FREE

2008 April 13
by fakir

   

Kolej kediaman kedua belas, kolej tempat aku mencari dan terus merasa rempah ratus kehidupan universiti. Kehidupan yang berdiversiti. Seronoknya kadang kala tak terperi.

 

Antaranya apabila aku boleh merasa menonton filem dan drama bersiri secara FREE. Di sini kami ada network yang menyambung dari PC ke PC, terimasuklah computer riba sekali. Terma inggerisnya adalah LAN, Local Area Network yang pastinya menjadi istilah biasa bagi student IT. Saluran untuk segala macam video dan lagu dikongsi. Daripada yang halal hinggalah yang disahkan haram kalau ditanya pada mufti. Video biru, merah atau hitam putih? “Segalanya ada di sini…,” bak kata Farawahida sang penyanyi.

Minggu lepas aku berjaya dapatkan siri kartun dari Amerika(negara yang kita semua benci). South Park judul diberi.

 

Hahaha hihihi. Seronok sekali menontonnya tambah-tambah kalau menonton sambil makan choki-choki. Kelakar mencuit hati. Tapi lebih penting banyak sekali mesej tersembunyi yang cuba disampaikan para pengkarya yang layak digelar warganegara sejati, sebuah negara yang mendakwa pejuang sebenar demokrasi. Mungkin benar kalau merujuk kepada kebebasan bersuara yang diberi. Lantas rancangan kartun menjadi medium untuk bersuara bagi komuniti dalam negara Uncle Sam ini.

 

Siri kartun ini lebih teruk dari Doraemon kalau dirujuk kepada sistem grafiknya yang seperti enggan mengikut aliran teknologi. Keras dan kadangkala kelihatan kuno sekali. Tapi setiap wataknya hidup dan tidak mati. Nanti aku kongsikan sebahagian episod menarik siri kartun ini…

2 Respons leave one →
  1. 2008 April 16
    Usagi permalink

    Rakamkan ble? Nanti nak tgk. Blok iqa punya signal wireless lemah sgt2.

  2. 2008 April 17
    Nur Hakim permalink

    choki2… semakin mahal lah…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS