Debat Anwar-Shabery: Fakta Dan Auta
Ramai bloggers memberikan komentar mereka tentang debat yang mencatat sejarah ini, membuatkan aku malas lagi mengulas. Namun dek kerana beberapa perkara yang tidak disentuh membuatkan aku berasa perlu untuk jari-jemari ini menari, menulis sebuah entri.
Aku bukan pro Anwar, juga bukan pro Shabery. Aku pro orang miskin di Malaysia terutamanya yang berstatus fakir. Aku membela nasib mereka walaupun kesannya belum terlihat di mata. Kalau debat ini memberi untung kepada golongan fakir dan miskin, aku tumpang gembira. Kalau sia-sia tidak berlaba, aku cadangkan agar debat sebegini menjadi yang pertama dan terakhir saja dalam sejarah Malaysia.
Ini sebahagian FAKTA dan AUTA yang wujud dalam debat tersebut.
Menang
1. Aku terbaca keratan yang menyiarkan dakwaan Berita Harian bahawa Shabery yang menang dalam debat itu. AUTA- Debat tanpa juri profesional dan tanpa juri SMS membuktikan debat ini bukan bertujuan mencari pemenang. Maknanya tiada pemenang !!
2. Kenyataan Shabery bahawa dia akan meletakkan jawatan jikalau kalah adalah kenyataan budak hingusan yang tahu perkara itu tidak akan berlaku. Siapa hakim dan bagaimana sistem penghakiman dibuat tidak pernah diperjelas. Kenyataan Shabery yang mempertaruhkan jawatan adalah FAKTA tapi kemenangannya tetap AUTA.
3. Penyokong Anwar yang mengangkat beliau sebagai pemenang tidak relevan. Anwar orang lama dalam pidato dan pengucapan awam. Sejak bergelar mahasiswa dan mengetuai beberapa gerakan, kelantangan dan kemampuan beliau menarik khalayak dengan kuasa lisannya memang mengagumkan. Shabery ??? Bekas tokoh Semangat 46 ini tiada apa sangat yang boleh dibanggakan. Perdebatan ibarat antara Pendebat MCKK dengan pelajar Tabika Kampung Pandan. Anwar menang?? Masih AUTA.
Meyakinkan
1. Dalam blognya, Tun Mahathir memberi komentar bahawa Shabery nampak gementar ketika berdebat. FAKTA-Shabery dalam beberapa pusingan dilihat terlalu mengambil masa yang lama untuk menyambung ayatnya selepas berhenti. Malah beliau mencatat hampir enam saat tatkala ingin menyambung kembali ayatnya dalam satu pusingan. Jeda masa yang agak lama.
2. Shabery juga dilihat beberapa kali menyentuh bahagian hujung bibirnya seolah-olah mengelap air liur. Dalam debat perkara ini boleh ditafsir sebagai kaedah penyesuaian untuk menghilangkan rasa tidak selesa pada diri dan ini adalah FAKTA.
3. Intonasi Shabery tidak pelbagai, FAKTA. Anwar pula sebaliknya, juga FAKTA. Daripada awal hingga ke akhir minit pertandingan, intonasi Shabery mendatar, monoton dan kalau dinilai mengikut sudut nyanyian, suaranya pada key yang sama. Berbeza dengan Anwar yang kadangkala memberi tekanan suara dalam beberapa sebutan perkataan iaitu “beban rakyat, Melayu dan kenaikan drastik”
4. Shabery memang tidak punya daya pembujukan. Itu FAKTAnya. Anwar??? Ya, dia bijak menggunakan kesempatan debat itu untuk memujuk rakyat. Dalam cadangannya, beliau menunjukkan betapa perubahan yang ingin dilakukan adalah kerana ingin meringankan beban rakyat. Perkataan petani dan nelayan yang terpacul dari mulut Anwar bertujuan menarik perhatian rakyat dan perkara ini pastinya disengajakan. Beliau cuba untuk menunjukkan yang beliau dekat dengan rakyat terutamanya yang miskin. Shabery??? Beliau memberi contoh negara Venezuela yangmana harga minyaknya paling rendah dengan menyebut beliau baru saja ke sana. Fakir dan miskin akan berasa sedikit terpinggir dengan kenyataan sebegini. Bukan senang mereka hendak ke pasar malam apa lagi hendak ke Venezuela. Ini contoh yang tidak dekat dengan rakyat.
5. Shabery juga cuba meyakinkan penonton dengan menyebut penarikan subsidi minyak yang terbaru bertujuan membangunkan keperluan rakyat. Contoh yang sama disebutnya secara dua kali berturut-turut iaitu untuk membina hospital dan sekolah. Ini FAKTA. Namun, kekurangan sekolah atau hospital tidak pernah menjadi masalah yang meruncing dan umpan ini dilihat tidak begitu mengena. Kalau debat ini sekitar kita baru merdeka, mungkin ada rasionalnya. Persoalan nelayan yang tidak lagi mampu ke laut, harga barang yang melonjak naik dilihat gagal dijawab dengan contoh sebegini.
Serangan Peribadi
1. Shabery lebih banyak menyerang peribadi Anwar. FAKTA. Anwar pula dilihat tidak membela diri untuk setiap serangan tersebut, juga FAKTA. Namun, kenyataan Anwar pada pusingan kedua selepas peribadinya diserang dalam pusingan pertama membina satu benteng dan pegangan. Benteng ini yang membentuk persepsi awal para penonton. “Ini debat tentang harga minyak, bukan debat Anwar-Shabery. Jadi saya memilih untuk tidak menyentuh beliau,” demikian kata Anwar. Ibaratnya Anwar telah berjanji hanya akan menyerang menggunakan laras senapang. Serangan Shabery menggunakan michi gun, peluru berpandu dan kereta kebal dilihat tidak begitu menarik perhatian kerana Anwar sudah berjanji untuk tidak melayan.
2. Ketika penggulungan, Anwar sekali lagi menggunaakan sentimen yang sama, “Walaupun saudara Shabery memilih untuk menyerang peribadi saya, tetapi saya tak mahu jawab kerana ini bukan ruangnya.” FAKTA. Namun Shabery cuba menunjukkan kejantanannnya apabila tetap menyerang peribadi Anwar hingga pada akhirnya. Ayatnya, ” Percayalah, saudara Anwar tidak pernah berubah” dilihat sebagai membuat kesimpulan awal dan akhir tentang siapa sebenarnya saudara Anwar. Ini AUTA. Anwar memang dah berubah, dulu perjuangkan ketuanan Melayu sekarang ketuanan rakyat. Namun apa yang pasti Shabery membawa perkara ini jauh melencong daripada persoalan pokok. HARGA MINYAK!!
Fakta dan Jawapan
1. Sukar untuk mengenalpasti siapa yang bercakap benar dalam setiap fakta dan figura yang dikemuka. Akhbar hari inipun sukar dipercaya kerana menjadi medium kerajaan menanam kepercayaan di dada rakyat biarpun fakta sebenar mungkin disembunyikan. Shabery mendakwa pertumbuhan tahunan negara kekal berada pada angka 6%. FAKTA. Tapi ini figura sebelum pilihanraya dan lebih tepat sebelum kenaikan drastik harga minyak. Sekarang ini bagaimana tidak pula Pak Menteri ini perjelaskan.
2. Cadangan Anwar mengurangkan ‘excess capacity’ yang dimiliki TNB yang memberi keuntungan berlebihan kepada IPP daripada 40 % kepada separuh sahaja untuk mendapatkan 2 Bilion dilihat sebagai FAKTA. Akhbar arus perdana menyiarkan pegawai tinggi yang menguruskan perkara berkenaan sendiri mengakui kebenaran kata-kata Anwar. Malangnya dalam muka surat 6, 7 akhbar berkenaan perkara ini disiarkan, lucukan?. Soal cadangan menggunakan amaun kecil daripada dividen RM 6 bilion yang diperoleh daripada Petronas, Najib sendiripun setuju. Utusan Malaysia 17 Julai buktinya. Baca, jangan tak baca.
3. 5 soalan, Shabery jawab semua. AUTA. Satu soalan dijawab hampir keseluruhannya. Selebihnya bebelan tentang kelemahan dan sejarah Anwar.
4. Anwar, terbalik. Hampir semua soalan dijawab, 1 kurang tepat iaitu soalan yang ditanya wakil beliau sendiri berkenaan penubuhan Tabung Warisan. FAKTA.
5. Jika dinilai daripada sudut soalan, Anwar menang dengan 4-1. Empat soalan berjawab berbalas satu. Jadi adakah Anwar menang?? Masih AUTA.
Retorik
1. Shabery, kosong. FAKTA SEFAKTA-FAKTANYA. Anwar pula hanya pada tahap 38 %. Unsur emosi sahaja yang banyak diketengahkan beliau. Sedikit unsur perwatakan yang memang sudah sebati dan dikenali…Yang lain, tiada yang menarik. Sama saja dengan ceramah beliau sebelumnya. Bahkan sesetengah pidato beliau jauh lebih baik daripada debat ini jika dilihat daripada sudut retorikanya. Ini FAKTA.
Akhirnya, tahniah buat Datuk Johan Jaafar. Kali ini beliau lebih profesional berbanding ketika menjadi moderator dalam Debat Perdana terbitan RTM1. FAKTA bukan AUTA. Dalam rancangan tersebut beliau banyak membela kerajaan, masa untuk ahli panel pembangkang berucap dicut sesuka hati, kadang-kadang beliau tanya beliau sendiri yang jawab tapi kali ini tidak. Kini beliau lebih berattitude. Maklumlah dah jadi orang kuat DBP yang memang dikenali dengan jolokan “tinggi bangunan berbanding peranan”. Tapi jolokan ini mungkin FAKTA, mungkin AUTA. Anda yang tentukan.
p/s: fakir, tinggi impian setinggi awan…








akak mmg tak amik port pasal politik..sbb org politik ni sumer hipokrit..tp tgk jugak la mlm tu…tak tau nk komen aper..tp tak suke cara shabery berucap….takde point…
fakir: stuju…!!!
sebenarnya sebelah pihak fokus pada tajuk (walaupun tidak menyeluruh dari segi perancangan untuk menurunkan harga minyak) dan sebelah pihak mungkin masih bermimpi untuk berkempen pilihanraya…
fakir: ni kes angan dan sedar
hello.. u Amir from upm kan? in UMS br2 neh?
fakir:yes..
polemik politik yanah air dinegara kita jauh mengalami perubahan semenjak arus perubahan reformasi pada thn 1998,disini kita lihat ribuan cendekiawan menggunakan dukungan yang ada untuk turut serta dalam penglibatan idea mahupun suara dalam politik kini dengan dipenuhi hujah yang konkrit lagi diskrit.saya bukan pro pembangkang atau kerajaan tapi melihat ini dari sudut akademik dan mungkin agak skeptikal.
fakir: saya sokong sepenuhnya penglibatan cendekiawan dalam politik tapi biarlah bersuara demi kebenaran bukan untuk mencari keuntungan.
x suker, pro anwar sebab pengalaman anwar… salahkan shebry cos xda gaya kan2… ada fakta shebry, anwar byk soal..tp anwar kurang analisis fakta…soal x cukup, walau dgn gaya menarik..isi kena baik…
tetapi yg pasti shebry ada fakta cos dier buat isi n anwar sgt baik menyampaikan debat…shebry kalo baik pada penyampaian org x soalkan aper yg dier citer dan anwar org x soal kalo ada isi..dari isi, sy suka shbry, gaya anwar…debat ilmu, shebry sy bg thumb up.