Bercampur baur

2008 Mei 5
by fakir

 

Maaf kerana sudah tidak lama online dan mengukir buah fikir di laman maya ini. Terlalu banyak yang berlaku dan menghalang aku daripada mencoretkan sesuatu. Berikut adalah rasa bercampur baur yang menghambat diri sepanjang beberapa minggu lepas.

Gembira:

1. Ke Kem Pemantapan Debat, UPM yang dilaksanakan di kem Golden Straits Villas, Port Dickson. Gembira akhirnya dapat ketemu Tok Guru dan Encik Nazri. Banyak input berguna yang aku perolehi dan akan diimplimentasi.

2. Gembira dapat pulang ke kampung halaman. Jumpa ibu, keluarga dan anak-anak buah setelah satu semester aku tinggalkan. Tambah gembira dapat melihat kali pertama wajah comel Mohd Haikal Haraz, anak buah termuda yang baru berusia empat bulan.

3. Gembira dapat berkumpul dengan sanak saudara yang kian lama tidak berjumpa. Kami bergotong royong mengadakan kenduri tahlil arwah nenek yang baru pulang mengadap Tuhan.

4. Gembira mendengar berita Abang Asrul, abang kandung terdekat akan bertunang dan Kak AIda akan menamatkan zaman bujang hujung tahun 2008.

5. Gembira Faizal Tahir menang empat anugerah di AIM ke-15. Aku tumpang gembira walaupun aksi beliau kadang kala agak poyo saat menerima anugerah.

 

Sedih:

1. Sangat sedih bila nenek pergi menyambut seruan Ilahi beberapa jam sebelum aku ke kem debat. Sedih tak dapat menatap wajah nenek buat kali terakhir. Teringat pula pemergian datuk yang menghembuskan nafas terakhir di awal pagi sebelum aku ke Debat Integriti 2008 pada bulan Februari lepas. Moga roh kedua-duanya tenang bersemadi di sana..

2. Sedih bila mendengar cerita ada di kalangan bapa saudara yang enggan menjenguk nenek di hari-hari terakhir sebelum kematiannya. Teringat akan cerita Si Tenggang yang menerima padah dek perlakuannya. Tuhan pasti adil dalam tingkahNYA..

3. Sedih mendengar cerita adik-beradik ayah yang sibuk mencari duit arwah nenek bernilai RM 12,000.00 di biliknya saat kubur nenek masih merah. Untuk apa dan bagaimana duit itu diagihkan, kami sekeluarga lebih berminat untuk sekadar melihat daripada terlibat. Cukup apa yang ada..

4. Sedih tak terpilih ke peringkat seterusnya setelah pergi ujibakat Akademi Nasyid, TV9. Satu tindakan spontan pada petang Sabtu setelah aku menonton iklannya pada waktu tengahari. Menjadi peserta terakhir yang diujibakat, Munif Hijjaz, Siso Kopratasa dan seorang lagi juri (yang tidak kukenal) seakan berkenan dengan aku pada awalnya hingga meminta aku menyanyi buat kali kedua tapi dengan lagu berbeza. Namun pada akhirnya jawapan kuterima adalah tidak. Alasannya lagu Iman Mutiara seakan tidak kena. Apa-apalah, mungkin ini bukan bidang aku….Huhuhu

 

p/s: Peserta yang pergi ujibakat AN tak perlu beratur panjang seperti ujibakat AF, aku pasti semua orang pun tahu sebabnya… :)

 

11 Responses leave one →
  1. 2008 Mei 5
    kang4roo permalink


    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
    (Themenya Terlampau Cantik Sangat & Boleh Pula Letak Adsense)

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

    fakir: insyaALLAH, tq info.

  2. 2008 Mei 6
    Nur Hakim permalink

    Inat tak lagu Nasyid kat Integriti dulu… tu sesuai kot???

    fakir: haah, mungkinla…tp x ingat liriknya.huhu

  3. 2008 Mei 6
    Insan Kerdil permalink

    pergi kem debtat, bestnyer…
    balik kampung??lagi best
    jumpa budak kecik???lagi,lagi best…..

    yang pergi tetap pergi, kita yang hidup,teruskan hidup.
    AN??Berbakat rupanya. Aku??Hampeh…
    Sumbang…

    fakir:lebih kurang jer kite, pngalaman wakil negeri prgkat skolah mnengah dulu jer…lamer dh

  4. 2008 Mei 6

    1. pg td jumpa en nazri noh bincang2 pasal debat.

    2. sedih dan gmbira itu lumrah dlm hidup.

    3. Terengganu…. aku datang!

    fakir: welcome, 2008: tahun mlawat Terengganu!!

  5. 2008 Mei 7

    Salam amir, takziah for u n also ur family. By the way, suka bce ur blog ni..tak sangka amir dah start blogging…welcome to da blogging world ya..

    fakir:tq,tq n tq

  6. 2008 Mei 7
    ckasih permalink


    shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!

    EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
    This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.

    The full story is here: ckasih.blogspot.com

    fakir: may Allah protect us n our beloved Islam.aminn..

  7. 2008 Mei 7

    hidup ini adalah roda…pasti dah selalu dengar kan..
    tapi itulah hakikat yang sebenarnya memberi kita erti kehidupan…lantas membuat kita lebih matang dan bijaksana dalam menata hari-hari yang mendatang…
    sabarlah atas setiap dugaan
    bersyukurlah pada segala kurniaan…
    moga hari-hari mendatang…
    sinar itu lebih gemilang…
    ~ila~

    fakir:terima kasih, ranjau dan pengalaman pasti mematangkan

  8. 2008 Mei 12
    redapples permalink

    hang pi ujibakat??? huiyooooooooooo erm pasal AF tu nak laser aku ker??? tahun depan jom gengstarz.. kekeke

    fakir: not in my intention, saje jer..moga kita sama2 berfikir

  9. 2008 Mei 17

    asal ko suke sgt faizal tahir nih??? sebab die budak maahad ker?? hek hek hek ..open table bile amir oit???

    fakir: ye kot…asyik gue je kne open. ape cer…??

  10. 2008 Mei 18

    alah ..janie selalu jer open table ngan rinie….amir la bz giler….xde pon conct kiterang ..amir la kene open table…rinie keje kat UKM sekarang baru jer jumpe die ….

    fakir: ngan rinie jer?? x dikire. open table balik

  11. 2008 Mei 19

    mcm mane?? amir bz jer…jumpe kat admin pon mcm bz….nanti tetap la tarikh sms janie bile free..janie tarik rinie dtg ..tp kene ptg la ..cian makcik tuh keje ..

    fakir:ok:)

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS