Komitmen

2008 Mei 15
by fakir

 

“50 sen cukup?” tanya ibu. Aku tahu dia bergurau. Mana mungkin wang sebanyak itu boleh menampung beberapa hari aku di bumi Serdang. Nak bayar tiket bas Rapid KL pun tak cukup, apatah lagi hendak pulang kembali ke kampung halaman.

“Cukupla 50 sen,” selorohku. “ Nak buat tambang balik je. Makan disediakan,” tambahku lagi . Ibu menghulurkan sekeping not RM 50 dan RM 10. Serba salah rasanya. RM 60 bukan nilai yang sedikit. Aku memang tak suka meminta wang ibu semudah itu. Tapi memikirkan tanggungjawab untuk Kelab Debat, Universiti Permai Makmur ini, aku terpaksa.

Kucium tangan ibu dan kakak. Langkah diatur demi merealisasikan niat, menggapai sebuah hasrat. 

Perjalanan ke Serdang agak memakan masa berbanding biasa. Mungkin kerana dua “driver” aku kerap berhenti sepanjang jalan. Haha. Aku menumpang rakan yang pulang ke Selangor. Kebetulan mereka berdua baru selesai sebuah program di daerah kelahiranku.

Tambang, free. Makan, free. Tol apatah lagi. Save budget aku yang memang sedang agak “kering” ketika ini. Terima kasih tak terhingga buat mereka.

Niatku hanya satu. Ingin benar aku melihat sinar baru dalam pasukan Debat UPM. Aku merasakan ada cahaya gembira yang menggamit aku ke sini. Cahaya indah yang sedang menanti untuk digapai dan dirasai alur murninya. Kemenangan untuk dikongsi secara bersama.

Aku di sini beberapa hari. Ingin melatih pasukan yang akan mewakili universiti ini. Aku bersemangat untuk berkongsi sedikit ilmu yang ada. Semoga semua orang juga bersedia menadah telinga.

Moga RM 60 yang dihulur ibu akan membuahkan hasil. Kuharap not itu akan berbaloi dengan sebuah pencapaian yang membanggakan. Hanya satu perkataan untuk mereka yang terlibat. Perkataan yang menjadi rahsia segala jenis kejayaan, punca segala macam pencapaian dan sumber untuk membina sebuah keberhasilan.

KOMITMEN!!!

 

4 Respons leave one →
  1. 2008 Mei 15
    Insan Kerdil permalink

    Rezeki ada di mana. Janganlah pernah berhenti berdoa dan berusaha.

    fakir: benar, doa+usaha+tawakkal=kejayaan

  2. 2008 Mei 16
    Nur Hakim permalink

    Ohh… dah sampai ke? Abg lulu pun dah sampai gak… duit tgl RM10 dalam poket… adei!

    fakir: dugaan mendewasakan, kesusahan mematangkan, pengorbanan harga sebuah kejayaan…

  3. 2008 Mei 16
    driver permalink

    kalu naik bas dr ganu 8jam kan? plus naik tren ke upm n kolej mau masuk 9jam. kita bertolak jam 3 dan sampai di tangga kolej 17 jam 10 malam. Mana lagi lama yach? sentap jerrr…stetmen 2 driver bnyk singgah.

    fakir: fakir yang serba kekurangan…maaf atas keterlanjuran perkataan

  4. 2008 Mei 17
    penyokongpaklah permalink


    Kebanggan Malaysia: MALAYSIA MENGHASILKAN ROTI BABI

    KAU MASUK LA SINI
    http://www.youtube.com/watch?v=OYDvbfvEHBE

    KUIKUIKU..
    TU LAH KO SOKONG PARTI CILIKA TU BUAT APA HAH

    fakir: cilika takpa jgn celaka, cili takpa jgn cela, lika takpa jgn leka

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS