Itu Aku
Waktu itu aku dalam darjah lima. Beberapa hari selepas berkhatan. Mungkin selepas seminggu, aku lupa. Aku gagahkan diri ke bandar Kuala Terengganu. Duit hadiah makcik-makcik dan jiran tetangga memenuhi ruang poket. Nilainya lebih seratus. Seronok, fikirkan duit buatku rasa nak berkhatan setiap hari. Fikirkan sakit, cukuplah sekali. Haha.
Mentari petang langsung tak aku endahkan. Mencapai handle basikal di depan rumah, aku kayuh dan berserah. Di mindaku, jam tangan baru @ brick game @ video game mesti aku dapatkan. Aku sandarkan basikal pada dinding rumah kecil sebelah hentian bas. Tak dikunci dan harap tak dicuri. Bas datang, aku naik, duduk, tunggu dan sampai. Berjalan di bandar buat aku tak keruan. Seorang diri tak tentu arah tujuan. Tak tahu di mana nak cari barang yang diidamkan.
Hari beransur gelap. Ya, aku dah mula bimbang. “Bas mana nak naikni?” Ingat ingat lupa pada nombor bas mini. Keadaan berlarutan, melewati malam dan sejuk yang membungkam. Aku pasrah, naik juga bas yang rasanya akan membawaku sampai ke kampung. Rupa-rupanya tersilap bas. Kutekan loceng dan turun. Nasibku baik apabila sebuah keluarga menumpangkan aku sampai di hujung kampung. Aku berjalan sendiri.
Di rumah seluruh isi keluarga sedang menanti. Berkumpul bagai hendak kenduri. Ibu dan arwah ayah hampir ke balai polis. Buat report. Sangkakan aku mungkin diculik dan dijual ke Siam. Haha. Bila aku nak, aku akan buat. Aku akan pastikan aku dapat!! Entahlah, itu aku. Dalam kes ini memang barang idaman tak sampai ke tangan. Tapi aku capai kepuasan. Aku buat apa aku nak buat.
Darjah enam, keluar pagi pulang petang. Dalam bulan Ramadhan. Keluar senyap-senyap di awal pagi, kawan-kawan sebaya sedang menanti. Apabila hampir tiba waktu berbuka, ibu-ibu lain sibuk memegang sudip dan menonyoh hidangan, tapi tidak bagi ibu aku. Dari satu rumah ke satu rumah jiran, ibu sibuk bertanyakan tentang aku. Anaknya, Amer hilang! Sebelum berbuka, aku dengan selambanya menujah kaki mengayuh pedal basikal pulang ke rumah. Terserempak dengan ibu di bahu jalan, aku dengan sempoi meneruskan kayuhan. Hati ibu yang seawalnya risau menggunung akhirnya henti berkabung. Anak nakalnya dah pulang. Kesian ibu. Aku buat apa aku nak buat. Itu aku!!!
Aku akan buat apa yang aku nak. Aku akan cuba dapatkan. Tanpa fikirkan orang lain. Tanpa hiraukan insan sekeliling. Tapi itu dulu. Aku berubah. Dengan izin Allah. Aku dah tak pentingkan diri. Kuharap rakan-rakan sekeliling juga berubah sikap, cuba bersikap sebegini. Tidak mementingkan diri, apatah lagi memungkiri janji.
Syukran ya akhi.. (terima kasih wahai saudaraku…)
p/s: aku beli buku mastika je time di bandar tu, walaupun takde dalam list…








nama pun budak kecil, semua yang kita buat adalah kehendak sebagai seorang kanak-kanak. namun kedewasaan akan mematangkan pemikiran kita.
fakir:hmm
mesti masa tu ko xde rambut kan?
(^_~)
fakir: hmmm…dah ade la..
tak rase geli2 ker pergi jalan2 kat bandar.
Alah pas khatan kan rase cam tu.huhu
fakir: geli?? hik3…(jauhari juga yang kenal manikam)
err,utk insiden pertama tu, basikal tu ilang ke tak?
fakir: Alhamdulillah tak…hihihi :0
hmmm..tak sangka, nakal jugak rupanya amir ni
huhu
itu la namanya budak2
fakir: mematangkan…haha
bile fikir2 balik ape yg kite buat mase kecik2 dlu..baru sedar kite ni nakal..
tp yg nakal2 n susah tu la yg mematangkan=)
fakir:haah, tepat sungguh pendapat itu.hehe
salah satu kaedah belajar..belajar dari kesilapan.
time tu baca mastika erk? dasat jugek..budak skrg suke buku yang ada gambar ultraman dyna tu.
fakir: haah…advance sket
kenakalan zmn kanak-remaja mematangkan…
dr situ kita menimba pengalaman…pahit&manis lumrah idup
aku pon bdk buas gak kechik2..
xrugi ameer utk sorg bakal guru…
fakir: yeler…
OMG!
dun tel me its u amirrudin abd rahman..
u wrote this?
=)
OMG!!
hehe..
ow..nw i know ur hidden self =p
nway..its N I C E..
reli =)
fakir: hmmmm….:)
hebat…mmg nakal….
tp salute, courage gle demi buku MASTIKA tuh..hehe..
tahniah2…
:p
fakair:haha
ngaaa …kaMo peLik la…itu ameer …saya tak kenal ameer ini ..mcm pelik jer…saya kenal ameer yang baik jer ..wah wah ameer now da rock la beb…
fakir: dah lame la rock….haha.rock kapak bebeh!!
hehehe…yg nakal tu la yg akan dikenangkan biler dh tua2 esok…mesti tersenyum kambing mase tu..
fakir: haha.btol la.budak nakal…best btol jd budak nakal nie.
nakal juga yer adik amir ni..