Alahai Shahidan, kesian……

2008 Februari 29
by fakir

Jumpa Pak Lah sampai tujuh kali sebab nak jadi calon lagi. Jawatan Menteri Besar masih menjadi impian yang tak pernah terpadam…haha.kesian..

Tapi fakir tertarik untuk mengulas tentang lawak spontan yang terkeluar daripada mulut ilmuwan agama tanah air yang turut akan bertanding dalam PRU 12 nanti, Dato’ Dr. Harun Din. Katanya, “Kita jumpa Allah pun lima kali je sehari tapi dia (Shahidan) jumpa Pak Lah sampai tujuh kali sebab merayu nak bertanding lagi,” begitulah lebih kurang kata-kata beliau. Bagi fakir, manusia sanggup buat apa saja bila dah mabuk kuasa. Tak apalah, masing-masing punya hal tapi beringatlah kita sebagai manusia bahawa kuasa adalah amanah dan bukan medium menjadi mewah. Fakir sekadar tumpang gembira dengan melihat fenomena makmur di bumi Malaysia. Oh ya, bercakap pasal jumpa Tuhan, fakir kena berhenti menulis kerana baru teringat Asar belum ditunaikan.Wassalam…

Tiada komen lagi

Tinggalkan jawapan

Note: You can use basic XHTML in your comments. Your email address will never be published.

Subscribe to this comment feed via RSS