buat donno je Dino….

2008 Mac 24
by fakir

Semalam Dino course mate aku datang ke bilik. Muke blur dan sedih. aku tanya, “awat muka macam kerang busuk tak laku ni?” “aku tension arr mer..” dino jawab. “Pasal pompuan lagi la ni kan?” aku tanya lagi. “Haah, tapi kali ni laen sket ceritanya,” sambung si budak Perlistu.

 a4undcapa1nbuca79akw2cam6n09lcajfr5jacai1yyvvcazcpqtica70yfk0caka5rvbcaum46vwcatizaz0carrfkh6cah9e5bnca8s7toccapa2j4zcafdctbbcarxt1mocaij0n50cad5z7rx.jpg

Dekat dua jam jugak aku dengar cerita mamatni. Nak gelak pun ada, sedih sket-sket pun ada. Tapi sebagai kaunselor tak bertauliah dan tak berdaftar, aku tadah juga telingani dengar cerita dia. Kot-kotla boleh tolong…

Situasi dino macam aku jugak. Ada similariti. Dino jenis gila-gila. Pernah clash ngan cinta pertama. Sekarang dia malas nak fikir pasal couple-couple ni. Tak rock, katanya. Macam aku jugak, Dino ade ramai kawan pompuan. Tapi satupun dia tak berkenan. Lagipun dia memang taknak ada apa-apa ikatan intim dengan diorang, buat masa sekarang.

Nak dijadikan storynyer… Dino dapat tahu salah sorang kawan pompuannya ‘terperasan’ yang Dino ni sukakan dia. Alahai….tapi ceritani jadi tambah menarik sebab dino ni jenis baik sangat. Jauhla kalau nak dibandingkan dengan perangai aku..Dia taknak lukakan hati pompuan. Aku ingatkan dia, selagi tak ada apa-apa deklarasi, janganlah bimbang. Tapi dino bimbang jugak. Dia dah dengar macam-macam cerita daripada kawan-kawan lain yang minah sorangni jatuh hati kat dia. Dia gabra, dia taknak minahni sampai terjun bangunan pentadbiran UPM atau melemaskan diri kat tasik Bukit Ekspo. Naik seriau jugak dengar kerisauan Dinoni. Pompuanni memang unexpected jugak kadang-kadang.

Aku mintak dino relax dan bertenang. Lelaki yang ade rupe macam kitorangni memang akan selalu dihimpit problem yang semacam ini. Haha. Lepas cerita dia bernoktah, aku lontarkan buah fikir aku. “Elok ko berterus terang je dengan minah tue, nanti tak perlu lagi ko fikir-fikir….”

“Tapi aku takutlah…Kesian plak kat die…” dino jawab.

Hurm…waktu tue ringan sangat rase tangan aku nak sekeh kepala mamatni.

“Dah salah dia. Dia yang perasan lebih, nak bwat camne. Kalau akulah, aku buat macam beser jer, buat bodo je. Ko dan dia takkan rugi ape-apepun.”

“Nantila aku fikir…” sambung budak penakuttue lagi.

Konflik yang disampaikan malamtue tak ketemu resolusi. Hanya kepulan asap Dunhill yang menemani bicara kami. Aku pun tibe-tibe terfikir kalau-kalau benda yang sama berlaku kat aku dalam diam. Haha. Ini bukan lagi bab perasan tapi aroma masalah yang serupa kadang kala mencuit hidung aku. Geli-geleman dibuatnya. Mengajar aku untuk berbuat baik secara berpada. Berbeza daripada waktu sebelumnya.

Ahh….lantaklah ! Kalau ade yang perasan, itu hak diorang. Aku malas nak bagi komitmen lagi setakat ini. Sape suruh perasan. I treat all of my friends equally. Aku malas nak msg dan call tiap-tiap hari. Malas nak melawat Mines, Mid V atau Sogo 2 minggu sekali.

Yang lebih penting, aku tak lagi ketemu perempuan ganti seperti dia. Cinta pertama yang terpahat kenangannya. Mungkin sampai bila-bila. Kawan-kawan pompuan ku? semuanya tak penuhi citarasa. Hatta ada yang memualkan selera..uih,,,,Tapi aku percaya, wanita itu akan hadir di suatu ketika. At this moment, aku hanya akan hidup macam biaser…Satu lagi,

aku takkan menunggu ‘Hikmah’. Tapi aku akan mencariNya…

Untuk Dino, buat bodo jer….jadilah macam aku. Kadang-kadang kite kene jadi kejam jugak. Yela, susah kalau dah jadi A wanted man ni…hahaha

9 Responses leave one →
  1. 2008 Mac 27
    Mujahidin permalink

    Hu..! Aku ketawa sorang2 ni!!!! anda ingin tahu kenapa?? Sebab Abang ameer… memerasankan diri agar orang lain tidak terperasan dengan kehensemennya… Hensem ke????? yelah… abang amer hensemlah… macam aku… wahahahahaha! piiraahhhh…

  2. 2008 Mac 31
    fakir1986 permalink

    terima kaseh untuk komen…

    smoge tak mengikut resmi pemakan cili….

  3. 2008 Mac 31
    penamaya permalink

    yup.
    Hikmah perlu dicari.

    awal lagi nak bercintan citun ni.

    hehe.

    http://penamaya.wordpress.com

  4. 2008 April 2
    Pjoyz xXx permalink

    Hahahaha… caya lah amer… wakakakakak

  5. 2008 April 4
    Nur Hakim permalink

    Apsal sunyi je… blog ni ye… ? Lap top baru kot…. hehehe…

  6. 2008 April 13

    weiii cinta pertama UKM tuh kah??wah wahhh hot stuff ghupernyer kawan aku nih…wah wah bukan men diee….

  7. 2008 April 14
    fakir1986 permalink

    bukanla…UIA.
    hikhikhik

  8. 2008 April 18

    haha.. lucunya entri ini. kadang kala bila jadi kaunselor tak bertauliah ni, kita dapat dgr macam2 kisah cinta yang lucu dan lawak amat.. harap dino menegerti bahawa cinta jgn berlandaskan kasihan kerana apabila perasaan kasihan hilang cinta pun hilang…

    tuan punya blog : rasanya cuba tukar tempat dating.. tak bosan ke pergi mid, mines or KLCC or one utama..?
    kalau saya, lebih baik heret kaki pergi istana budaya, atau sesekali panggung bandaraya yang tawar teater dan persembahan free.. atau pergi sahaja mana-mana pameran yang ada.. bestnya..

    fakir: ok, cadangan akan dipertimbangkan.haha

  9. 2008 April 20

    Hahahah. Teringatnya zaman akak masa uni dulu. Pernah 2 tahun jadi ‘mangsa’, terperasan yang ‘wanted man’ ni wanted me. Owh sungguh memalukan bila diingat balik.

    Btw, nasihat awak kepada budak lelaki baik hati dan penakut yang bernama Dino tu memang bernas. Kalau tak rasa apa2 kat that girl, tell her personally and diplomatically, but firmly. She’ll be heartsick for a while, but she’ll get over it and somewhere down the road in a few years, will thank Dino for it. If she’s as rational and gungho about it as I was and am ;)

    fakir: setuju, hehe. btw kak, kehidupan kampus penuh warna-warni :)

Leave a Reply

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS