Tahniah kawan, terima kasih teman

2008 Ogos 28
by fakir

 

 

Tahniah buat kawan lama dalam dunia pengucapan awam, dunia perdebatan. Bergelar johan adalah satu kurniaan, anugerah Tuhan untuk mencukupkan balasan atas setiap usaha yang telah dizahirkan. Gelaran ini juga sebagai satu ujian, untuk Tuhan menguji sejauh mana tertanamnya rasa kesyukuran. Usah berhenti mengingatinya apatah lagi memungkiri sebarang amalan. Juga pesanan untuk fakir seperti aku yang bergelar insan.

 

Johan Pidato Kemerdekaan 2008. Ini bukan sebarang kejayaan. Tahniah. Selayaknya  memang sang kawan aku patut menang. Anugerah daripada Tuhan untuk usaha yang berkekalan. Tidak terhenti biar diuji beribu tekanan.

 

Lupakan saja soal mengalah, soal pengorbanan. Harga sebuah persahabatan jauh lebih bernilai. Hatta infiniti sifat harganya. Infiniti untuk dikira. Perkenalan dan persaudaraan jauh lebih mahal bayarannya. Hargailah sampai bila-bila.

 

Terima kasih buat teman sepelajaran. Redup wajah aku yang masih bersedih mengenangkan kegagalan bisa dibaca oleh sang teman. Teman yang tak pernah lekang dari kopiah hitam Raihan. Wajah jernih yang mendamaikan. Kesedihan akibat kegagalan di Debat Kemerdekaan kian surut, bila teman mula bicara kata indah penuh ‘Hikmah’. Ini antara bait mutiara katanya:

 

1. Jangan bersedih apabila kita kehilangan kasut kerana ada insan yang langsung tidak punya kaki.

2. Tuhan makbulkan doa dalam tiga keadaan: 1) Terus, 2) Ditangguhkan waktu, 3) Dimakbulkan di akhirat. Semuanya dengan ber’hikmah’ kerana Dia lebih Mengetahui. Dialah sebaik perangcang dan pelaksana. Cukuplah sekadar meyakini segala kudratnya.

3. Pihak lawan yang menang mungkin sifatnya lebih dekat dengan Tuhan. Balasan untuk doa yang tidak henti-henti mereka kirimkan. Pasukan aku mungkin amalannya kurang. Aku ambil pengajaran.

 

Aku insaf, intipatinya cukup mendalam.

Tahniah Syamsul dan terima kasih Khairul……

 

6 Respons leave one →
  1. 2008 Ogos 29
    redapples permalink

    terima kasih amirrudin, atas ilmu dan peluang yang diberikan. Piala Kemenangan ni bukan utk aku sja, tapi utk kita semua.

    p/s : dah ready nak beli blazzer??? wawawa

    fakir: semestinya bersedia…

  2. 2008 Ogos 29

    menarik mutiara kata tuh…..
    jangan bersedih..
    hikmahnya pasti tiba..
    kalaupun pun x nmpak hari ni, satu hari nnti pasti teserlah jua…
    :)

    fakir: ya, yakin dan percaya akan kuasaNya

  3. 2008 Ogos 29
    iz_nfmy permalink

    bertuah sungguh kamu kerna mempunyai teman sebegitu..
    nasihat yg mendamaikan hati…bukan senang mencari teman yang sejati seperti itu..nchtku hargailah temanmu itu..
    hmm untuk kekecewaan yang dialami ku yakin ada sesuatu yg lebih baik menntimu cuma masanya belum tiba..(^_^)

    fakir: terima kasih…

  4. 2008 Ogos 29
    Insan Kerdil permalink

    Aku suka dengan kata-katanya…
    manis dan sangat menenangkan

    fakir: sememangnya aku juga tenang bersamanya..ada aura keinsafan.

  5. 2008 Ogos 31
    mat_wapi permalink

    xpe meer,try harder next time..

    “Teman yang tak pernah lekang dari kopiah hitam Raihan”

    menarik ayt tuh…nasihat yg lbh pengalaman…

    fakir: time kaseh mat wapi….i do accept ur advise.

  6. 2008 September 8
    kak yam permalink

    btol tu..setiap yg berlaku..ader hikmah disebaliknyer…mungkin kita tertanya2..ape hikmahnyer?….sabarlah…tak semestinyer yg kite hajati terbaik utk kiter…Dia yg Maha Mengetahui…

    fakir: Apa yang diinginkanNya..Itulah jadinya… :)

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS