Bukan Anti Mamak

2008 Julai 15
by fakir

“Berapa?” soalku.

“Lima ringgit saploh sen. Lima ringgit pun tapa.” jawab mamak di kaunter.

Hati aku memberontak. Jantung bagai ditusuk bilah lembing. Hendak saja kuhantar penampar ini padanya biar jatuh tertonggeng.

Nasi goreng kampung dan telur mata kerbau. itu hidangan makan malam aku. Selera hilang selepas not sepuluh ringgit aku hulur, dibalas not lima ringgit. Tapi mulut tetap bersuap kerana bimbang perut berkeroncong.

“Mahal nak mampus!” getus hati aku sendiri.

Apa boleh buat. Akupun tak salahkan mamak itu. Tak salahkan bosnya. Tak salahkan sesiapa. Lantaran akupun tak tahu siapa yang salah. Apatah lagi aku bukan anti mamak. Semuanya rentetan harga minyak naik. Malamni Shabereey Chik dan Anwar Ibrahim akan berdebat. Masih pasal harga minyak.

Debatlah sampai matipun. Sampai berbuih mulut. Sampai lidah terjelir tersangkut. Kedua-duanya takkan pernah mengerti keperitan insan fakir macam kitani. Fakir yang terkadang hidup, terkadang mati. Fakir yang menanggung beban kerakusan makhluk bernama insan. Kejar kuasa dan kekayaan.

Shabereey gaji berbelas ribu sebulan. Maklumlah, Pak Menteri.

Anwar pun sama, walaupun sekadar bekas Menteri, tapi punya bisnes sendiri. Pendapatan mungkin lebih tinggi.

Mereka semua takkan pernah mengerti. Rakyat menderita, nazak dan mati. Pada berita yang terpapar ini.

UTUSAN MALAYSIA

Petronas bayar kerajaan RM67.6 bilion

15/07/2008 12:40pm

KUALA LUMPUR 15 Julai – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) membayar RM67.6 bilion dalam bentuk tunai kepada kerajaan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2008.

Jumlah tersebut termasuk pembayaran dividen khas sebanyak RM6 bilion.

Mana perginya semua keuntungan ini!!??

p/s: Maaflah, teremosi pulak. Maklumlah, ketua fakir seMalaysia. huhu

2 Respons leave one →
  1. 2008 Julai 16

    mamak mmg terkenal ngan mahalnyer…akak p mamak mkn roti canai jer…yg lelain tu kekadang kalu terpaksa…tp naper org2 mesia ni suke p mamak ????…kekadang bkn sedap sgt pun….

    fakir:setuju…!!!!

  2. 2008 Ogos 15
    mat_wapi permalink

    mamak mmg cmtu..
    aku yg juga fakir besetuju sesetujutujunya!!

    fakir: ???

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS