Jim. Hal. Alif. Dal

2008 Julai 9
by fakir

Berminggu lamanya blog ini bersawang.

Kini tulisan mengecil. Tak seperti sebelumnya.

Jenuh hati ini memberontak. Pada diri yang kurang serius.

Belajar dan belajar..

Pesan ibu agar akrabkan diri pada tuhan.

Mungkin sekali lagi akan diabaikan.

Atau kusahut seruan perubahan.

Pada angka kurang 3 perpuluhan yang memang menyakitkan.

Tecatat pada sekeping kertas.

Malas untuk aku pandang..

ubah atau parah
berubah atau biar parah
8 Responses leave one →
  1. 2008 Julai 9

    kekecewaan memang menyakitkan…tapi redhalah akan ketentuan tuhan, kekecewaan hari ini adalah benih pahit yang tertanam di hati…siramlah dengan kesabaran, kambuslah dengan usaha dan tawakkal yang berpanjangan. nescaya ia akan bercambah menjadi pepohon pengalaman dan membuahkan ketabahan.
    Tuhan tidak menguji seseorang melainkan dia tahu yang hamba-Nya itu adalah orang yang mampu menghadapi ujian.
    Ingatlah, orang yang pernah merasa kehilangan, akan lebih menghargai kehadiran…orang yang pernah merasa pahit, akan lebih menghargai kemanisan…dan orang yang pernah merasa kecewa akan lebih menghargai bahagia…
    semoga usaha dan doa mengiringi perjalanan hidupmu…
    salam..


    fakir:syukran…insyaAllah.

  2. 2008 Julai 9
    trublues permalink

    kata nak update blog setiap hari..aq menantikanya…

    fakir:insya ALLAH..:)

  3. 2008 Julai 9

    kenapa ko down?berapa ko dpt?

    fakir: below 3.0.huhu

  4. 2008 Julai 10
    Insan Kerdil permalink

    x pelah, kurang 3 bukan bermaksud kita tidak berjaya..
    teruskan usaha

    fakir: hmm…terima kasih :)

  5. 2008 Julai 11

    yik? what happen……this sem try again OK..aim for the best.i Know u can do it

    fakir: okay!!!

  6. 2008 Julai 14

    Tuhan ingin menguji keimanan dan ketabahan anda dlm menerima ujian drNya

    fakir:terima kasih kak :)

  7. 2008 Julai 21

    mcm result upm kan? sama la kita

    fakir: same??dunie mmg kecik

  8. 2008 Ogos 15
    mat_wapi permalink

    akn ku usaha juga…
    sma2 la meer…

    fakir:bagusla sedor diri…huhu

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS