Mencari Yang Terpisah

2008 Mei 26
by fakir


Tiada yang lebih membahagiakan berbanding kesempatan bertemu semula rakan taulan setelah bertahun tidak bersua muka. Re-Union satu-satunya sekolah menengah yang pernah kaki ini jejaki, Kuala Abang Islamic School benar-benar meroboh tembok rindu pada kawan-kawan lama.

Ada yang kata aku semakin nakal mungkin kerana penampilan sekarang jauh berubah. Ketayap, serban dan jubah putih telah lama aku tinggalkan. Lebih selesa untuk begini, aku sekadar tidak mahu hipokrit dan menjadi pelakon yang mendamba anugerah. Biarlah diri ini jadi diri sendiri.

Satu perkara yang mengimbau kenangan lalu, panggilan ‘Amer Lawak’ yang tetap melekat di bibir kebanyakan mereka. Dulu aku memang gemar buat lawak, sama ada lawak cerdik atau yang kurang cerdik. Seronok benar tengok orang mengilai ketawa. Ukhwah yang bisa terjalin erat biarpun secara tiba-tiba. Haha. Itu dulu, kenangan lama yang akan tetap segar dalam ruang minda.

Tapi, rindu pula rasa hendak sampaikan tazkirah, rindu hendak jadi Imam solat berjemaah, rindu hendak duduk dalam bulatan usrah, rindu hendak jadi aku yang dulu, bukan yang sekarang yang sudah banyak berubah…

Mungkin bila tiba masanya aku akan kembali pada perjuangan dulu. Bersama rakan-rakan yang masih setia dan teguh dalam saf yang tak pernah goyah, saf yang tetap gagah, biar badai menerjah…

Aku biarkan gambar berbicara. Pencarian rakan-rakan terpisah yang telah dijumpai sebahagiannya…

minum2

6 Responses leave one →
  1. 2008 Mei 26

    hurmp…..yeah its true …amir byk berubah..amir janie kenal sekarang lain dr amir y janie kenal mase memule masok diploma….kengkadang terkejut gak …tp janie menerima kawan-kawan seadanya……

    fakir: bagusler…

  2. 2008 Jun 4

    kadang-kadang, perubahan yang berlaku bukan hanya ke arah kemudaratan…ia mengajar kita untuk lebih matang…
    MasyaAllah, awak dari smkaka? 2nd batch?

    fakir: ya, knal ke?? smkaka jugak??

  3. 2008 Jun 9

    smkaka jugak…2nd batch…1mb1, 2mb3, 3mb2, n 4lk…tp dah lupe…ramai sgt la budak laki kat sana…

    fakir: hmm…kite sekelasla dulu ek, form 4. lame x dengar brite

  4. 2008 Jun 11

    hmm…name sape ek…sorry, dah lupe sangat.
    mmg lama pun tak dengar cite. dah 5 tahun. skrg buat ape?
    dah abis study?

    fakir: AMIRRUDIN ABD RAHMAN, N.P. MPP

  5. 2008 Disember 23
    seorang permalink

    ni amer mpp ker?
    lme xdgr bite..

    fakir: ye, ni amer ex mpp smkaka. hurmmm.. sape ni ek??

  6. 2008 Disember 30
    seorang permalink

    hu xpe…
    xknl gk klu gitau pn…
    nmpk cm dh len ek skrg..
    study ktne?

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS