Antara Pak Lah, Babi dan Roti

2008 Mei 17
by fakir

 

Fakir bosan dan rasa malas untuk menulis entri yang ada kaitan dengan semangat kepartian kerana sifat politik yang infiniti, takkan pernah habis dibicara dan dimengerti selagi dunia masih bernyawa.  Lebih membosankan apabila politik kepartian di Malaysia gagal menampilkan pemikir-pemikir yang berani kecuali beberapa penulis blog (bukan blog ini). Tetapi kali ini fakir rasa tertarik untuk sedikit berbicara tentangnya apabila menerima mesej daripada seorang hamba Tuhan yang menggelarkan dirinya sebagai “penyokong Pak Lah”. Apa-apa jelah… (meminjam kata-kata Sheila Rusly)

http://www.youtube.com/watch?v=OYDvbfvEHBE

Alamat link di atas menunjukkan videonya. Mesejnya tentang kewujudan roti babi. Yang dihukum bersalah adalah penyokong kepada suatu parti yang fakir fikir bukanlah parti Pak Lah. Penyokong Pak Lah ini menghukum parti atau mungkin parti-parti ini sebagai celaka yang menjadi punca kewujudan roti babi ini. Maknanya parti pembangkanglah yang celaka dan yang pasti bukan pembangkang di lima negeri yang ditawan baru-baru ini. Kalaulah dihukum celaka kerana isunya berkenaan hasrat kerajaan Selangor ingin melaksanakan pembinaan kandang babi secara besar-besaran, Fakir no comment dulu..Tunggu entri “dialog babi dan Tan Sri”.

Apa yang pasti Pak Lah manusia biasa, seorang pemimpin sebuah negara, halal untuk disentuh dan dijabat tangannya kecuali bagi yang bukan muhrim dan wajib ditaati selagi gagasan pentadbirannya tidak melanggar batas agama.  

Babi adalah sejenis binatang yang haram bukan saja diternak, disentuh, dimakan malah kita sebagai Muslim diharamkan untuk menggunakan apa juga produk yang punya unsur-unsur haiwan bersifat najis berat ini.

Roti pula adalah makanan ruji dan makanan pilihan bagi sesetengah masyarakat, asasnya adalah gandum dan halal dimakan selagi tidak punya unsur babi, anjing, arak dan segala unsur lain yang bersifat najis dan kotor. Kalaupun tidak ada unsur-unsur ini, roti tetap haram dimakan kalau diambil di kedai, kafe, pasaraya atau kilang tanpa membayarnya secara sah.

Kewujudan roti babi bukan perkara baru…

Kes ikan ternakan yang diberi makan usus babi, sarung sosej daripada lemak babi, berus daripada bulu babi, kasut dan bahkan yang terbaru skaf kepala daripada kulit babi. Babi, babi dan babi lagi? Popularnya babi..

Kewujudan roti babi bukan salah Pak Lah,

Pak Lah menggalakkan industri Halal di Malaysia, mencanang Malaysia sebagai Hub Halal Dunia. Beliau juga menjadi inspirasi Datuk Ali Rustam untuk bertolak ansur dengan penternak babi di Melaka. Akhirnya penternak babi senyum gembira..di Bukit Pelanduk tak payahlah dicerita. Baiknya dan toleransinya Pak Lah hingga persatuan penternak babi di seluruh Malaysia berasa sangat bangga dan menghargai segala jasa beliau buat mereka. 

Babi lagilah tak bersalah. Binatang haram yang tak pernah dikurnia akal…

Pengusaha roti juga tak bersalah. Terang-terang ditulis Roti Babi. Orang Islam janganlah beli…

Jadi siapa yang bersalah…???

Entahlah…meminjam kata-kata Nabil, Raja Lawak Astro, “lu pikirlah sendiri…” 

 

 

5 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 17

    salah mereka, mereka dan mereka….makan dan minum kita kene la jaga sendiri…halal bagi org lain xsemestinya halal bagi kita,,..ade org islam amik mudah tentang hal halal haram ..and sedikit sebanyak mempengaruhi org islam yang laIN ..so sebagai umat islam…kene peka la nOw dnegan isu ini…

    fakir: setuju..:)

  2. 2008 Mei 18

    fakir, ish aku teringat citer jutawan fakir dah.

    Orang yang up kat youtube tu. sebab dia nak lariskan forum dia.

    forum axxyc.com dengan cara spam. Cuba pergi ke rotibabi.blogspot.com anda akan terus ke forum axxyc tu. Mereka ni tak ada duit nak letak iklan kat google. dia taknak spam tulis terus website dia sebab takut orang printscreen hanta kat datakl(dia punya hosting). Caranya buat isu bodohh letak kat youtube pastu spam orang.

    Kalau anda ingat beberapa spam dulu dari CKASIH. Ya mereka menimbulkan isu-isu sensitif untuk lariskan forum mereka.

    fakir: oh, yeke. simpati pulak rasanya fakir kat manusia macamni…kesian ;(

  3. 2008 Mei 20

    New news nie..kat NANDOS pon semacam jek..last time nisa pg ade tgk gambo berus yg die gne untk menyapu minyak kat ayam tu n berus tu sikit pye la beso tulisan “PURE BRISTLE” . Yg org tau “PURE BRISTLE” is bulu babi. My bro yg ajar jgn beli berus lukisan yg ade tag “PURE BRISTLE”. Ape lg kembang ar tekakku, then blah jek..mmg sungguh x sangka..how JAKIM priksa dwang nye HALAL tag ek?may be just check makanan je, peralatan tak check kot..ei visit my blog..adepost psl buku “Growing Up In Terengganu-1st Review” kang org upload lg..

    fakir: hmm, tq. we need 2b more carefull..

  4. 2008 Mei 26
    Nur Hakim permalink

    Bukan salah babi, tapi salah manusia yang berperangai seperti babi!

    fakir: oh, mungkin..huhu:(

  5. 2008 September 19

    what i know now JAKIM bukan lagi pengeluar sijil halal di Msia. If u nak tau siapa sekarang?why don’t u google it urself.
    Cian JAKIM…

    fakir: well, Islam Hadhari…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS