Akhirnya ‘Tok Guru’ Turun Padang

2008 Mac 3
by fakir

Setelah agak lama menyepi, akhirnya Tok Guru berkenan mencemar katarsis bagi memantau latihan anak didiknya. Trainin sudah agak lama tergendala setelah presiden kelab yang lama (yang menulisni..) digulingkan dan tampuk kepimpinan bertukar tangan. Muka baru dan darah muda telahpun diangkat menjadi saf pimpinan yang terkini sebagai peneraju kelab hanya di mercu (meminjam tajuk lagu ayu).

Dengan rambut saling tak tumpah seperti Dominic Purcell, pelakon hebat dalam siri kegemaranku Prison Break, Tok Guru hadir memberi nafas baru kepada kelab yang kadang-kala lesu. Dua kali latihan pada hari bertarikh 02.03.2008 sudah cukup baik biarpun pada latihan kedua Tok Guru begitu galak menekan butang kamera digital Nikon yang seolah melekat di tangan. “berapa ribu..?” tanyaku merujuk kepada harganya. “orang punyer..” jawabTok Guru ringkas. Biarpun soalanku tak ketemu jawapan numerikal, aku matikan perbualan di situ bagi meneruskan discussion tentang usul klise ”Perpaduan Kaum Kekuatan Kita” 

Latihan pada hari itu berjalan seperti kebiasaannya…

Tidak ada apa-apa yang menarik sangat kecuali beberapa insiden yang bisa diambil iktibar…

Kegugupan Iqa untuk berdebat, aku kira berpunca daripada latihan yang sudah lama terhenti. Tambahan pula dia kecut perut kerana tidak menyangka Tok Guru turut serta dalam sesi latihan kedua.Apapun, semangat dan keinginan Iqa untuk bergelar pendebat wajar mendapat pujian.

kisah rakan-rakan pendebat dari sixth college yang melaram hebat untuk program Hi-Tea sungguh mengharukan..kalah Dinner budak-budak coursemate aku, Tesl hingga ada yang kelihatan berblazer biarpun dalam kehangatan petang.huhu

kisah usher bertugas pada sesi pagi yang menghilang tiba-tiba juga menimbulkan tanda tanya. Kata rakannya dia mungkin pergi menonton teater Sesat atau mungkin dia sendiri tersesat dalam perjalanan ke panggung eksperimental.. (aku doakan tragedi Umai tidak berulang, kalau tak mr. Press kena sediakan air zam-zam)

ini tak termasuk lagi cerita bekas AJK Tertinggi Kelab yang tiba-tiba menuju ke Gombak atas urusan yang masih menjadi tanda tanya…(takpela, aku sudah lebih daripada memahami)

lebih hebat apabila ada pendebat muda yang excuse dengan alasan a lot of assignment to be finish..haha kelakar jugak rasanya. Setahu aku, semua yang bergelar pendebat adalah student dan tidak ada course di Universiti Permai Makmur ini yang tidak menyediakan assignment untuk studentnya…

akupun ade lagi 5 assignment nak kena hantar. 4me time management is just the thing… 

2 Respons leave one →
  1. 2008 Mac 4
    lukman87 permalink

    Hahahaha…. namun selepas latihan sepatutnya ada peningkatan ibarat pepatah melayu yang mengatakan belakang parang kalau diasa lagikan tajam, namun selepas latihan agak mengecewkan aku, bila mana seorang guru yang berpesan kepada ku jangan terus terang sangat akhirnya tidak memegang kata-katanya itu….. hehehehehe…. ni Son Goku nak lawan Superman….
    Aku rasa, lebih nikmat kalau kita menghayati latihan itu dari mula hingga ke akhirnya,,,,, kerana itulah nilai satu kehidupan dengan ada satu kesungguhan terhdap apa yang kita usahakan!!!!

  2. 2008 Mac 9
    Pjoyz xXx permalink

    Adeh, nape la blog ko nih kna log in dulu baru leh komen… pnat aku kna register kat wordoress nih dulu… huhuhuhu…

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS