Serangan Si Burung Cahaya
2008 Julai 15
Hampir bertahun lamanya
Aku bergelumang dengan Bukit Siap
Rakan tika tertekan
Kawan saatku seorang
Kupuja, kutatang, kusayang
Namun segala mula berubah
Saat Si Burung Cahaya Menyerang
Gagal kulawan
Kepulan gemawan yang aku sedut
Pada dada yang memberontak
Peparu yang berteriak
Minta disayang dilindungi
Aku pasrah
Amukan Si Burung Cahaya
Bertebaran di kamar puaka
Minta dibelai dimanja
Disedut dan dirasa
Aku lemah, aku mengalah
p/s: Puisi ini sekadar info bahawa penulis selaku perokok amatur tidak lagi menghisap rokok Bukit Siap @ Donehill@ Dunhill. Sebaliknya penulis kini telah bertukar selera menghisap rokok Si Burung Cahaya @ Winston Lights.













aku ingat pasal ape la tadi…..pasal rokok? kronik…kronik
fakir: kronik..?? huhu
mmm….rokok tu kan membahayakan kesihatan….naper susah sgt perokok2 utk tinggalkan tabiat rokok arr??…kwn akak pnh ckp..lbh baik tgl awek dr tgl rokok….????..btol ker?….
fakir:betol kot.tp saya dekati rokok lepas ditinggalkan awek.huhu
alangkah baiknya duit tu buat beli nasik….. benti merokok…cepat!
fakir: Insya Allah..dalam proses.Tahun ini!!
haiyaaa….slalunyer camtu la manusia..tak kire lelaki n pompuan…clash n bf or gf..trus buat benda yg tak dibuat sblm couple…tak guna seksa diri..dia elok2 sihat walafiat..awak plak yg tempah penyakit…
fakir:takper, ajal maut di tangan Tuhan kak…hehehe
sayembara puisi mengusik jiwa dikala ku marah..
mencuit ati..our becoming poet..hahaha
Uh…Kenapa nak bunuh diri sebab kena tinggal kekasih dik…
cuba la dekati Yang Esa bila rasa kecewa…
cuba-cuba la yer berhenti…
Harga sekotak rokok tu kalau beli nasi, bleh kenyang satu hari…
Fikir2 la fakir…
fakir: tq kak. nasihat ni akan dipertimbangkan.hehe