim keropok gak…
mase tue, x beli..
tp lepas kak ika goreng, bez pulak rasenye…
wahahahahaaaa….
neway, tke cre 6t ………….
da~~~~~~
fakir: da……
alhamdulillah,baik2 je..
abg kaloi sudah kawen ke?
abg asyraf sudah abes belaja ke?
huhu..rindunye..
fakir: rajin2lah bertandang ke bumi upm…
Nak pesan keropok kering 2 bungkus.
fakir:hmm…dah mcam supplier plak.hu