Ada 2 pertandingan debat utama semester ini yang berkemungkinan aku sertai (Debat Alam Sekitar dan Debat Kemerdekaan). Ada 3 jasad yang perlu dijaga rapi, pemakanan dan penjagaan diri (Aku selaku tuan punya badan, Sara dan Mike selaku hamster kesayangan). Ada 4 killer subject pengajian semester kelima ini (Teater, Teknologi Pendidikan, Literature dan Grammar selaku subjek ‘kegemaran’).
2,3 dan 4
moga semua aku dapat
2,3 dan 4
pasti buat aku penat
2,3 dan 4
jangan aku patah semangat
2,3, dan 4
jadi pantun dua kerat
2,3 dan 4
pantun ini sudah tamat
p/s: aku kasihankan anak2, mike dan sara yang tidak terjaga rapi…maafkan papa sayang.
Yet everybody keep on talking about it every single moment. His brother confessed that Michael is a Muslim while at the same time his parents denied it. If he’s a Muslim, i don’t think the plan to bury him using a gold coffin was a good idea as i knew it is not permitted in Islam. His funeral should according to Islam as well. For what ever reason, I do believe that every Muslim really hopes and prays so that Michael was dead as a Muslim . So do I. Ameen..
p/s: love to listen to his song, “u r not alone”..
Musim kelima dalam larian mengejar ijazah pertama. Mula penerokaan gedung ilmu di sejalur tanah Serdang ini dengan seribu satu masalah. Tidak menghairankan. Ini rutin biasa setiapkali lipatan semester baru kubukakan. Namun kesukaran yang melanda membungkam rasa tenang. Ditambah fikirkan akan cecita yang masih jauh dari capaian. Entah ada entah tidak. Entah menjadi entah rosak.
Masalah yang datang menerjah kadangkala menyiat-nyiat waktu lapang. Perit hingga menampakkan isi gelisah. Memuntahkan resah. Saki baki pengajian kadangkala didengar memerli aku.
“Kau yang pilih! Kenapa sekarang kau yang merintih?!”
Aku dengan nada sayu menjawab.
“Aku sebenarnya syukur, bahkan tetap akur..”
p/s: sindrom buka semester baru menyerang
Selalu kita dengar kekalahan yang melanda seseorang atau sesebuah jiwa ditenangkan dengan ayat berikut.
“Tidak ada rezeki.”
Aku mengubah kelaziman yang biasa kita lakukan. Kebiasaan yang juga jadi tabiat aku sebelum ini. Kekalahan di separuh akhir Debat Perpaduan 2009 aku sulam dengan sebuah pembaharuan.
‘Tidak ada rezeki lagi.”
Hanya beza pada satu perkataan. Aku ukir optimis dalam kerangka semangat juang. Berhasil !!! Debat Kepenggunaan 2009 jadi padang menuai hasil.
p/s: terima kasih semua…
Masih berlegar pada isu yang sama. Kerajaan Perpaduan. Apabila perkara murni untuk kemaslahatan Umat dipolemikkan oleh mereka yang sudah hilang nilai tanggungjawab. Yang menyedihkan aku, golongan pemimpin berilmu yang selama ini menjadi sandaran dan panduan kini jadi bahan kejian dan makian. Islam jadi pakaian bukan lagi pengisian. Akhlak sesetengah golongan yang selama ini mendakwa pendokong perjuangan di jalan Tuhan sungguh ironi dan sukar diterima.
Aku ingin kita semua bersikap terbuka. Mungkin kita boleh mulakan dengan membina niat yang konkrit. Kita lakukan permuafakatan kerana satu pegangan. ‘Kerana Tuhan, Untuk Perjuangan’. Aku ingin berkongsi mutiara ilmu seseorang yang aku kira bebas dalam isu ini. Tidak menyokong mana-mana pemimpin yang bertelagah atau parti yang terlibat. Kita fikirlah dengan hikmah, pandang dengan mata hati dan telusuri dengan jiwa suci.
Ikuti pandangan Dr. Asri, klik di sini.
p/s: aku sedih, tokoh-tokoh pemimpin yang aku kagumi dicerca dan dimaki oleh ‘pejuang-pejuang’ Islam…
Di Debat Perpaduan 2009 ini, moga Allah permudahkan hasrat aku mencapai impian yang terbuku. Esok, pasukan aku akan bertemu dengan UPSI di peringkat suku akhir. Jika berjaya, pasukan aku akan bertemu dengan UiTM atau UTeM di peringkat separuh akhir. Mungkin bumi Kenyalang menjanjikan sinar gemilang. InsyaAllah. Semoga yang terbaik akan menjadi milik kami. Aku, Syam, Tai Boon dan Amar.
“Ya Allah, semoga Kau permudahkan segala-galanya! Amiinn…”

p/s: tetap berdebar..
Angin yang menderu
Menyimbah segar ke jasadku
Damai dan seronokpun berlagu
Tapi angin itu sudah berlalu
Aku tunggu
Sungguh
Sudah datang angin yang baru
Tapi bukan angin yang itu
Angin yang aku rindu
Angin dulu pergi
Deruannya aku cari
Benar aku cari
Angin yang pernah suci
Tapi angin yang kini
Tidak lagi
-fakirullah-
p/s: oh angin… moga kembali.
Tiada apa yang boleh dibaca. Kerana sifat angin hanya boleh dirasa. Hatta mata tidak mudah menangkapnya.
p/s: sifat angin..







