Kifarah
Sehari terlantar di katil. Kuliyah pagi dan petang ditinggal. Kuliyah tengahari digagahkan diri, tetap pergi. Bimbang disumpah seranah Dr. Edwin, lecturer semester ini yang paling ditakuti. Namun kelibatnya berganti dengan Mr. Yasin, assistantnya yang agak boring.
Kala demam begini, tiba-tiba terimbau tilam nipis di rumah, air daun bunga raya daripada tangan arwah ayah, ibu yang akan siapsiaga dengan semua juadah. Detik begini akulah raja. Segalanya tersedia dan terjaga. Tapi sekarang aku di kampus. Terlantar, terbaring sendiri. Hanya roomate yang kadangkala menemani. Diapun punya tugas lain yang perlu ditunaikan. Ya, aku faham.
Aku redha. Ini kifarah Tuhan. Untuk tiap solat yang tidak terjaga, untuk tiap hati yang terluka, untuk amalan yang hilang istiqamahnya. Kifarah Tuhan untuk insan lemah dan leka. Untuk hamba yang mungkir taubatnya. Ya, aku terima.
Malam tadi aku kirimkan pesanan ringkas untuk kakak. Minta dikhabarkan pada ibu keadaanku. Minta didoakan agar demam ini segera kebah. Jawabnya Insya Allah. Hari ini Jumaat, demamku beransur hilang. Memilih antara dua biji Panadol Soluble yang telah kuhadam dan doa ibu, aku lebih percayakan doanya. Hikmah yang tersembunyi, penawar segala sakit dan rasa rindu di hati. Syukran ya Ummi!!








Demam? semoga cepat sembuh.. selimut tebal2 k.pastu rehat.takyah la update blog ni dulu. hehe.
fakir: huhu, dah kebah dah sikit.tq:)
Berdoalah kepadaNya. Insyaallah
fakir: tq daddycute.hehe:)
salam…
moga beroleh kesihatan dan keselamatan sepanjang masa
sesungguhnya sakit itulah penghapus dosa, memberi kita peluang untuk lebih mensyukuri kesihatan dan masa muda. sakit mendekatkan diri pada TUHAN, menanam benih keinsafan…
jangan lupa jaga kesihatan…jangan sampai pelajaran terabaikan…itu sahajalah hadiah kita sebagai bukti cinta pada ayah bonda
~ie_lya~
fakir: baiklah…syukran:)
btol tu..sakit tu penghapus dosa…tp yg best time akak sakit mase skolah2 dulu..arwah ayah mesti belikan roti canai telur tp akak tak suke roti canai telur…dpt la kat org lain..nenek plak paksa kakak letak air bunge raye kat kepala…rase disayangi…hhuhu..
fakir:hmmm…:)
anak bongsu ek? manja jer bunyinyer….