Merit untuk Khairy Jamaludin
Tepukan gemuruh buat seluruh komiti yang telah berjaya menganjurkan acara gilang-gemilang ini. Apresiasi fakir buat United Kingdom and Eire Council for Malaysian Students atau UKEC kerana bertanggungjawab sebagai penggerak utama. Tarikhnya pada 2 dan 3 Ogos 2008. 2nd Malaysian Student Ledership Summit ini memang membanggakan. Penganjuran kali kedua yang mendapat tajaan banyak badan korporat dan sebilangan kecil badan kerajaan ini memang wajar diteruskan lagi.
Hari pertama aku tidak berkesempatan. Hanya hari kedua kaki ini berjaya dijejakkan di Hotel Nikko, Kuala Lumpur. Berikut beberapa perkara menarik tentang persidangan ini.
1. Zainah Anwar salah seorang pemimpin Sisters In Islam dijemput untuk bercakap tentang peranan gender menurut Islam. Ironinya, Sisters In Islam didokong oleh mereka yang tidak arif tentang agama. Banyak yang tidak betul tentang apa yang diperkata oleh beliau. Malas aku nak tulis apa yang diperkatakan. Cuma nak pesan. Kalau bukan bidang kepakaran kita, jangan berbicara sesedap rasa, kelak badan binasa, rosakkan aqidah mulia.
2. Forum tentang Subsidi Dan Budaya Tongkat sangat menarik perhatian. Forum bertukar menjadi debat. YB Khairy Jamaludin (BN-Rembau), Tony Phua (DAP-PJ Utara) dan Nik Nazmi (Keadilan-Seri Setia) menjadi panelnya. Debat dua lawan satu. Merit aku untuk Khairy Jamaludin kerana berjaya menjawab pertikaian YB pembangkang dan soalan moderator dengan fakta dan figura meyakinkan. Aku yang bukan ahli ekonomi bisa menerima beberapa perkara yang beliau hamburkan. Tony Phua dan Nik Nazmi hanya pandai condemn tapi gagal mengemukakan fakta. Kata-kata mereka berkisar penaakulan mudah. Peserta bukan melayu terutamanya Cina memberi tepukan gemuruh dan bertenaga tiap kali ahli panel pembangkang ini bersuara. Walhal perkara yang disebut ibarat tin milo besar yang kelihatan baru tapi isinya kosong. -Aku bukan racist. Aku juga bukan proKhairy.
3. Kes pemecatan Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara pada zaman legasi Tun M rasanya sudah terjawab. Krisis badan kehakiman/judisiari negara yang bercampur aduk dengan badan eksekutif juga sedikit terbuka faktanya. Siapa salah? (jawab sendiri, dalam hati…) Datuk VC George, selaku bekas Hakim Mahkamah Rayuan adalah spekernya untuk slot berkenaan arahtuju sistem kehakiman negara. Berucap dalam nada monoton sedikit membosankan. Namun lawak spontannya sedikit mengubat perasaan. Apa yang lebih penting, isi dan ideanya benar-benar membuka minda.
4. Aktiviti kumpulan menyeronokkan. Seronok dengar luahan idea pelajar luar negara yang kadang-kadang tidak tahu realiti dalam negara. Hujan batu yang dah lama mereka tak rasa. Asyik berhujan emas di negara orang.
5. Sesi soal jawab memaparkan kelemahan pengetahuan pelajar oversea yang terkadang over menghentam kerajaan. Ada yang kata kita punya sekolah rendah Melayu, padahal yang wujud sekolah kebangsaan untuk semua kaum. SJK Cina dan India adalah. SJK Melayu tidak pernah dibina lagi setahu fakir. Pertikaian tentang DEB membangkitkan semangat kemelayuan fakir. Tidak salah bertanya. Tapi lebih bagus kalau kaji dahulu sebelum hentam keromo. Pelajar-pelajar bukan melayu dengan semberono mempersoalkan tentang beberapa perkara asas yang mereka tidak faham. Muak pula rasanya hendak mencoretkan pertikaian kebudak-budakan mereka. Biarkan Si Luncai dengan labu-labunya…
5. Terima kasih Iqa kerana berkongsi peluang ini. Menambah ilmu, rakan-rakan baru dan yang lebih penting berkongsi pengalaman dengan pelajar dalam dan luar negara adalah kesempatan yang pastinya tidak dapat dilupakan. Tema “Kepemimpinan Hari Esok Bermula Hari Ini” moga berjaya dicapai hasrat murninya dan digapai cita sucinya.
p/s: Gambar di bawah ada yang tersilap setting tarikhnya…















Wah.
Gambar dengan KJ
fakir: ambik aura baik jer…haha
Wah! gembira melihat the next leader begambar dengan KJ…huh Pak Ungku pun ada.
fakir: huhu;)
i tot i met u once.. ARAU OPEN 2008 if i not mistaken. u become a jury.. do im ryte?? maybe u not notice me..
btw i keep reading ur blog until i realize ur photo.. nice blog!
fakir: tq, keep on visiting!!
Gambar yang paling mahal and paling vouge ialah gambar yang bertarikh 1/1/2006. LOL (^_~)
fakir: ye kot….
tahniah dapat p program yang mmg gempak!!
tak semua dapat!!
fakir: terima kasih.untuk anak bangsa.hehe..
Rakaman video utk semua forum MSLS08 dah keluar. Ada dalam laman web ini http://www.youtube.com/ukeconline.
Gambar2 masih dalam proses untuk di upload.
fakir: ok. tq fyi