Akhirnya Sang Kalui Ke Laut Jua

2008 Jun 6
by fakir

percubaan yang berjaya

Kalian pernah bayangkan ikan air tawar yang selama ini berenang riang di sungai, tasik atau kolam tiba-tiba ingin ke laut.

Kalau tak pernah, cuba bayangkan sekarang…

Itu sekadar perumpamaan..

Aku tumpang gembira apabila mendapat berita pernikahan Tok Guru yang sudah kuanggap seperti abang sendiri berjaya dilaksanakan 31 Mei yang lalu. Sehari selepas akad terlaksana, adik iparnya yang juga bekas buah hati ini menelefon (setelah hampir setahun tak mendengar suaranya.) Nada suaranya riang dan girang. Masakan tidak, menerima ahli keluarga baru dalam ruang kehidupan adalah saat yang sangat menggembirakan. Apatah lagi abang ipar pertama yang begitu dinantikan.

Tahniah untuk Tok Guru. Mungkin selepas ini susahlah kami nak berkaraoke dengan beliau, sukarlah untuk kami mendengar sumpahan berbisa macam dulu dan susahlah hendak menghirup udara air-cond Toyota Vios yang sudah mula dirindu.

Kenangan bergelak ketawa, berfutsal, berendam di kolam dan melontar kutukan berbisa mungkin sukar lagi untuk diulang semula. Tak apalah, apa yang baik untuk Tok Guru, baiklah juga untuk kami anak didik biarpun kita pernah tak sebulu.

Kami akan selalu doakan Tok Guru bahagia dengan suri hidupnya.

Cabaran melayari bahtera rumahtangga biarlah dihadapi sebaiknya. Kalau dulu di sungai, kolam dan tasik, airnya jarang berkocak. Airnya tenang dan mendamaikan. Di laut berbeza, gelora dan ombak besar kadang-kala menghempas tanpa diduga. Doa dan usaha mesti bersama.

Kalau dulu cabarannya hanya sang buaya yang jarang-jarang dijumpa, tapi kini paus, jerung dan pukat tunda berada di sana. Persediaan rapi dan toleransi aset bernilai yang perlu ada. Alam baru yang pastinya menawarkan bahagia.

Dulu airnya tak sedalam mana, cetek dan terbatas keluasannya. Sekarang berbeza, laut yang luas perlu diteroka. Mencari manisnya hidup dan merasa indahnya dunia apabila sunnah nabi sudah dilaksana.

Walaupun cita-cita ingin berbiras sudah binasa, aku tetap doakan

Tok Guru @ Abangku bahagia!!!

:)

Aku juga tak sabar ingin merasa manisnya berumahtangga. Jejak langkah Tok Guru pasti diwarisi aku..

akan kuturuti


7 Responses leave one →
  1. 2008 Jun 6
    Nur Hakim permalink

    Ikutlah resmi ikan, walaupun hidup di tengah lautan masin, isinya tetap tawar…

    Selamat menyambut hari bahagia…

    fakir: ucapan ni untuk aku ke..haha.tq

  2. 2008 Jun 8

    Salam.

    Sampaikan salam tahniah pada Tok Guru ko ye !

    Ko lak… sabar2 la dulu yerk…

    fakir: insyaALLAH, kne sabar ek??haha

  3. 2008 Jun 10
    trueblues permalink

    adeh lepas syamsul..amiruddin pulak nak kawen…abesla 1st speakar ngan 3rd speaker senior upm pasni…adeh

    fakir: correction, AMIRRUDIN bukan amiruddin. Kawin jer, dbat ttap dbat

  4. 2008 Jun 11
    Insan Kerdil permalink

    hmm, kirim salam pada tok guru mu.
    Nanti kalau nak kahwin jgn lupa jemput..huhu

    fakir: insya Allah..kalu die x jemput, kite smue makan jemput2 jela.haha

  5. 2008 Jun 16
    fershad permalink

    wah, menasihati org yg berumahtangga sedang diri masih belum lagi berumahtangga. pengalaman dr mana tu? oh lupa..pendebat… mestilah dr pembacaan…sesungguhnya ia xspt yg dikata.[fershad dah kawen]

    fakir: tapi jauhari juga yang kenal manikam.huhu

  6. 2008 Jun 23
    aniely permalink

    amir, ko dah ade claon ker nak berumah tangge nih?

    fakir: dah kot….kwang3

  7. 2008 Julai 1

    Salam perkenalan….

    Suke baca blog awak….

    P/s – kalau ikut logik… “ikan sungai tak boleh beradaptasi di laut disebabkan sifat semulajadi ikan tersebut. ” Cuma ingin berkongsi info… he he he…

    fakir:huhu.yelar…salam perkenalan

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS