Tikaman Berbisa Mengundang Binasa

2008 Februari 29
by fakir

“Iqa pernah kena tikam belakang oleh mana-mana kawan?” tanyaku. “Pernah,” jawab Iqa pantas. “Apa Iqa buat?” tanyaku lagi. “Iqa biarkan je… Opah Iqa cakap kalau orang sengaja jatuhkan kita, Tuhan akan jatuhkan dia dengan lebih teruk lagi,” Aku terdiam seketika, meneruskan perjalanan menemani Iqa ke teratak indah kebanggaannya, KTDI.Hah, indahke? bolehlah tahan..

Ada benar kata Iqa, baik aku serahkan urusan pembalasan di tangan Tuhan Rabbul Jalil. Dia jauh lebih mengerti bahkan Dialah sebaik-baik pembalas. Sepanjang berjalan kaki ke kolej kediaman, aku sebak. Kenangkan nasib diri yang selalu jadi mangsa kawan yang selama ini aku pertaruhkan sepenuh kepercayaan. Tak apalah, ini dugaan Tuhan. Lagipun Tuhan takkan menguji hamba dengan ujian yang tak tertanggung olehnya.

Aku pasrah, kalau benarlah memutuskan silaturrahim bisa membawa sinar cerah, mungkin inilah pilihan yang aku ada dan aku mesti pilih. Tapi, apa gunanya. Aku bercita-cita mencium haruman kasturi di syurga, sedangkan perbuatan sebegitu hanya akan menafikan peluangku untuk mendapatkannya. Aku akan tetap berkawan dengan sesiapa jua. Tapi kali ini dengan seribu satu langkah berhati-hati dan berjaga, moga sejarah pedih tak kembali menghambat jiwa. 

Kerana kawan bagiku begitu berharga biarpun darjatnya tidak setinggi sahabat. Kawan mudah dicari tatkala kita senang, kaya, gembira dan ketawa. Tetapi amat sukar didapati tatkala kita berada dalam situasi sebaliknya. Berbeza dengan sahabat, merekalah manusia yang sudi membantu biar jauh atau dekat, biar ringan atau berat, memberi cahaya dalam samar ketika sesat. Sahabat gemar membantu daripada meminta, berkongsi ilmu setiap ketika,, penyuluh hidup yang gelita dan menjadi madu penawar bisa. Tetapi yang lebih berharga, seorang sahabat pastinya takkan menikam saudaranya biarpun sekadar sebaris kata yang bersulam nista kerana seorang sahabat pastinya sedar tikaman berbisa mampu mengundang binasa hidupnya manusia……

2 Respons leave one →
  1. 2008 Mac 1

    sampai satu saat kita keliru,
    kawankah itu?

  2. 2008 Mac 2
    fakir1986 permalink

    haah, btul ler sdare…
    tapi omputih cakap life must go on.
    terus bernafas biarpun dalam kepayahan.

    saudare di luar sane, hati-hati pilih kawan!!

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS